Wednesday, April 15, 2009

Home » » Virus Conficker

Virus Conficker

Share
Virus Conficker

Tanggal 1 April 2009, suatu detik yang ditunggu oleh para pengguna komputer mahupun pakar sekuriti komputer di seluruh dunia. Bukanlah disebabkan oleh tradisi April Fool yang diadakan pada setiap tahun tetapi detik yang mencemaskan bagi para penguna komputer kerana hari ini virus Conficker telah dilancarkan dan diaktifkan.

Namun, vaksin untuk mencegah virus Conficker telah berjaya ditemui. Symantec telah menemui satu vaksin atau kaedah yang sangat mudah dan percuma untuk para pengguna komputer diseluruh dunia bagi membasmi virus Conficker ini.

Awas! Sekiranya, anda tidak dapat membuka laman web Symantec mahupun laman web antivirus yang lain, dukacita dimaklumkan kepada anda bahawa, komputer anda sudah terjangkit dengan virus Conficker tersebut.



Cybersecurity Berusaha Tangani Kemungkinan Ulat Jejas Pengguna Komputer

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang kemungkinan kesan ulat Conficker.C yang boleh menjejaskan pengguna komputer.

Conficker, varian terkini perisian bahaya, bukan satu ulat baharu tetapi versi yang diubah suai atau varian baharu ulat yang telahpun dikenali yang diprogramkan untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini, kata CyberSecurity dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

CyberSecurity berada dibawah skop Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Conficker menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web yang dimiliki pencipta atau pereka ulat conficker untuk dapat kembali arahan mengenai “what to do next” (”apa yang perlu dilakukan seterusnya”).

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri berkata CyberSecurity mengambil langkah berhati-hati dan bekerjasama rapat dengan .my DOMAIN REGISTRY dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.

“Situasi terkawal dan nasihat ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber,” katanya.

CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan dengan Conficker.C pada Januari.

Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index .html


Husin menasihatkan pengguna komputer supaya memastikan mereka mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah-langlah untuk menangani ulat tersebut.

“Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai Conficker.C worm. Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami,” katanya.

Sember : www.utusan.com.my

Antara Tanda - Tanda Anda dijangkiti Conficker

  • Tak boleh buka hidden file.
  • Tak boleh buka internet.
  • Muncul fail bernama pelik seperti ni jwgkvsq.vmx di dalam RECYCLED folder.
  • Akan creates autorun.inf dalam USB drives.
  • Account lockout policies akan reset secara automatik.
  • Sesetengah Microsoft Windows services seperti Automatic Updates, Background Intelligent Transfer Service (BITS), Windows Defender dan Error Reporting Services akan disable secara automatik.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive