Thursday, August 28, 2008

Debaran Pada Malam Pertama

Share

Debaran Pada Malam Pertama

Benarkah apa yang dilafazkan?

Walaupun tiada kerlipan bintang di langit baru, keasyikan mengecapi malam pertama begitu indah sekali sehingga tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Dalam suasana kelam, pelbagai kisah menarik dapat dikongsi bersama, selain dapat mengenali isi hati pasangan yang selama ini mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Pengalaman meniti kemanisan malam pertama menjadikan peristiwa ini sebagai memori paling indah kali buat pasangan baru suami isteri.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bola mata si dia mula berpaling ke arah susuk tubuh kamu?


Adakah kamu hanya diam membisu atau membiarkan sekujur tubuh keras membeku?

Mungkin sudah tiba masanya kamu menyerah kalah, sebagai tuntutan malam pertama perkahwinan. Intim minggu ini berkongsi panduan mengenai beberapa persediaan yang perlu kamu lakukan, sekiranya pasangan memberi isyarat sudah bersedia untuk melayari bahtera yang diidamkan oleh setiap pasangan suami dan isteri.

Menatap Rias Wajah
Dari mata turun ke hati. Memiliki personaliti yang anggun dengan palitan mekap berwarna semula jadi seperti warna tanah pada wajah sememangnya menjadi modal untuk kamu menarik perhatian insan bernama suami, sebelum dia mengheret kamu ke kamar beradu.

Keintiman yang dijalin akan memaksa pasangan melihat setiap susuk tubuh kamu menerusi penampilan berani yang cuba diketengahkan. Awas, menata rias wajah dengan solekan yang tebal tidak akan membuatkan suami berasa lebih tergoda. Sebaliknya, situasi itu akan mendorong suami berfikir tentang keburukan wajah asli sang isteri yang sebenar. Bagi mereka, ke mana sahaja isteri berada, soal kecantikan dan dandanan sememangnya perlu dititikberatkan.

Godaan Langkah kaki
Memang benar apa yang dikatakan, pemakaian sepatu tinggi dapat menghuraikan setiap personaliti peribadi seseorang wanita. Selain itu, ia memperlihatkan kaki seseorang lebih ramping dan runcing, bak selebriti tersohor dunia.

Namun, saat mengenakannya pada malam persandingan, jangan pula sampai kamu dilihat seperti seorang pesakit yang sedang kemurungan gara-gara pemilihan kasut yang tidak bersesuaian. Si dia mungkin berasa tidak selesa saat memerhatikan reaksi diri kamu pada malam bersejarah ini yang mungkin berjalan terjingkit-jingkit. Dia juga mungkin akan memikirkan bahawa kamu lebih rela terseksa demi memakai kasut yang kurang selesa, asalkan kelihatan cantik.

Kesakitan pada kaki akibat memakai kasut yang salah boleh menjejaskan keintiman malam pertama. Namun apa yang lebih penting ialah pastikan permukaan tapak kaki disapu dengan losen atau penyegar mandian sebelum memulakan bicara malam pertama.

Semburan Aroma
Pewangi adalah antara semburan yang tepat bagi menunjukkan kualiti penampilan seseorang wanita. Sekiranya kamu mendapati wangian semula jadi yang melekat pada badan kamu kurang menyegat pada malam pertama, cuba sembur pewangi beraroma sensual di titik ghairah seperti di leher. Tidak disarankan memakai wangian yang menusuk hidung sehingga membuatkan si dia berasa tidak nyaman untuk berdampingan dengan kamu pada hari yang paling ditunggu-tunggunya selama ini.

Kemasan Kuku
Penampilan diri turut meliputi penjagaan wajah, kuku dan cara kemasan pakaian.
Pada mata lelaki, penjagaan kuku yang bersih mampu menilai peribadi seseorang wanita. Bukan itu sahaja, menerusi usapan, picitan dan garuan manja pada badannya, ia mampu membangkitkan keghairahan yang tiada batasannya. Sebahagian daripada mereka juga menganggap kuku melambangkan kebersihan diri seseorang.

Renungan mata
Jika ingin membuatkan dirinya terpesona pada malam pertama, renunglah matanya sedalam-dalamnya. Siapa sangka, tatapan manja kamu terhadapnya itu akan terpatri di dalam ingatannya sepanjang hayat. Menerusi jelingan mata juga, akan membuatkan si dia lebih tidak sabar melayari impian pertama. Ini mata yang tidak fokus, akan membuatkan si dia berasa kamu tidak tertarik untuk berdampingan dengannya

Tuesday, August 26, 2008

Pulangkan - Misha Omar (Ex-Student) feat. Pegawai PTPTN

Share

Pulangkan - Misha Omar (Ex-Student) feat. Pegawai PTPTN


Lirik Lagu:

(Ex-Student)

Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo

kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua ..........

Kepada peminjam-peminjam tegar yang susah nak bayar hutang tu, hargailah lirik lagu ni..hehe:-p

60 Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Share



60 Petua Mendapat Pasangan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Juara Double Treble Bola Sepak Malaysia

Share

Juara Double Treble Bola Sepak Malaysia

MENJUARAI tiga piala dalam dua musim berturut-turut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi pasukan dari negeri jelapang padi negara, Kedah, telah membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil.

Selepas melengkapkan kemenangan piala ketiga musim ini dengan mengalahkan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad lalu, Kedah terus dicemburui pasukan lawan dengan kombinasi pemain yang hebat dan sentuhan emas dari jurulatih tempatan Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Tetapi apa yang menjadi persoalan di sini adakah kehebatan dan kecemerlangan itu dijelmakan oleh jurulatih tempatan atau rangkaian pemain import berkualiti yang dibarisi oleh Nelson Sam Martin (Chile), Cornelius Bernard Huggings dan Marlon Alex James (St. Vincent and Grenadines).

Bagaimanapun kedua-dua faktor tersebut saling melengkapi antara satu sama lain, ditambah dengan produk pemain muda berbakat yang sentiasa dikeluarkan oleh pasukan Kenari itu setiap tahun.

Sebelum ini Azraai hanya dikenali sebagai pembantu jurulatih kepada Robert Alberts bekas jurulatih Kedah era 90-an, namun kehebatannya mula diperkatakan selepas berjaya membawa pasukan Kenari itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2004 pada tahun pertamanya sebagai jurulatih.

Sehingga sekarang Azraai terus dijulang oleh peminat pasukan Hijau Kuning itu sebagai jurulatih yang memiliki sentuhan magis dan berani mengambil risiko dengan mengetengahkan bakat muda tempatan.

Ia sedikit sebanyak dapat dinilai oleh pemerhati bola sepak di dalam negara bahawa kekuatan Azraai terletak kepada keberaniannya yang mengetengahkan bakat muda di samping mempunyai penolong jurulatih kaya dengan pengalaman, Radhi Mat Din.

Mungkin kejayaan dari sentuhan anak tempatan ini akan menjadi contoh terbaik buat pasukan lain yang masih lagi mengguna pakai tenaga jurulatih asing seperti Perak (Steve Darby) dan UPB-MyTeam (Bojan Hodak) tetapi tidak mampu untuk membarisi empat pasukan terbaik di dalam Piala Malaysia musim ini.

Apa pun semua keputusan terletak kepada persatuan negeri masing-masing sama ada masih ingin menggunakan jurulatih asing atau tempatan, namun Azraai telah membuka mata semua pihak dengan kejayaan yang dikecapinya sepanjang 2007 hingga 2008.

Bagaimanapun Azraai tidak mengukir kejayaan seorang diri kerana Kedah begitu bertuah memiliki pemain import yang berkaliber yang tidak mampu untuk ditandingi oleh pasukan lain.
Jika Marlon menjadi pencetak gol utama kepada pasukan Kenari, Nelson pula hebat dengan gerakan dan hantarannya yang tepat sementara Huggins kental di barisan pertahanan.

Kehebatan pemain import ini juga tetap dibayangi oleh sentuhan menjadi Azraai, jurulatih berusia 55 tahun yang bijak mengaul gandingan tenaga muda tempatan untuk dipasangkan bersama rangkaian pemain import tersebut.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila Ahmad Fauzi Shaari secocok digandingkan bersama Nelson, manakala Mohd. Fadly Baharum walaupun berusia 19 tahun tidak janggal untuk membantu Marlon di bahagian serangan.

Semua kombinasi dan strategi yang diguna pakai oleh Kedah dalam memburu misi untuk menjuarai tiga piala, Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA jelas terletak kepada kepakaran Azraai itu sendiri.

Bukan untuk meragui rangkaian pemain import mereka, tetapi Kedah telah membuktikan beraksi bersama tanpa pemain import dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuk dalam kempen Piala AFC bukan menjadi satu masalah buat mereka.

Musim depan, tiba giliran Mohd. Hazwan Zainun, Mohd. Rozaidi Abd. Rahim, Mohd. Faizal Abu Bakar, Mohd. Shafiq Jamal dan Ahmad Shakir Mohd. Ali pula akan melengkapi pemain muda yang sedia ada mengekalkan kejuaraan tanpa pemain import.

Bagi Azraai pula walaupun sudah mempunyai pelapis yang mantap tetapi usahanya harus dipertingkatkan agar tidak dibuai dengan kejayaan yang dicatat

Sunday, August 24, 2008

Kedah Cipta Sejarah

Share

Kedah Cipta Sejarah

Skuad KEDAH mencipta satu lembaran sejarah dalam arena bolasepak tempatan apabila mencipta "Double Treble". Ini bermakna Kedah telah berjaya merangkul enam piala dalam masa dua tahun. Kedah melengkapkan misi menyapu bersih kesemua kejohanan utama negara apabila menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi Final Piala Malaysia sebentar tadi.

Biarpun ketinggalan hasil jaringan Frank Seator pada minit 18 namun Kedah bangkit dengan tiga gol menerusi Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Fadly Baharom pada minit ke 31,32 dan 37. Selangor hanya mampu membalas satu gol lagi menerusi Safee Sali pada minit ke-77.

Disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, ternyata penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding penyokong Selangor yang dianggarkan 20 000 orang.

Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana tengahari hari perlawanan Kedah mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Terbaik : Mohd Helmi Eliza Elias.
Pertahanan Terbaik : Victor Andrag.
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Khyril Muhymeen Zambri.
Penyerang Terbaik : Liew Kit Kong.
Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James.
Pemain Harapan Terbaik : Mohd Fadly Baharom.
Pemain Paling Bernilai : Helmi Eliza Elias.
Kelab Penyokong Terbaik : Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik : Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik : Mohd Azraai Khor Abdullah.

KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

Sumber : www.hijaukuning.com

Friday, August 22, 2008

Cara Cari Serial Number Dengan Mudah

Share

Cara Cari Serial Number Dengan Mudah

Anda mesti pernah menggunakan software yang versi trial lepas guna sebulan dia akan mintak license key kan. Anda perlu beli kalau nak upgrade ke full version. Tapi ada caranya tanpa beli anda boleh dapatkan license key tersebut.

Anda cuma perlu search di google. Tapi ada tips dan tricks untuk cari serial tersebut dengan mudah. Kalau anda gunakan cara ni, google akan buat tapisan untuk cari yang betul-betul sesuai dengan keyword yang anda search sahaja.

Contohnya anda ingin cari e-kamus serial, anda taip e-kamus kemudian diikuti dengan (94FBR)

Contoh lain anda ingin cari serial number untuk windows XP Pro.

Di search bar anda taipkan seperti ini "Windows XP Professional" 94FBR

Selamat Mencuba:-)

Ataupun jika anda nak serial key tapi tak jumpa, anda boleh request dengan saya. Saya boleh tolong cari setakat mana yang boleh saya cari k..:-)

Keyboard Shortcuts for Microsoft Word

Share


Keyboard Shortcut untuk Microsoft Word

CTRL and A Selects all in the current document.
CTRL and B Bold text.
CTRL and C Copies the item or text to the Clipboard and can be pasted using CTRL and V.
CTRL and D Displays the Font dialogue box.
CTRL and E Centre Alignment.
CTRL and F Displays the Find dialog box, to search the current document.
CTRL and G Displays the Go to dialog box, to go to a specific location in the current document.
CTRL and H Displays the Replace dialogue box.
CTRL and I Italic text.
CTRL and J Full Justification.
CTRL and K Create Hyperlink
CTRL and L Left Alignment
CTRL and M Tab
CTRL and N Creates a new document.
CTRL and O Displays the Open File dialogue box.
CTRL and P Displays the Print dialog box.
CTRL and R Right Alignment.
CTRL and S Displays the Save dialog box.
CTRL and U Underline text
CTRL and V Pastes the copied item or text from the Clipboard into the current position in the document.
CTRL and X Cuts the item or text selected to the Clipboard.
CTRL and Y Redo the last undone action.
CTRL and Z Undoes the last action.
CTRL and ENTER Insert Page Break.
CTRL and F2 Show Print preview.
CTRL and F4 Closes the active document window.
CTRL and F6 Opens the next document window.

Keyboard Shortcuts Result in Microsoft Word

F1 key Get help or use the Office assistant.
SHIFT and F1 Key Context sensitive help.
F2 Key Move text or image.
SHIFT and F2 Key Copy Text.
F3 Key Insert an auto text entry.
SHIFT and F3 Key Change the case of the selected text.
F4 Key Perform last action again.
SHIFT and F4 Key Perform a Find or Go to action again.
F5 Key Displays the Go to dialogue box, from here you can also Find and Replace.
SHIFT and F5 Key Move to a previous revision.
F6 Key Go to the next frame or pane.
SHIFT and F6 Key Go to the previous frame or pane.
F7 Key Launch the Spell checker.
SHIFT and F7 Key Launch the Thesaurus.
F8 Key Extend the current selection.
SHIFT and F8 Key Shrink the current selection.
F9 Key Update the selected fields.
SHIFT and F9 Key Switch between a field code and it's result.
F10 Key Activate the menu bar.
SHIFT and F10 Key Display a Shortcut Menu. Same as right clicking.
F11 Key Go to the next field.
SHIFT and F11 Key Go to the previous field.
F12 Key Save file As, equivalent to tools menu.
SHIFT and F12 Key Save document, equivalent to tools menu

Monday, August 18, 2008

Ada Masalah Berkaitan Komputer?

Share

 
Ada Masalah Berkaitan Komputer?


Sekiranya anda ada sebarang persoalan yang ingin diajukan kepada saya berkaitan komputer mahupun apa sahaja anda boleh tanya di Facebook. Saya akan reply secepat yang mungkin. Ataupun tinggalkan komen di bawah ni. Saya akan cuba selesaikan masalah anda setakat mana yang saya boleh sebab saya pun dalam proses belajar dan belajar. :-)

Kepada sesiapa yang berdekatan dengan Seksyen 7 yang mempunyai masalah berkaitan komputer untuk format, boleh hubungi saya. Untuk keterangan lanjut terjah Format PC/Laptop Murah Seksyen 7 dan UiTM Shah Alam

Add saya di facebook www.facebook.com/zuarchicharito untuk lebih mudah membuat pertanyaan.


Friday, August 15, 2008

ALLAH Sahaja Tahu Kebenarannya

Share

ALLAH Saja Tahu Kebenarannya

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007 Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062 Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahualam

Semua ini telah dikaji Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun Cubalah anda kirakan sendiri

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yang seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.

Bersama Kawan-Kawan

Share
Shooting Drama Jepun di Bukit Cahaya Seri Alam

Jamuan Kelas BEL Sir Hisham

Dinner Part 6 Diploma Pentadbiran Awam

Bersama dengan Baddrol Bakhtiar(Pemain Kedah) di UiTM Kedah

Majlis Konvokesyen Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Shah Alam

Jalan-jalan di KL

Khalid cetek pemikiran - Ibrahim Abu Shah

Share

Khalid Cetek Pemikiran - Ibrahim Abu Shah

SHAH ALAM 14 Ogos - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Ibrahim Abu Shah menyifatkan hanya golongan yang cetek pemikiran sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai oleh universiti itu sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak terus mengeluarkan kenyataan sesuka hati sehingga dilihat menghina dan mengutuk kaum sendiri.
Beliau ternyata tidak dapat menahan rasa marah dengan kenyataan Abdul Khalid yang bukan sahaja angkuh kerana enggan memohon maaf berikutan cadangannya agar UiTM membuka 'ruang' kepada pelajar bukan bumiputera.

Malah, katanya, Menteri Besar Selangor itu turut memperkecilkan kemampuan institusi itu apabila meminta UiTM memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti disegani.
''Saya bukan orang politik, tetapi sebagai penjaga universiti ini, saya berasa kecil hati dan marah. Kalau ya pun, cakap biarlah berbudi bahasa dan berhemah sikit. Kalau bercakap biar fikir betul-betul, jangan cakap sesuka hati, kutuk dan hina kaum sendiri seolah-olah kaum Melayu ini sangat teruk. ''Ia tidak patut keluar daripada mulut seorang pemimpin Melayu.

Walaupun sebelum ini ada pemimpin bukan Melayu bercakap mengenainya, ia dibuat secara berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pelajar Melayu Merdeka - Mengupas Kemelut Pelajar Melayu - Satu Pemerhatian GPMS anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid enggan memohon maaf kepada UiTM atas alasan ia bukan mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM. Mengulas lanjut, Prof. Ibrahim berkata, kenyataan Abdul Khalid itu menggambarkan graduan yang dihasilkan UiTM tidak bagus, tidak berdaya saing dan tidak global hanya disebabkan tidak membuka 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera.

''Kalau tidak berkualiti, masakan 70 peratus produk UiTM memasuki sektor swasta dan berada pada kedudukan baik di sektor kerajaan,'' katanya sambil menyebut beberapa nama besar siswazah UiTM yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tegas beliau, bukti sememangnya cukup banyak tetapi hanya orang bodoh sahaja tidak mahu menerima fakta itu. Beliau seterusnya menawarkan buku falsafah bertajuk 'Falsafah Mim' tulisannya dengan potongan harga istimewa 50 peratus khas untuk Menteri Besar itu.

Kemarahan pelajar kian memuncak membantah

Share

Kemarahan Pelajar Kian Memuncak Membantah

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

''Kami berharap isu kuota bukan bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri," katanya.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

Thursday, August 14, 2008

Majlis Penutup DIPAC Jom Gegar

Share




 
Majlis Penutup DIPAC Jom Gegar

Bila UiTM diusulkan di buka kepada kaum lain...

Share


Bila UiTM diusulkan di buka kepada kaum lain...

Sebagai bangsa melayu, kita semestinya berbangga dengan tertubuhnya sebuah university yang hanya untuk bumiputera yang mana melahirkan ramai graduan2 yang berkelayakan hasil daripada anak bangsa melayu kita sendiri.

Dengan adanya sebuah universiti khas untuk bumiputera, diharapkan dapat menyaingi kaum-kaum lain seperti india dan cina. Kita dpt lihat sekarang dgn adanya UiTM, melayu dapat berdiri sama tinggi dengan kaum2 lain di negara ini.

Tetapi usul untuk di buka kuota kemasukan pelajar kaum lain ke dalam UiTM adalah sungguh menyedihkan. Kita tidak mengamalkan sikap perkauman, tetapi ini adalah hak melayu bumiputera. Sekiranya di buka kepada kaum lain, maka apa yang ada pada kita???Kita sepatutnya berbangga kerana UiTM merupakan sebuah university bumiputera yg unggul dan semakin dikenali di seluruh dunia.

Maka janganlah mempersoalkan isu ini sekali lagi kerana ini akan membangkitkan kemarahan bumiputera khususnya melayu. Sebagai seorang pelajar UiTM,saya amat sedih kerana isu ini dibangkitkan oleh orang melayu sendiri. Janganlah kita menggadai maruah kita semata2 kerana politik.

Oleh itu marilah sama2 kita pelajar UiTM dan juga umumnya bangsa melayu membuat protes mengenai isu ini untuk mempertahankan hak kita sebagai bangsa melayu seperti yg tertera pada Perlembagaan Persekutuan. Kita tetap menghormati kaum2 lain dan berbangga kerana kita hidup aman dan damai.

Pandangan daripada seorang pelajar UiTM

Sunday, August 10, 2008

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Share


8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki


 1. Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki degan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.


20 Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

Share

20 Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.

2. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

3. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

4.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.

5. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

6. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.

7. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

8. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

9. Jangan banyak berangan.

10. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

11. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

12. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.

13. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok
ditundukkan sedikit.

14. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang.

15.Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

16. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

17. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

18. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

19. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut.

20. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Pepatah Baru

Share


Pepatah Baru

1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4.Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5.Harimau mti meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (tulah... lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6.Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.

7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9.Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi... )

12.Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

14.Biar korek hidung jangan korek tabung.

15.Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

16.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

17.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi..boleh blah... .lah... .

18.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

19.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

20.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

21.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.

22.Biar lambat asalkan perlahan.

23.Kalau tiada rotan, pelempang ajelah... .

24.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

25.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

26.Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

27.Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah... .

28.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

29.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah... .

30.Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

31.Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

32.Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

33.Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

34.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

35.Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

6.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.

37.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

38.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari... ... .(nak tak?)

39.Bunga tahi ayam bukannya sekuntum... .

40.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best... ...

41.Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

42.Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai

Teka - Teki Yang Perlu Diberi Penampar

Share

Teka - Teki Yang Perlu Diberi Penampar

1) Lubang apa yang rasanya hangat, nikmat dan nyaman?

Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.


2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M


3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

Answer: Kuih salah bikin.


4) Binatang apa yang power dalam bab berKarate?

Answer: Kuda belang. Try kira berapa black belt dia ada.


5) Siape yang menemukan dompet kulit?

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saya.

7) Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak buka?

Answer: Pintu yang ada tulis 'TARIK'


8 ) Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

Answer: Pembohong!!!


9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

10) Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Answer: Kutu rambut


11) Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?

Answer: Neneknye si katak


12) Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?

Answer: Sebab lelaki ni kan 'buaya'


13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

Answer: Sekretari baik.'Selamat pagi tuan'
. Sekretari kurang baik. 'Dah pagi ni tuan'

14) Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?

Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe


15) Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?

Answer: Tukang gali kubur


16) Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?

Answer: Tahi hidung


17) Ape persamaan kain jemuran dengan telefon?

Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat.


18) Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Answer: Mestilah kena tebang, sape yang nak cabut pokok kelapa ...gile pe


19) Gajah terbang dengan apa?

Answer: Dengan susah payah.

Sekian sudah teka-teki yang memang korang susah nak jawab ni..hehe

10 Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer

Share

10 Perkara Yang Menjejaskan Prestasi Komputer


Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau

Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM

Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah "Blue Screen" juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras

Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS

Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera

Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi

Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi

Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera

Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang

Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail

Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

Friday, August 8, 2008

Asean Day 2008

Share

Asean Day 2008

Fuhhhh!!!!!!Leganya hrni dgn smlm Asean Day yg dianjurkan oleh bash part 6 Diploma Pentadbiran Awam..Walaupun kami hanya di bagi masa xsmpi sebulan dgn bajet yg ciput, dgn xder guide dr sape2, tp kami dpt gak jlnkn event ni dgn pnh jayanya...Aku sbg penolong pgrh projek rasa bangga sgt sebab event berjaya berjalan dgn lancar..walaupun pnh pgg jwtn pgrh projek untuk FESKO 2008, tp kali aku rasa lg best sbb dpt mengeratkan silaturrahim dgn part 6 bash aku.Biasala last2 sem ni nk ada kngn bersama sblm berpisah kn..

Semua kwn2 aku bg support spnhnya Asean Day ni walaupun ada yg dok kt luar ssh nk dtg,tp drg ttp dtg gak memeriahkan suasana.Kwn2 yg sporting, heppening dgn lecturer pun best2 semua...Rasa hepi sgt2....Yeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Esok kenduri kawin lec aku xdpt pg coz ada LDK ngn sport day......:-(.letihnyer.......tp xper..hrni kami dh konvoi ramai2 boyz n gurl pg rmh lec tu..just nk jgk2 tnjk muka pn jdla..sjk hati die tgk kami dtg kn..huhu..dh tu lak hr ahad lak ada 2 test, Development Admin ngn Law...waaaaaa.....xstdy lg..cane ni.......xper2..aku kn seorg pljr yg berdedikasi dan bijak membahagikan masa(kuang3x)..xperla..stdy la pasni..tgkla result cane nanti..huhuhu...thanks to all DPA Part 6 UiTM Kedah......................Love u all!!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive