Tuesday, September 15, 2009

Home » » Kapasiti Penyimpanan Data Hingga 4TB

Kapasiti Penyimpanan Data Hingga 4TB

Share


Kapasiti Penyimpanan Data Hingga 4TB

PENERAJU dalam penyelesaian penyimpanan luaran, Western Digital (WD) memperkenalkan sistem penyimpanan rangkaian dua pemacu My Book World Edition II dengan kapasiti sehingga 4 Terabaut (TB).

Dengan perlindungan berganda dua pemacu Mirrored (RAID 1) dan perisian sokongan berterusan, sistem penyimpanan rangkaian menyediakan tempat lebih selamat bagi pengguna bagi menyokong dan menyimpan data dan media digital daripada semua komputer pada rangkaian mereka dalam satu tempat atau pusat.
Boleh didapati di peruncit terpilih dan kedai online WD, sistem pemacu berganda bersama-sama dengan My Book World Edition boleh digunakan pada komputer Mac.

Berdasarkan kepada laporan bulan Julai tahun lalu oleh firma penyelidikan Park Associates, bilangan isi rumah dengan rangkaian data akan berkembang daripada sekitar 170 juta pada 2008 kepada 240 juta menjelang akhir 2012.
Firma berkenaan juga melaporkan, purata isi rumah yang menggunakan jalur lebar akan melihat keperluan penyimpanan media digital akan bertambah kepada 900GB pada penghujung 2012.

Ditambah pula pengguna menunjukkan kebanyakan ciri penting bagi peralatan network-attached storage (NAS) adalah amaun penyimpanan yang ada.
Dengan kapasiti yang besar sehingga 4 TB, sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II akan memenuhi keperluan yang semakin besar dalam penyimpanan data di rumah. Sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II menggunakan teknologi RAID 1 (Mirrored) secara automatik dan berterusan mengekalkan salinan kedua bagi data pengguna.

Tambahan pula, rangkaian perkakasan My Book World Edition II termasuk perisian yang meringkaskan tugasan secara automatik dan sokongan data berterusan untuk semua komputer peribadi di rumah.
Sistem penyimpanan My Book World Edition II dalam mod Mirrored dan menggunakan separuh kapasiti fail lebihan. Muzik, foto dan video boleh dialirkan terus daripada My Book World Edition II kepada mana-mana PC, Mac atau pemain media sambungan DLNA seperti TV, Microsoft Xbox 360 dan Sony Playstation atau bingkai gambar digital tanpa wayar menggunakan pelayan media UPnP (Universal Plug and Play) dan pelayan perisian iTunes Music.

Pengguna juga boleh mengakses dengan selamat fail mereka daripada mana-mana di dunia melalui Internet menggunakan perkhidmatan akses mudah alih MioNet termasuk semua sistem simpanan My Book World Edition II.
"Keluarga mempunyai lebih banyak media digital seperti filem, foto dan muzik untuk disimpan, dikongsi dan dilindungi. "Mempunyai dua pemacu di dalam sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II yang secara automatik dan segera menyalin data menawarkan pelanggan perlindungan pada masa sebenar bagi apa-apa kandungan berharga mereka," kata Pengarah Jualan dan Pemasaran, Kumpulan Produk Berjenama Asia Pasifik, Craig Davis.

Sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II telah berada di pasaran dalam kapasiti 2TB dan 4TB di pengedar Digital Paper Sdn Bhd seluruh negara, Harga runcit bagi sistem penyimpanan dua pemacu MY Book World Edition II adalah RM 2,199 bagi 4TB dan RM1,249 bagi 2TB.


Sumber : www.utusan.com.my

2 comments:

Anonymous said...

4TB wah!! besarnya boleh banyak anime , movie , software dan macam2 lagi
nanti harga turun sampai RM300 baru beli

zuar said...

hehe..tggu 2 3 thn lg la baru smpi RM300

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive