Friday, August 15, 2008

Home » » Khalid cetek pemikiran - Ibrahim Abu Shah

Khalid cetek pemikiran - Ibrahim Abu Shah

Share

Khalid Cetek Pemikiran - Ibrahim Abu Shah

SHAH ALAM 14 Ogos - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Ibrahim Abu Shah menyifatkan hanya golongan yang cetek pemikiran sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai oleh universiti itu sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak terus mengeluarkan kenyataan sesuka hati sehingga dilihat menghina dan mengutuk kaum sendiri.
Beliau ternyata tidak dapat menahan rasa marah dengan kenyataan Abdul Khalid yang bukan sahaja angkuh kerana enggan memohon maaf berikutan cadangannya agar UiTM membuka 'ruang' kepada pelajar bukan bumiputera.

Malah, katanya, Menteri Besar Selangor itu turut memperkecilkan kemampuan institusi itu apabila meminta UiTM memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti disegani.
''Saya bukan orang politik, tetapi sebagai penjaga universiti ini, saya berasa kecil hati dan marah. Kalau ya pun, cakap biarlah berbudi bahasa dan berhemah sikit. Kalau bercakap biar fikir betul-betul, jangan cakap sesuka hati, kutuk dan hina kaum sendiri seolah-olah kaum Melayu ini sangat teruk. ''Ia tidak patut keluar daripada mulut seorang pemimpin Melayu.

Walaupun sebelum ini ada pemimpin bukan Melayu bercakap mengenainya, ia dibuat secara berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pelajar Melayu Merdeka - Mengupas Kemelut Pelajar Melayu - Satu Pemerhatian GPMS anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid enggan memohon maaf kepada UiTM atas alasan ia bukan mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM. Mengulas lanjut, Prof. Ibrahim berkata, kenyataan Abdul Khalid itu menggambarkan graduan yang dihasilkan UiTM tidak bagus, tidak berdaya saing dan tidak global hanya disebabkan tidak membuka 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera.

''Kalau tidak berkualiti, masakan 70 peratus produk UiTM memasuki sektor swasta dan berada pada kedudukan baik di sektor kerajaan,'' katanya sambil menyebut beberapa nama besar siswazah UiTM yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tegas beliau, bukti sememangnya cukup banyak tetapi hanya orang bodoh sahaja tidak mahu menerima fakta itu. Beliau seterusnya menawarkan buku falsafah bertajuk 'Falsafah Mim' tulisannya dengan potongan harga istimewa 50 peratus khas untuk Menteri Besar itu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive