Saturday, August 1, 2009

Home » » Variasi MP3

Variasi MP3

Share



Variasi MP3

Dengan perkembangan dunia hiburan dan industri muzik, ramai di kalangan kita sibuk mencari gajet dan alat pendengaran yang canggih dan hebat. Selang hari dan bulan, ada sahaja instrumen pendengaran muzik baru disebut di kaca televisyen dan corong radio.

Tidak kurang juga promosi yang menyusul sebaik sahaja produk itu mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar barangan elektronik. MP3 merujuk kepada MPEG-1 Audio Later 3. Ia adalah format audio biasa bagi simpanan fail audio konsumer. Sambil memindahkan fail, alat itu juga dapat memainkan semula muzik yang direkodkan.

Pada zaman serba moden ini, ramai pelajar institusi pengajian tinggi bergantung kepada MP3 untuk merakamkan topik pengajaran di kuliah, selain memudahkan tugasan audio yang diberi. Bagi memudahkan anda membuat pilihan aksesori yang tepat dan berkualiti, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui bagi pemilihan bijak.

Perkara pertama yang harus diberi penekanan adalah kapasiti atau kemampuan cakera keras. Sesetengah daripada jenama terkemuka menjual pemain yang berkapasiti 100GB. Anda mungkin tidak memerlukan kapasiti setinggi itu tetapi Mplayer, Creative, Sony dan T7 mempunyai beberapa jenis model yang menarik dan harga berpatutan.

"Kedua-dua Sony dan T7 mempunyai MP3 bersaiz 2GB dan ia adalah antara seleksi paling diminati pengguna," kata seorang staf di Thunder Match Technology Sdn. Bhd., Pang Kim Hong.

"Jenama MPlayer juga tidak kurang hebatnya kerana ia pernah memenangi Anugerah Rekaan Terbaik pada tahun 2007 dan 2008," jelasnya sambil menambah Sony, T7 dan Mplayer dijual masing-masing pada harga RM229, RM219 dan RM149 (1GB).

MPlayer ini cukup unik dan mungkin disukai golongan wanita kerana ia datang dalam bentuk kepala Mickey Mouse yang menarik. Sebabnya, ia adalah keluaran khas Disney Hong Kong dan didatangkan dalam warna putih, hijau, biru, merah, hitam, perang dan bermacam-macam lagi.

Perkara kedua yang harus diberi penekanan adalah rekaan dan ciri-ciri antaramuka pengguna. Kita sering terburu-buru membeli berdasarkan penampilan luar berbanding memikirkan tentang fungsi. Sekiranya anda tidak tahu apa-apa tentang MP3, tanya dan cuba dahulu alat tersebut di kedai. Kenali berapa banyak butang yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu hasil atau memainkan muzik dan adakah butang pusing terlalu sensitif dan sebagainya.

"Dengan kemampuan memainkan sebanyak 450 buah lagu, Philips SA2825 menggunakan pad sentuh di bahagian tepi, selain butang tekan main atau berhenti di bahagian atas."

"Ia juga mempunyai kuasa memainkan lagu selama 20 jam tanpa henti atau mendengar radio FM dalam satu pengecasan bateri. Anda juga boleh tarik dan lepaskan (menyalin koleksi muzik) terus dari komputer ke MP3 tanpa memerlukan perisian tambahan," ujar Kim Hong lagi.

Dijual pada harga RM189, pindahkan data dalam kadar yang pantas dengan menggunakan kabel USB. Seterusnya, pastikan ia meliputi sokongan fail pada alat-alat pengkomputeran yang dimiliki sama ada komputer riba, komputer meja dan lain-lain. Pastikan ia memberi sokongan dan fleksibiliti yang diperlukan.

Faktor terakhir ialah skrin dan resolusi. Harus diingat bahawa bukan semua MP3 dengan skrin boleh memainkan video. Jadi, cuba periksa ciri-ciri itu terlebih dahulu. Sebarang keistimewaan lain, dapatkan penjelasan daripada wakil penjual.

"MP3 jenama Sony didatangkan dalam saiz 1GB (RM149) dan 2GB (RM229) dan ia mempunyai jaminan setahun. Salah satu fungsian menarik pada alat ini adalah anda hanya perlu mengecas bateri selama tiga minit dan ia akan bertahan sehingga 90 minit," jelasnya lagi.

Thunder Match Technology Sdn. Bhd. Lot 4.30-4.32, Tingkat 4, Low Yat Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive