Friday, June 19, 2009

Home » » Soal Jawab IT Version 3

Soal Jawab IT Version 3

Share
Soalan 1
Lesen Kaspersky Tamat
Saya menghadapi masalah berkaitan dengan antivirus saya apabila saya klik pada icon Kaspersky 7, keluar paparan bertulis”Your License Key Is Blacklist. Update are disable. Please Contact Your Dealer or Local Support Service”. Tetapi lesen antivirus saya belum lagi tamat kerana tarikh tamat pada 10/10/2010.
Jawapan:
Mungkin lesen antivirus anda telah disalin oleh orang lain dan pihak pengeluar telah blacklist lessen tersebut. Anda boleh hubungi wakil pengeluar antivirus tersebut di support@kaspersky.com.my. Tetapi jika anda memang gunakan lesen pirate jangan mengada-ngada hubungi mereka.Huhu. Ada cara lain untuk menyelesaikan masalah kaspersky pirate yang anda guna.
Soalan 2
Format Windows XP
Bagaimanakah cara untuk Format Windows XP dengan betul dan apakah langkah-langkah yang diperlukan sebelum dan selepas saya format Windows tersebut?
Jawapan:
Sekiranya anda pengguna baru dan ingin belajar mengenai cara untuk format komputer dengan platform Windows XP dengan mudah, anda boleh download E-book Cara Untuk Format Windows XP – Langkah Demi Langkah yang saya sediakan berserta dengan gambar di tulis dalam Bahasa Melayu di www.setupwindowsxp.blogspot.com.
Soalan 3
PC Hang
PC saya akan hang bila saya buka fail video tak kira gunakan apa jua software contohnya window media player, real player, winamp atau cyberlink power dvd. Adakah ia disebabkan oleh virus atau sistem saya rosak?
Jawapan:
Selalunya ia menandakan ada kerosakan pada windows dan ia akan menggangu komposisi video dalam windows. Cuba install semula windows.
Soalan 4
Trojan
PC saya selalu hang bila saya melayari internet. Antivirus kesan ada Trojan dalam PC saya tapi saya sudah scan banyak kali tapi tidak boleh di buang. Bagaimana cara untuk buang Trojan tersebut?
Jawapan:
Hang mungkin disebabkan oleh Trojan tersebut beroperasi semasa anda menggunakan PC. Kenalpasti jenis Trojan itu menggunakan antivirus dan jika tidak dapat di buang, cari remover menerusi google.
Soalan 5
Masalah WGA Windows XP
Saya ada problem dengan Windows XP SP2.Keluar mesej “you may be a victim of software counterfeiting. This copy of Windows did not pass genuine windows validation” di PC saya. Bagaimana untuk selesaikan masalah ini?
Jawapan:
Ini berlaku kerana anda telah install update daripada Microsoft (KB905474) yang akan membuatkan WGA(Windows Genuine Advantage). WGA ini juga boleh memadamkan PC anda. Anda boleh gunakan software Anti Genuine Advantage di blog ini untuk remove WGA tersebut.
Soalan 6
Masalah Monitor
Saya ada problem dengan monitor bila hidupkan PC, monitor masih gelap tetapi lampu monitor menyala. Apakah sebenarnya problem dengan monitor saya itu?
Jawapan:
Biasanya jika masalah monitor selalunya berkaitan dengan kabel monitor, tiub monitor, kad grafik dan monitor sendiri yang rosak. Anda boleh cuba ganti monitor lain ke PC anda. Jika OK, mungkin kad grafik ataupun motherboard anda yang rosak.


13 comments:

humbleslave said...

Salam,bro...berkaitan soalan wga window xp,adakah berkesan kalo kita just delete wga file pada window c tanpa gunakn software.

zuar said...

wslm..yup..mmg berkesan..lps dh buang wga tu,pegi download genuine xp kt software download kt blog ni k..ikt arahan tu..klu xfaham bgtau k..:-)

Anonymous said...

bila start notebook selalu kuar "Windows cannot find "C:\Document and Setting\Administrator\pmlm.exe"
apakah sbbnya??? dan bagaimana nk buang???

zuar said...

anda boleh masuk ke msconfig, masuk ke startup cari dan buangkan file seperti nama di atas..kalau xpasti disablekan semua sekali.kemudian restart..masalah tu akan hilang

Anonymous said...

saya dah disablekan semua sekali dlm startup tapi masih kuar msg tu....???

zuar said...

kalau mcm tu kena scan dlu..guna combofix..amik kt bahagian untuk pc yg kena virus..nnti bgtau k

Anonymous said...

tq zuar, dh slsai mslah...

Anonymous said...

salam... blh x install trojan remover bsama ngan avira?

Anonymous said...

tq zuar... selesai mslah.

zuar said...

ok..sama2..:-).guna combofix ke?

zuar said...

Boleh..xde masalah nk guna trojan remover bersama avira..tapi saya sarankan guna portable trojan remover..xperlu install..semua ada kt blog saya ni..jgn lupa cari k..:-D

apin said...

guna trojan remover, dwnload kat blog ni gak... tq coz byk mbntu.

zuar said...

oo..yeke..ok..bgsla tu..hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive