Thursday, September 3, 2009

Home » » Beli-belah Dalam Talian

Beli-belah Dalam Talian

Share


Beli-belah Dalam Talian

VirtualMalaysia.com portal e-pelancongan rasmi Kementerian Pelancongan, telah menambahkan lagi keseronokan beli-belah melalui peraduan secara dalam talian Shopping Mania: Tag the Bag yang dianjurkan sempena Karnival Jualan Mega Malaysia 2008.

Peraduan yang bermula dari 16 Jun hingga 31 Ogos ini merupakan sebahagian daripada kempen selama 11 minggu VirtualMalaysia.com untuk mempromosikan aktiviti membeli-belah di seluruh negara. Sempena dengan karnival jualan mega selama 59 hari (bermula 5 Julai hingga 1 September 2008), peraduan ini menyediakan peluang kepada para pelancong tempatan dan luar negara untuk memenangi hadiah-hadiah hebat serta baucar yang boleh digunakan semasa pesta jualan.


"Malaysia merupakan syurga beli-belah dan kami sangat teruja untuk menampilkan daya tarikan yang ada di negara kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif, VirtualMalaysia.Com, Rohizam Md Yusoff. "Kami mahu membuat sesuatu yang menyeronokkan untuk para pengunjung VirtualMalaysia.com dan itulah sebabnya kami mencipta permainan Tag the Bag, yang boleh disertai oleh semua lapisan umur, tidak kira tua atau pun muda." Tag the Bag adalah permainan mudah yang memerlukan para peserta mengumpulkan mata dengan menangkap seberapa banyak beg beli-belah yang boleh dalam masa 20 saat. Tiada had dikenakan kepada para peserta untuk bermain permainan ini. Lebih kerap peserta bermain, maka lebih besar peluang mereka untuk menang.

Para penganjur pertandingan ini termasuklah MasterCard, Gap, Suria KLCC, The Mall, Zon Johor, Gurney Plaza, Kiara Holidays, Dragon-I, dan banyak lagi.
Pemenang peraduan akan dipilih setiap minggu dan diumumkan melalui laman web. Untuk menyertai peraduan, layari www.virtualmalaysia.com dan klik pada Mega Sale Mania: Tag the Bag untuk memulakan permainan.


Sumber : www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive