Tuesday, May 26, 2009

Home » » Memasang Google Analytic di Blog

Memasang Google Analytic di Blog

Share
Memasang Google Analytics di Blog


Bagaimanakah cara untuk mengetahui berapa ramai pelawat yang datang melawat di blog kita?Bagaimanakah untuk mengetahui artikel ataupun apa-apa yang kita postkan itu popular?

Ok..Sekarang mari kita belajar bagaimana cara kita boleh track pelawat yang masuk ke blog kita.

Dengan menggunakan Google Analytics, kita boleh lihat dari mana pelawat menjumpai blog kita, apakah keyword mereka search di search engine, dari mana mereka datang dan berapa lama mereka berada di blog kita.

Artikel kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk memasang Google Analytics di blog anda. Langkahnya agak mudah dan tidak memerlukan teknikal skill yang tinggi untuk memasangnya.


Langkah 1 – Buka Satu Akaun Google Analytics

Pergi ke laman web ini http://www.google.com/analytics untuk membuka akaun baru Google Analytics.





Klik pada sign up dan teruskan kepada langkah berikutnya yang mana akan keluar paparan meminta anda memasukkan maklumat seperti Website URL, Account Name, Country, and Time Zone. Skrin akan memaparkan seperti berikut:






Langkah seterusnya meminta anda memasukkan maklumat seperti first name, last name, phone number, and country.





Kemudian anda di minta untuk membuat perjanjian dengan terma dan syarat yang mereka kemukakan. Anda Cuma perlu tandakan dan klik pada butang Create New Account.





Langkah seterusnya sangat penting. Kod yang dipaparkan memerlukan anda copy dan paste di dalam template blog anda. Bawa mouse ke dalam box dan klik mana-mana tempat di dalam box itu dan automatik ia akan highlightkan semua kod dan anda cuma klik kanan dan copy kod tersebut. 

Sekarang anda buka Microsoft Word ataupun wordpad dan savekan ke dalamnya kerana anda akan guna selepas ini.





Selepas itu anda klik pada butang continue dan anda akan di bawa ke Dashboard Google Analytics. Anda akan lihat blog list anda tetapi tiada sebarang data lagi.





Ok..Sekarang anda telah pun selesai membuka akaun Google Analytics anda. Dan langkah seterusnya memerlukan anda meletakkan tracking code yang anda simpan tadi ke dalam template blog anda.


Langkah 2 – Menambah Google Analytics Tracking Code ke Dalam Template Blog

Langkah seterusnya ini sebenarnya tidaklah susah mana walaupun memerlukan anda bermain dengan kod template. Anda perlu sign in dahulu blog anda dan klik pada customize, cari Edit HTML dan klik.


Sebelum anda membuat apa-apa perubahan pada kod template anda, anda perlulah membuat backup dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah. Anda cuma perlu klik download full template dan simpanlah di dalam komputer anda.

Kemudian, anda scroll ke bawah dan cari kod seperti yang anak panah tunjukkan di bawah dan paste di atasnya.




Save template dan anda tidak sepatutnya mendapat error message.Jika berlaku error message, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada template anda. Saya andaikan anda telah berjaya save dengan selamat tanpa sebarang masalah dan anda telahpun siap memasang Google Analytics pada blog anda.


Langkah 3 – Memastikan Google Analytics di Tracking

Kembali kepada Google Analytics Akaun dan lihat pada dashboard. Anda akan lihat tanda seperti ini . Itu bermaksud semuanya tidak berjalan dengan lancar lagi kerana kita baru selesai menambah kod di blog. Klik “edit” di dashboard anda.





Selepas anda klik di bahagian “edit”, anda akan lihat skrin seperti di bawah dan keluar message “Tracking Not Installed”diikuti dengan link “Check Status”.

Klik pada “Check Status” yang mana akan memberi tahu Google Analytic untuk melawat blog anda dan lihat pada kod baru dan paste di template anda. Anda perlu replace pada kod yang lama.





Andaikan anda telah paste kod seperti yang di arahkan. Google Analytics akan mencari kod baru anda dan mula membuat tracking di blog anda. Jika masih lagi berlaku masalah, anda perlu baca pada bahagian help untuk menyelesaikan masalah anda.



Jika tiada sebarang masalah,anda akan lihat “Waiting for Data” yang bermaksud anda telahpun Berjaya memasang Google Analytics dengan betul dan data mula dikumpul oleh mereka.

Kembali ke Dashboard anda dan klik pada “View report” dan di sana semua data-data pelawat blog anda akan muncul.





Biasanya ia akan mengambil masa untuk membuat tracking kerana anda baru sahaja selesai memasang Google Analytics. Selepas ini anda bolehlah membuka Google Analytics dan mengetahui maklumat pelawat blog anda.




4 comments:

[Q.e.M.a] said...

interesting~
nk try la nnt =D

BroSKL said...

wah, rajin bt research ko ek..erm ok nt ada masa gua try bt benda ni nt hehe :D

BroSKL said...

ok trimas, aku dh letak google analitic ni kt blog aku..tp aku tgk repor xde graff pape pon..???

zuar said...

mmg lmbt ckt..dlm 1 hari baru dia kuar..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive