Friday, July 3, 2009

Home » » Mengatasi Serangan Spyware

Mengatasi Serangan Spyware

Share
Mengatasi Serangan Spyware

Apakah itu Spyware dan bagaimana caranya untuk mendapatkan software percuma dari Internet yang boleh menyekat atau membuang Spyware di dalam komputer?

Spyware ialah program yang memasang dirinya sendiri tanpa pengetahuan anda dan biasanya ia akan memantau pergerakan pengguna, malah lebih parah lagi ia akan mengawal penggunaan komputer itu.

Antara gejala yang menandakan komputer anda sudah dijangkiti spyware ialah:

- Mengalihkan kunjungan anda ke sesuatu laman web ke laman web lain

- Iklan ‘pop-up’

- Capaian Internet menjadi perlahan dan lebih teruk lagi tak dapat masuk terus.

- Prestasi komputer menjadi lembab

- Komputer menjadi tidak stabil

- Antivirus sedia ada tak boleh update

Anda boleh baca artikel yang lepas mengenai Punca Jangkitan Malware di sini


Terdapat beberapa perisian anti spyware percuma yang boleh anda guna seperti:


- Spybot Search and Destroy (http://www.safer-networking.org/en/home/)

- Lavasoft Ad-Aware SE (http://www.lavasoft.com/)

- Microsoft Windows Defender (http://www.trendsecure.com/portal/enUS/threat_analytics/hijackthis.php)

Selain itu anda juga boleh gunakan Portable Antivirus. Portable Antivirus amat penting kerana kadang – kala spyware disablekan terus antivirus sedia ada dan menyebabkan anda tak boleh scan. Selain itu anda juga tak boleh nak install antivirus yang lain.

Jadi dengan menggunakan Portable Antivirus, anda tak perlu install sebab anda boleh simpan dalam pendrive ataupun di mana-mana saja. Antara Portable Antivirus yang boleh anda gunakan seperti Trojan Remover, Portable Autorun Virus Remover, Portable AV, Combo Fix. Semuanya boleh amik kat sini

Selepas anda scan dan buang virus yang beranak-pinak dalam PC anda, kerja anda belum lagi selesai sebab bila spyware masuk, registry anda akan diubah dan dikucar-kacirkannya. Memang jahat betul binatang spyware ni. Jadi apa yang perlu untuk anda buat ialah klik regwash ni untuk fixedkan registry anda.

Lihat kesannya lepas tu PC anda akan jadi lebih ringan dan boleh try timbang kalau tak pecaya.Hehe.Jgn tertipu.

Amaran!!!!Jangan jadi penternak spyware yang berjaya!!!!!!!

Lepas anda try dengan bersusah-payah tak dapat jugak buang kerana anda memang seorang penternak virus yang tegar, langkah terakhir ialah anda perlu format. Panduan lengkap untuk format ada di sini.

Amaran kedua!!!!!Belajar-belajar format sendiri.Senang sangat.:-p

Diharap artikel ni memberi ilmu yang berguna kepada penternak-penternak virus di luar sana yang baru berjinak-jinak ataupun yang memang dah pakar dalam bidang ternakan virus ni. Anda boleh letakkan di blog anda artikel ni tapi jangan lupa selitkan sekali link blog ni ok. :-). Semoga Berjaya!!!!!

4 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

nnti ajar saye..hehe!

zuar said...

boleh...bagi baju free satu semua saya ajar k puan anis..hehe..

Anonymous said...

saya lagi ternak spyware nih, mau beli???

zuar said...

mau beli apa?

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive