Friday, May 22, 2009

Home » , » 5 Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet /Pengguna Internet

5 Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet /Pengguna Internet

Share

5 Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet /Pengguna Internet


Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan computer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan. Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat.

Tahukah anda bahawa disebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?


Batu karang
Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.


Gastrik
Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar. Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit ‘gastrik’ dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.


Gangguan penglihatan
Tumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda. Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko kebutaan. Selain itu penumpuan terhadap computer dalam jangka masa yang lama mungkin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalahsering sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan sebagainya.


Stres atau tekanan
Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi. Ini sebenarnya petanda anda dalam keadaan stres. Rentetan daripada stres yang dialami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.


Sukar tidur
Ia adalah lanjutan daripada masalah stress yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insomnia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak bermaya.

Prestasi kerja anda juga makin menurun kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang. Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

6 comments:

BroSKL said...

wah, mmg betol pun..klo dh dok dpn komputer..mmg x nk gerak dah..hehe.

p/s tulisan ni kecik sgt la ia akn menyebbkan pelawat anda menghidapi sakit mata juga hehe

zuar said...

btl gak kn..1 will change it..haha..thanks

aNiS tHe BumbleBee said...

thanks...nnti sy pegi check doktor.kalo betul pasal tenet,sy jual aje lah lappy sy ni.hehe..

zuar said...

hehe..bila nk pg tu

Mantra said...

Bila difikirkan semula memang ada betulnya
apa yang dituliskan di atas ini =)

zuar said...

yup..mmg btl info ni..bukan main2:-D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive