Saturday, May 23, 2009

Home » » Soal Jawab IT Version 1

Soal Jawab IT Version 1

Share
 Soal Jawab IT Version 1

Capai laman web dihalang

Soalan
SAYA ingin tahu bagaimana membuka laman web yang sudah dihalang dari dicapai dan apakah perisian yang diperlukan? Pensyarah tempat saya belajar memberitahu saya menggunakan ‘proxy’. Adakah proxy itu boleh membantu saya?
Nasser Munaaim diduck_89@yahoo.com

JAWAPAN:

PELAYAN proxy ialah satu peringkat perantaraan yang melayani permintaan. Contohnya untuk ftp, http atau apa jua bentuk permintaan di antara pengguna dan pelayan.

Secara ringkasnya, pelayan proxy akan bertindak sebagai wakil anda. Pengguna akan dihubungkan ke pelayan proxy dengan permintaannya dan pelayan itu akan memanjangkannya ke pelayan sasaran, lalu membalas semula kepada pengguna.

Misalnya, anda meminta untuk mencapai blog www.zuarxpdc.blogspot.com dengan menaip alamat URL http://www.zuarxpdc.blogspot.com . Permintaan itu akan melalui pelayan proxy sebagaimana yang sudah ditetapkan dalam perisian pelunsur web (browser) anda.

Pelayan proxy akan menghantar permintaan anda ke pelayan www.zuarxpdc.blogspot.com yang mana selepas itu akan membalas semula ke pelayan proxy anda dan dipanjangkan terus ke komputer anda.

Pelayan proxy biasanya digunakan untuk menghubungkan permintaan di antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam, melayani permintaan dan pelbagai fungsi lagi. Menjawab pertanyaan anda itu, untuk mencapai laman web yang sudah dihalang ialah dengan menetapkan proxy dalam perisian pelunsur. Sebelum itu hendaklah dicari dulu pelayan proxy awam dan pastikan alamat IP serta nombor pelabuhnya.

Cara mengubah tetapan proxy untuk IE:
1. Klik Tools > Internet Options
2. Klik tab Connections
3. Klik LAN Settings untuk pengguna jalur lebar dan sistem rangkaian setempat (LAN), manakala Dial up untuk pengguna dail masuk.
4. Klik ‘Use a Proxy server for LAN’ (Ketetapan ini tidak dipakai untuk penyambungan secara dail masuk atau rangkaian persendirian maya (VPN).
5. Isikan alamat IP pelayan proxy dan nombor pelabuh
6. Klik Close Cara mengubah tetapan proxy untuk Firefox 2.x:
i. Klik Edit > Preference
ii. Klik tab Advanced
iii. Klik Network
iv. Klik ‘Manual proxy confi guration’ dan isikan alamat IP serta pelabuh
pelayan proxy
v. Klik Close.

Untuk makluman anda, kemungkinan juga laman yang anda cuba capai itu dihalang pentadbir rangkaian organisasi anda bekerja. Sila pastikan juga anda tidak melanggar peraturan yang sudah ditetapkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan software seperti Ultra Surf ataupun freegate


Sambungan kerap terputus

SOALAN:
Saya mempunyai satu masalah mengenai capaian ke Internet yang mana kerap kali ia terputus hubungan ketika melayari laman web.

Apa yang saya dapati ketika kejadian itu berlaku ialah daripada petunjuk status kad rangkaian yang menunjukkan kelajuan pemindahan data yang diterima dan dihantar ialah 0 byte.

Untuk pengetahuan anda, sudah tiga kali saya menukar kad rangkaian dan modem ADSL, tapi masalah itu tetap berulang.

Diharap anda dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

PC saya:- Windows XP SP2- RAM 512MB- ADSL Modem (DLINK)- Antivirus NOD32

Ridzhuan
apokalipo@gmail.com

JAWAPAN:
Berdasarkan penjelasan anda, masalahnya ialah pada penyambungan di antara anda dengan modem ADSL atau di antara modem dengan Internet.

Untuk mengenalpasti masalah sebenar, cuba 'Ping' modem ADSL anda dan hos Internet, contohnya nama pelayan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda.

Cara untuk membuat 'Ping' ialah:-
klik Start > run- type cmd, klik ok- kotak hitam akan dipaparkan.

Di dalam kotak hitam, taip ping -t444.444.444.444 (gantikan 444.444.444.444 dengan alamat IP modem ADSL anda)

Ulangi langkah di atas, tetapi ubahkan alamat IP dengan alamat IP nama pelayan ISP anda. Setiap kali anda terputus hubungan, lihat pada dua kotak hitam dan pastikan sama ada aduan dari 'Request timeout' atau hos 'unreachable'.

Dari situ anda boleh mengenal pasti masalah sebenar. Sekiranya di pihak ISP, hubungan pusat bantuan dan aduan ISP terbabit. Sementara masalah yang datang dari modem ADSL, semak semula pelarasan rangkaian dan perkakasan yang terbabit.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive