Wednesday, May 27, 2009

Home » » Soal Jawab bersama Jutawan Internet(Dr. Irfan Khairi)

Soal Jawab bersama Jutawan Internet(Dr. Irfan Khairi)

Share
Sekiranya saya ingin memulakan perniagaan Internet, dimanakah patut saya mula?

Untuk memudahkan penjelasan, perniagaan Internet ini terbahagi kepada 4. Bahagian pertama kena ada produk dan perkhidmatan. Kedua kita kena ada laman web. Ketiga kita kena ada kebolehan menerima bayaran daripada pelanggan kita. Dan keempat adalah promosi.


Saya rumuskan, pertama anda kena ada produk contohnya buku atau barang kecantikan. Bila dah ada produk, akan ke langkah kedua.


Langkah kedua, anda perlu ada laman web untuk paparkan produk anda. Tak semestinya anda membina sendiri laman web tersebut. Anda juga boleh mengupah seseorang untuk binakan untuk anda.


Langkah ketiga adalah kebolehan menerima bayaran. Contohnya apabila seseorang ingin membeli daripada laman web anda, pelanggan boleh menggunakan kad kredit dan bayaran boleh disalurkan ke bank anda. Kebolehan ini dipanggil sebagai ’merchant account’. ’Merchant account’ bertindak seperti orang tengah yang menerima bayaran dalam bentuk kad kredit bagi pihak anda dan menyalurkan kepada bank. Ia seperti pelanggan anda bayar kepada anda tetapi melalui ’merchant account’ terlebih dahulu.


Jadi nombor satu kita kena ada produk,nombor dua laman web untuk menjual, ketiga kebolehan menerima bayaran. Apa yang saya sebutkan tadi ’merchant account’ menerima bayaran dari segi kad kredit. Kalau tidak ada ’merchant account’ masih boleh menjalankan perniagaan Internet iaitu pelanggan boleh bank-in straight ke akaun anda.


Sekarang banyak perbankan online yang ditawarkan seperti maybank2u, cimb clicks dan sebagainya. Jadi pelanggan hanya perlu transfer wang ke akaun anda, dan andaboleh hantarkan produk. Selain itu, mereka juga boleh membuat bayaran melalui check, wang pos dan banyak lagi.


Dan yang keempat adalah promosi. Promosi ini adalah amat penting kerana promosi ini adalah kita perlu dedahkan kepada orang ramai. Sebab kalau kita tak dedahkan kepada orang ramai, orang pun tak tahu laman web kita di mana.


Contohnya laman web saya www.rahsiaInternet.com dan www.irfankhairi.com orang tak akan tahu kalau saya tak hebahkan. Jadi kena hebahkan, iaitu langkah keempat promosi. Cara nak hebahkan ada banyak cara. Kalau tak silap saya, nanti ada soalan cara nak promosi laman web. Itu saya akan jawab nanti.


Berapakah kos untuk memulakan perniagaan Internet ini?

Untuk perniagaan Internet, kita lihat dari kos pengendalian. Tadi yang saya sebut RM500 adalah kos membeli peralatan contohnya akses Internet dan sebagainya. Tetapi mungkin saya tak masukkan kos komputer kerana saya assume semua ada komputer sekarang ini.


Untuk perniagaan Internet kita kena bayar sewa bulanan sama seperti kalau kita ada perniagaan bukan Internet, kita kena ada sewa bulanan untuk sewakan kedai kita. Katakanlah di luar sewa sebuah kedai RM1000 setiap bulan untuk menjalankan perniagaan kita. Perniagaan Internet berbeza sikit, tetapi yang sama ialah kita masih lagi mempunyai sewa.


Sewa dalam bentuk web hosting maknanya kita kena ada tapak di Internet dan sewa di Internet. Cuma yang menarik adalah untuk menyewa tapak di Internet atau web hosting ini kosnya hanya RM10 - RM15 setiap bulan. Itu sudah cukup untuk menjalankan perniagaan Internet.


So dari segi kos, sebulan RM10 - RM15 sudah cukup untuk menjalankan perniagaan Internet cuma mungkin sebagai tambahan mungkin kita mahu laman web kita lebih canggih, seperti boleh menerima bayaran jadi mungkin di situ memerlukan tambahan bayaran.


Kemudian mungkin memerlukan perkhidmatan seperti email, autoresponder ada sedikit lagi kos. Tetapi rata-rata, kos boleh katakan kurang RM300 setahun. Kalau anda tengok laman web saya www.rahsiaInternet.com atau www.irfankhairi.com , kosnya hanya RM200 - RM300 setahun dan walaupun kos yang rendah, kita boleh mendapat pelanggan satu Malaysia yang sekarang ini 14juta pengguna Internet Malaysia ataupun kalau laman web kita Inggeris kita boleh mendapat pelanggan satu dunia iaitu 1. 2 billion pengguna Internet di dunia.


Jadi kalau kita bezakan harga, memang amat rendah, kurang dari RM300 setahun kita dapat mencapai berjuta-juta pengguna Internet ini.


Untuk perniagaan Internet, perlukah kita mempunyai produk kita sendiri?

Sebenarnya tidak, perniagaan Internet anda tidak perlu ada produk sendiri. Anda boleh beli katakan buku dari penerbit kemudian jual semula di Internet. Ataupun anda boleh beli barang dari pemborong dan kemudian jual balik di Internet, tak semestinya produk itu, produk milik anda, anda yang buat sendiri atau cipta sendiri.


Contoh katakan di Nilai, Negeri Sembilan ada banyak pasar borong dan tiba-tiba kita ternampak ukiran ayat Al-Quran. Anda boleh beli ukiran tersebut pada harga yang ditetapkan ataupun borong dengan banyak dan kemudian jual semula di Internet di laman web. Dan untuk jawab soalan tadi, tak semestinya kita sendiri buat ukiran itu baru jual. Kita boleh jadi seperti orang tengah, kemudian kita jual pada pihak lain.


Anda boleh dengar rakaman 60 Minit "Soal Jawab Perniagaan Internet".

Lawati: http://www.rahsiainternet.com/soaljawab

Username: jutawan

Password: internet

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive