Monday, July 13, 2009

Home » » Soal Jawab IT Version 4

Soal Jawab IT Version 4

Share
Soal Jawab IT Version 4

Masalah Window Media Player

Soalan:

Saya ada masalah dengan Window Media Player (WMP). Sebelum ni boleh guna tapi sekarang tak boleh lak.

'Window Media Player cannot play the file. The file is either corrupt or the player does not support the format you are trying to play' keluar bila saya open file. Bagaimana cara nak settlekan problem ni?


Jawapan:

Berkait dengan masalah tu, terdapat beberapa kemungkinan mengapa Windows Media Player anda tak dapat nak mainkan fail tertentu. Kemungkinan file anda rosak ataupun file yang anda download tak complete. Selain tu mungkin juga file yang anda mainkan tu format tak support.

Anda boleh download codec supaya WMP anda boleh mainkan file tersebut ataupun mainkan di Windows Media Classic


Gagal Aktifkan Windows

Soalan:

Saya ada masalah untuk aktifkan Windows sebab setiap kali saya cuba masukkan nombor 'product key', ia arahkan saya masukkan 'produk key' yang lain.

Bagaimana nak aktifkan Windows dengan cara yang betul?


Jawapan:

Sekiranya anda gagal untuk mendaftar menerusi Internet, anda boleh juga mendaftar menggunakan telefon.

Bagaimanapun, untuk membantu permasalahan anda ini, kami mengandaikan ia adalah OS Windows XP.

Ikuti langkah berikut:- Klik Start>All Programs>Accessories>System Tool>Activate Windows-Klik Yes, I want to telephone a customer service representative toactive Windows now.- Klik Read the Windows Product Activation Privacy Statement- Klik Back, klik Next- Ikut arahan di Activate Windows by phone- Hubungi nombor telefon yang dipaparkan.


Skrin Kabur

Soalan:

Saya ada satu masalah mengenai Windows, saya pernah bawa laptop ke dewan kuliah dan sambungan ke pemapar LCD di dewan itu.

Apa yang terjadi lepas sambungan tu, paparan Windows laptop saya menjadi kabur dan ikon-ikonnya nampak lebih besar dari biasa.

Banyak teknik sudah digunakan untuk memperbaikinya seperti masuk pergi ke ‘graphic properties’ (klik kanan di desktop) untuk ubah warna di ‘colour correction’. Tapi, Windows saya masih kabur.

Jawapan:

Berdasarkan penjelasan anda, besar kemungkinan resolusi skrin dah ditukar secara tak sengaja.

Untuk dapatkan semula ketetapan asal atau meninggikan resolusi skrin tu, cuba langkah ni:

- klik kanan di Desktop>Properties

- klik Settings

- pilih resolusi tertinggi yang anda dapati di paparan "Screen resolution"

- klik OK dan OK sekali lagi jika semuanya berjalan lancar.


File Corrupt

Soalan:

Saya mempunyai masalah selepas format komputer kerana setiap kali ‘restart’, ia seolah-olah memiliki dua sistem operasi.

Satu daripadanya menunjukkan mesej ralat sistem ‘file corrupt’. Bagaimana caranya untuk hilangkan mesej ralat itu supaya saya tak perlu lagi tekan butang ‘enter’ untuk log masuk.


Jawapan:

Anda boleh tentukan ‘default’ menggunakan langkah berikut:

Klik Start>Control Panel>Systems

Klik Advance>Start up and recovery Settings

Pilih ‘Default operating system’

Klik OK

Reboot semula PC.

2 comments:

PakarBisnes said...

memang macam2 ya masalah. itu yang kadang2 rasa kurang sabar. hehe.

masalah pc ni macam alah bisa tegal biasa. dah lama2 xde masalah sangat nak fix masalahnya tu.

zuar said...

aah..btl tu bro..klu dh belajar cane nk fixkn problm tu,xde masalah lg pasni..jnji kena belajar..huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive