Monday, August 3, 2009

Home » » IdeaPad U350

IdeaPad U350

Share

IdeaPad U350

SELAIN kecemerlangan operasi, pengkomputeran mobiliti kini juga semakin ditampilkan dengan imej bergaya dan menarik.

Mengambil pendekatan itu, pengeluar produk pengkomputeran, Lenovo telah mengaplikasikan ciri tersebut pada produk komputer riba terbaru mereka, IdeaPad U350.

Didatangkan bersama rekaan nipis, ringan serta dilengkapi dengan teknologi terkini, produk tersebut pastinya akan memberi keseimbangan dari segi prestasi dan mudah alih.

Menurut Pengurus Negara, Pengguna dan Perniagaan Lenovo Malaysia, Eric Zhao, IdeaPad U350 mengetengahkan pembangunan aplikasi dan rekaan sangat menarik serta mampu dimiliki oleh pengguna.

''Adalah diharapkan dengan kelebihan ini, ia dapat memberi pengalaman pengkomputeran terbaik kepada para pengguna,'' katanya.

Bagi kepuasan operasi pengkomputeran dan multimedia, model berkenaan menampilkan panel paparan LED 13.3 inci, pilihan peranti pemain cakera Blu-Ray, lampu sensor ambient untuk kawalan kecerahan serta kemantapan kualiti audio menerusi teknologi 'Dolby Sound Room'.

Memberi sokongan kepada kuasanya pula, komputer tersebut digerakkan oleh pemproses Intel Centrino2 selain mempunyai memori DDR3 berkelajuan tinggi sehingga lapan gigabait (GB) dan storan cakera keras 500GB.

Kuasa baterinya juga mempunyai keupayaan yang lebih panjang iaitu selama 10 jam untuk menawarkan fungsi yang lebih produktif kepada pengguna.

Dari segi sekuriti pula, komputer riba itu mengetengahkan teknologi pengecaman wajah sebagai kata laluan itu log masuk.

Bukan setakat itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Sistem Perlindungan Aktif bagi jaminan keselamatan kandungan cakera keras sekiranya berlaku hentakan serta Sistem Keselamatan OneKey untuk mendapatkan semula data yang telah rosak hanya dengan beberapa langkah mudah.

Menerusi segala kelebihan yang ditampilkan, IdeaPad U350 kini ditampilkan dengan tawaran harga pasaran RM2,699 bersama pemacu DVD-RW binaan luar secara percuma.

Spesifikasi IdeaPad U350

Pemacu Intel Core2 Duo Solo SU3500
Sistem operasi Windows Vista asli edisi Home Premium
DDR3 SATA HDD 2GB
SATA HDD 320GB (5400rpm)
Pemacu Grafik Media Intel X4500
4 sel bateri Li-ion
Sistem Perlindungan Aktif
Teknologi lampu sensor ambient

Sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive