Melajukan Start Menu Untuk Windows XP
Pada kali ini saya akan mengajar anda cara untuk Melajukan Menu pada Windows XP. Bagaimanakah caranya? Ok,mula-mula anda klik menu di bahagian taskbar anda, anda klik all programs dan gerakkan mouse ke atas dan ke bawah. Anda boleh rasakan yang program tersebut lambat untuk keluar.
Sekarang mari kita ubah dan buatkannya supaya menjadi lebih cepat dan anda akan rasa perbezaannya.
Mula-mula anda klik Menu>Run
Kemudian tuliskan perkataan regedit di dalam kotak run. Selepas itu akan muncul paparan seperti di bawah:

Anda double klik pada HKEY_CURRENT_USER dan akan muncul paparan seperti di bawah:

Kemudian anda klik sekali pada Control Panel > Desktop dan akan muncul paparan seperti di bawah:

Kemudian anda cari di sebelah kiri tersebut "MenuShowDelay" dan anda double klik. Akan muncul paparan seperti di bawah:

Anda setkan pada Value Data kepada 4. Kebiasaannya sebelum ini di setkan kepada 400. Klik OK dan restart PC anda.
Kemudian anda cuba lagi sekali pergi ke Menu, kemudian All programs dan gerakkan mouse ke atas dank e bawah. Adakah ada perubahan?:-). Jika ada, anda berikan komen di bawah..Kini anda berjaya melajukan menu anda. Sekian.
8 comments:
dah cuba.. tp bla smpai kontrol panel xde pon menu show delay.. huuhu
lepas control panel pilih desktop pulak..baru cari menu show delay
sori..sy terlupa masukkan lagi satu step..hehe..skrg dh ok
bagus info...
Dah buang Virus..ni penawarnyaaaa..
jom lajukan win dengan software ni
salam....saya sudah try...alhamdulillah....ok..laju la..heheheeh....ske2...:)....macih ye.....trus kan web kamu.....best la web ni....sy dah bookmarks dah web ni...semoga ilmu kamu di balas dgn sesuatu yg xternilai...huhuhuh
alhamdulillah..bagusla klu jadi..insyaallah..blog ni akan ada selagi ada org nak baca:-D
terima kasih atas info ini.semoga usaha ini diberkati
sama-sama.jgn lupa share link dgn kawan2 k..huhu
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D