Thursday, August 14, 2008

Home » » Bila UiTM diusulkan di buka kepada kaum lain...

Bila UiTM diusulkan di buka kepada kaum lain...

Share


Bila UiTM diusulkan di buka kepada kaum lain...

Sebagai bangsa melayu, kita semestinya berbangga dengan tertubuhnya sebuah university yang hanya untuk bumiputera yang mana melahirkan ramai graduan2 yang berkelayakan hasil daripada anak bangsa melayu kita sendiri.

Dengan adanya sebuah universiti khas untuk bumiputera, diharapkan dapat menyaingi kaum-kaum lain seperti india dan cina. Kita dpt lihat sekarang dgn adanya UiTM, melayu dapat berdiri sama tinggi dengan kaum2 lain di negara ini.

Tetapi usul untuk di buka kuota kemasukan pelajar kaum lain ke dalam UiTM adalah sungguh menyedihkan. Kita tidak mengamalkan sikap perkauman, tetapi ini adalah hak melayu bumiputera. Sekiranya di buka kepada kaum lain, maka apa yang ada pada kita???Kita sepatutnya berbangga kerana UiTM merupakan sebuah university bumiputera yg unggul dan semakin dikenali di seluruh dunia.

Maka janganlah mempersoalkan isu ini sekali lagi kerana ini akan membangkitkan kemarahan bumiputera khususnya melayu. Sebagai seorang pelajar UiTM,saya amat sedih kerana isu ini dibangkitkan oleh orang melayu sendiri. Janganlah kita menggadai maruah kita semata2 kerana politik.

Oleh itu marilah sama2 kita pelajar UiTM dan juga umumnya bangsa melayu membuat protes mengenai isu ini untuk mempertahankan hak kita sebagai bangsa melayu seperti yg tertera pada Perlembagaan Persekutuan. Kita tetap menghormati kaum2 lain dan berbangga kerana kita hidup aman dan damai.

Pandangan daripada seorang pelajar UiTM

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive