Tuesday, June 16, 2009

Home » » Punca Jangkitan Malware

Punca Jangkitan Malware

Share


Punca Jangkitan Malware

Ancaman Malware(seperti virus,worm,spyware/adware) bukan lagi satu benda yang asing bagi setiap pengguna komputer pada masa kini. Bagi mengelakkannya menyerang, setiap PC hendaklah dilengkapi dengan antivirus yang berkesan dan selalu di update.

Tetapi, walaupun mempunyai antivirus terbaik sekalipun dan kerapkali di update, Malware boleh terlepas tanpa kita sedari disebabkan kecuaian diri sendiri.
Antara punca jangkitan Malware seperti:

Bahan Berunsur Porno ataupun Lucah
Kepada penggemar bahan lucah anda terdedah kepada jangkitan Malware. Tetapi walaupun anda tidak melayari laman web berunsur lucah, kemungkinan jangkitan boleh berlaku kerana muncul iklan dan pop-up dan kita terklik tanpa disedari.

Movie dan Muzik Haram(MP3)
Kerapkali laman web yang menyediakan perkhidmatan memuat turun lagu ataupun video memaksa anda memasang perisian tertentu sebelum anda boleh memuat turun dari laman web mereka.

Perisian Cetak Rompak
Kepada penggemar perisian cetak rompak, anda mesti berhati-hati jika menggunakan keygen ataupun cracks. Sesetengah keygen dan cracks boleh berfungsi tetapi disertai dengan Malware yang berupaya mengeksploitasi PC anda.

Perisian Peer-to-Peer(P2P)
Risiko anda dijangkiti Malware amat luas sekiranya anda gemar menggunakan perisian P2P seperti Ares dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, P2Pmerupakan punca utama jangkitan Malware.

Iklan Internet
Iklan boleh terpapar pada sebarang laman web. Tetapi gangguan iklan boleh disekat sekiranya anda menggunakan perisian Mozilla Firefox ataupun Google Chrome yang dilengkapi dengan penyekat iklan.

Jangkitan Melalui E-Mel
Kebanyakkan Malware biasanya merebak melalui e-mel. Bagi anda yang selalu menggunakan e-mel, anda dinasihatkan jangan membuka e-mel sekiranya anda tidak ketahui dari mana punca e-mel tersebut datang.


2 comments:

ibh said...

Thank's 4 the ilmu..sue mmg tgh mencari info berkaitan malware ni..

zuar said...

jangan lupa ikut tips2 yg diberika ok..antivirus pun ada kt cni..download je..huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive