Sunday, July 26, 2009

Home » » Perlindungan Optimum untuk Perniagaan Kecil

Perlindungan Optimum untuk Perniagaan Kecil

Share

Perlindungan Optimum untuk Perniagaan Kecil

Symantec memperkenalkan Symantec Endpoint Protection Small Business Edition, yang direka untuk memberikan perlindungan tiada tandingan dengan konfigurasi minimum.


Dengan menawarkan perlindungan di peringkat syarikat kepada perniagaan kecil, Symantec Endpoint Protection Small Business Edition membolehkan pelanggan memasang dan menggunakan dan yakin aset mereka dilindungi.

Direka untuk pelanggan yang memiliki perniagaan kecil yang mahukan perlindungan komprehensif yang mudah untuk dipasang, dihantar dan diuruskan.

Penyelesaian berkenaan menawarkan peralatan yang dibina secara dalaman seperti wizard pemasangan pelanggan dan antara muka pengguna yang diselaraskan memudahkan penghantaran dan mengurangkan tahap kepakaran.

Selain itu, terdapat makluman pra-konfigurasi, perlindungan lalai Symantec yang disyorkan dan laporan keselamatan secara automatik yang menjimatkan masa dan kos.

Pengarah Kanan, Kejuruteraan Sistem, Geografi Asia Pasifik dan Jepun, Symantec, Alvin Ow berkata, memandangkan jumlah dan kecanggihan virus berasaskan Web dan kod berniat jahat terus meningkat, perniagaan kecil perlu dilindungi dengan kaedah yang lebih baik.

"Dengan memberi keutamaan kepada prestasi optimum dan kos rendah, kami menawarkan perniagaan kecil tahap perlindungan bertaraf global," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut ujian yang dilakukan oleh The Tolly Group baru-baru ini, yang membandingkan tujuh penyelesaian perlindungan peringkat akhir untuk perniagaan kecil, telah menunjukkan prestasi terbaik termasuk waktu terpantas dan impak paling rendah ketika menggunakan dokumen Microsoft Office tempatan.

Penyelesaian berkenaan juga memerlukan masa kurang dari 20 minit untuk dipasang.

Ujian pihak ketiga menarafkan Symantec sebagai mempunyai teknologi paling berkesan yang konsisten untuk menangkap dan menghentikan malware.

Symantec telah mengenalpasti sebahagian daripada sumber data ancaman Internet yang komprehensif di dunia melalui Symantec Global Intelligence Network.

Jaringan ini merakamkan data risikan keselamatan sedunia yang memberikan penganalisis Symantec sumber data pelbagai bagi membolehkan mereka mengenalpasti, menganalisis, memberikan perlindungan, menyediakan komentar bermaklumat mengenai trend baru berhubungan serangan, aktiviti kod berniat jahat, phishing dan spam.

Ia dijual pada harga yang kompetitif sama ada untuk pengguna baru atau pelanggan sedia ada.

Symantec Endpoint Protection Small Business Edition ditawarkan sebagai sebahagian Symantec Protection Suite Small Business Edition.

Penyelesaian ini boleh didapati melalui jaringan Symantec di seluruh dunia atau layari laman
www.symantec.com/partners/index.jsp

Sumber: www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive