Monday, April 13, 2009

Home » » Ancaman Virus di Friendster

Ancaman Virus di Friendster

Share

Ancaman Virus di Friendster

Saya rasa pengguna-penguna friendster mesti tau apa yang saya ingin terangkan. Anda mungkin pernah mendapat comment ataupun message pelik dan lucah daripada kawan anda. Sedangkan kawan anda tidak pernah mengirimkan kepada anda. Saya akan terangkan bagaimana virus ini memanipulasi account friendster anda dan bermaharajalela menggunakan account tersebut tanpa kebenaran dari anda.

Seperti yang saya terangkan tadi, virus ini lakukan ialah ia akan memperalatkan akaun friendster kita yang dijangkiti oleh virus tersebut dan tanpa kita sedari kita akan mengirim mesej yang mengandungi mesej lucah ataupun lucu bersertakan link yang mempunyai virus di "post Bulletin", Private Mesej ataupun di Komen kepada rakan kita.


Link yang disebarkan oleh virus ini mengandungi virus ini dan kelihatan seperti laman web yang begitu popular pada masa kini iaitu "Youtube", namun sebenarnya laman web tersebut adalah sebuah laman web yang palsu. Anda kononnya diminta untuk install Adobe Flash Player yang update untuk membolehkan anda melihat video yang dikirim oleh rakan anda yang telah diperdaya ini, Fail Adobe Flash Update tersebut bukanlah Adobe Flash yang sebenar ianya ialah Virus!!


Diminta mereka yang mendapat mesej seperti begini dari rakan-rakan anda diminta jangan membuka link tersebut dan anda boleh delete comment dan message itu dengan segera.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive