Thursday, June 18, 2009

Home » » Mengenali Phishing

Mengenali Phishing

Share

Phishing

Apakah Phishing?


Adakah anda tahu apa itu Phishing? Phishing ialah sejenis jenayah siber yang dilakukan oleh orang yang tak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat peribadi terutama sekali maklumat perbankan.

Phishing selalunya di jalankan melalui e-mel dan menyuruh anda membuka laman web tertentu yang merbahaya. Laman web tersebut dicipta untuk mencuri data seperti kata laluan dan identity pengguna dan menyebabkan akaun anda berada di bawah kawalan orang lain


Tips mengelakkan Phishing:

1. Anda harus sedar yang pihak bank tidak akan hubungi anda melalui e-mel untuk mendapatkan kata laluan kerana ia terlalu sulit. Jika ada anda padamkan saja.

2. Pastikan laman web yang anda lawati milik institusi perbankan yang sah. Untuk ketahuinya anda lihat di status bar pada browser sekiranya ada ikon mangga kunci, ianya merupakan sambungan yang sah dan selamat.

3. Cara lain untuk pastikan website yang anda kunjungi adalah tepat dengan melihat pada permulaan alamat https://. Ini menunjukkan sambungan selamat. Anda digalakkan untuk menaip semula alamat dan jangan akses melalui hyperlink.

4. Semak akaun bank secara untuk pastikan tidak ada transaksi keluar wang yang tidak sepatutnya pada akaun anda. Jika berlaku, hubungi segera pihak bank.

5. Pasangkan antivirus yang mempunyai teknologi Anti-Phishing bagi mengelakkan kecurian data.


2 comments:

y@n@ M!B said...

tenkiu hencek zuar...hehe~ sy xpernah dpt emel tu..kwn sy yg dpt..dia cite kt saya :l:

zuar said...

sama-sama hencik yana..eh salah..cik yana..hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive