Saturday, August 8, 2009

Home » » Samsung Jet

Samsung Jet

Share

Samsung Jet

MENERUSKAN teknologi telefon bimbit dengan fungsi skrin sesentuh penuh, Samsung Electronics (Samsung) baru-baru ini memperkenalkan model terbaru produk telekomunikasinya iaitu Samsung Jet. Pelbagai fungsi inovasi terkini dilengkapkan pada telefon bimbit tersebut termasuk aplikasi antara muka pengguna yang mudah untuk dikendalikan.

Mengetengahkan konsep 'lebih pintar dari telefon bimbit pintar', model berkenaan menyokong pelbagai aplikasi pengurusan seperti Microsoft Exchange ActiveSync selain navigasi menu mesra pengguna serta penampilan rekaan yang kompak. Untuk fungsi paparannya, ia dilengkapi skrin 16M WVGA AMOLED 3.1 inci serta disokong dengan resolusi dan kesempurnaan warna yang cukup cemerlang.

Menerusi teknologi paparan TouchWiz 2.0 dan pemproses 800 MHz pula, pengguna bakal merasai pengalaman mobiliti tanpa kompromi seperti ciri ikonik dan antara muka bergerak serta kekunci pintar untuk kemudahan pengurusan kerja.

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan pelayar Dolfin Internet bagi memberi kemudahan kepada pengguna mengakses laman web kegemaran mereka terutama rangkaian sosial. Pelayar tersebut mempunyai kelebihan memaparkan kandungan Internet secara mobiliti menerusi lima skrin secara serentak.

Apa yang menarik, model tersebut juga dilengkapi dengan ciri seperti muat turun pelbagai serta keunikan fungsi pemfokusan laman web hanya menggunakan sentuhan jari.

Sumber : www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive