Wednesday, July 1, 2009

Home » » Motivasi

Motivasi

Share


Motivasi


Perniagaan internet mula berkembang pesat di Malaysia sejak internet di perkenalkan pada tahun 1995. Ramai orang yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan internet kerana ianya boleh dimulakan dari mana-mana sahaja walaupun dari bilik tidur anda!


Potensi perniagaan internet menunjukkan ia semakin berkembang dan akan terus mendapat perhatian. Oleh itu, langkah pertama anda hari ini untuk membina empayar perniagaan internet adalah keputusan yang paling tepat!

Mari kita renungkan sejenak kata-kata dan motivasi di bawah:


"Apa juga yang anda lakukan, jangan fikir duit dulu, buat kerana minat. Kalau tidak anda akan merasa ralat.. Saya melakukan semua ini kerana hobi dan minat, duit datang kemudian... Dan saya akan terus melakukan perkara ini walaupun tidak mendapat duit.."
Kata-kata Dr Irfan Khairi


Jika anda menyimpan RM155 setiap bulan bermula dari umur 20 tahun sehingga 50 tahun tanpa menggangu sedikit pun wang itu, dengan kadar faedah bank dan sebagainya wang anda akan genap sejuta bila berumur 55 tahun.
Tips Azizi Ali


Kegagalan adalah lumrah perniagaan, jika anda hendak berjaya perbanyakkan kegagalan. Untuk perbanyakkan kegagalan anda perlu mencuba.
Pesanan Donald Trumph


Jika mahu hidup senang berkerjalah di bawah majikan, dan dapatkan wang tetap setiap bulan,tetapi jika mahukan kebebasan kewangan, berniagalah dan dapatkan wang setiap masa tidak kira di mana jua anda berada kerana perniagaan merupakan pintu rezeki yang luas dan9/10 datangnya daripada perniagaan.

Cara untuk menjadi jutawan adalah dengan mengambil RM10 daripada 1000000 orang dan anda fikirlah bagaimana cara untuk mendapat RM10 tersebut.

Barangsiapa yang tidak berupaya untuk menghasilkan walau satu sen pun daripada internet, walaupun mereka memasukinya setiap hari, maka sesungguhnya anda adalah tergolong di kalangan orang-orang yang rugi

Jika anda memulakan perniagaan, bersiap sedialah selalu kerana setiap sesuatu pasti ada kegagalan. Jika berlaku kegagalan, bangkitlah dan belajar dari kegagalan.


“Dalam dunia bisnes, tidak ada gunanya jika anda mempunyai produk terbaik di dunia, atau anda memikirkan semua orang memerlukan produk anda. Walau apa jua pun pemikiran anda, jika anda gagal menjual, anda tetap seorang yang gagal.”

“Tiada jalan singkat untuk senang, kebanyakan mereka yang berjaya mengambil masa bertahun tahun berusaha untuk jadi senang”
“Bukan senang nak senang,Bukan susah nak susah”

Jadi apa tunggu lagi..mari kita sama-sama mulakan bisnes pertama tanpa rasa segan dan takutkan kegagalan kerana kejayaan bermula dengan kegagalan. Kegagalan juga mengajar kita mencapai kejayaan.

Anda mahu mulakan bisnes dengan hanya modal yang rendah tapi membawa hasil yang lumayan??
Klik banner di bawah

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH






















0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive