skip to main |
skip to sidebar
Tutorial Blog|Tips dan Trik komputer|Handphone|Internet|Teknologi|Cerita Lucu|Cerita Seram|Isu semasa|Sukan|Gosip Artis
Wednesday, September 2, 2009
Home »
Informasi
»
Kesinambungan tradisi DiGi
Keinginan terhadap muzik digital semakin meningkat. Justeru, DiGi Music Unlimited mencetuskan era baru dalam penghayatan muzik masa kini.
Teknologi mudah alih dan Internet telah mengubah hidup kita menjadi lebih baik dan mudah. Membeli-belah secara dalam talian, perbankan Internet dan perkhidmatan lokasi menerusi teknologi GPS bukan lagi sesuatu yang asing pada hari ini.
Ketua Segmen Pemasaran DiGI, Koay Chee Keong berkata, tarikan universal muzik juga telah tersebar ke skrin yang lebih kecil. Generasi muda di seluruh dunia hari ini menjadi peminat Internet dan bergantung kepada kemampuan teknologi mudah alih untuk mengakses senarai lagu kegemaran mereka yang disimpan di dalam laman web, tidak kira di mana mereka berada.
Selain itu katanya, aplikasi muzik mudah alih telah menjadi ikutan yang hebat dalam kalangan generasi muda.
Gajet
Mereka menjadikan gajet sesuatu yang peribadi dengan nada dering lagu-lagu terkini yang menjadi kegemaran masing-masing. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila muzik menjadi sebati dalam kehidupan dan mencerminkan keperibadian mereka, selain untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Beliau juga berkata, trend yang semakin meningkat itu telah dibuktikan oleh kajian serantau Synovate. Menurut laporan tersebut, lebih 68 peratus pengguna muda di negara-negara rantau Asia Tenggara memperuntukkan lebih banyak masa untuk mendengar muzik.
Kajian itu turut menunjukkan 25 peratus daripada mereka lebih kerap mendengar muzik berbanding dalam tempoh 12 bulan lalu. Malah, lebih daripada 61 peratus dan 47 peratus rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit dan komputer mereka untuk mendengar muzik.
"Data-data ini sudah cukup untuk menggambarkan situasi generasi muda sekarang dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila kuasa tarikan muzik telah melonjak kerana kecanggihan teknologi.
"Keadaan ini turut dibantu dengan kehadiran pelbagai peranti mudah alih dengan simpanan memori yang besar tersedia di pasaran pada harga mampu milik sekali gus membolehkan penerimaan pantas generasi muda terhadap muzik," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.
Beliau menjelaskan, daya tarikan untuk mempunyai platform yang efektif dalam mendekatkan generasi muda dengan perubahan cara hidup dan memenuhi keperluan mereka telah mendorong DiGi memperkenalkan perkhidmatan laman web yang dikenali sebagai DiGi Music Unlimited.
"Ia merupakan perkhidmatan muzik terbaru yang bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati muzik. Perubahan itu akan menggalakkan pengguna menjelajah, menjadikannya peribadi, berkongsi dan menikmati muzik dengan cara baru.
"Kami mahu memperluaskan kekuatan tarikan jenama kami dalam kalangan generasi muda dengan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dan menepati cara hidup mereka," ujarnya.
Meyakinkan pelanggan
Tambahnya: "DiGi Music Unlimited merupakan kesinambungan tradisi kami dalam menawarkan produk-produk dan perkhidmatan yang bersesuaian di pasaran. Pada masa yang sama, meyakinkan pelanggan kami bahawa produk dan perkhidmatan itu mudah digunakan serta pada kadar yang berpatutan."
Pada ketika ini, portal muzik tempatan dan perkhidmatan telekomunikasi lain menawarkan harga antara RM3 hingga RM5 bagi muat turun sebuah lagu. Dengan tawaran terbaru muzik DiGi itu, pelanggan boleh memuat turun seberapa banyak lagu yang mereka mahukan pada kadar hanya RM5 sebulan.
Kini, tawaran harga yang terbaik itu juga membolehkan pelanggan berkongsi lagu-lagu kegemaran mereka dengan rakan-rakan menerusi SMS, e-mel dan laman-laman rangkaian sosial.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.DiGiMusic.com.my hari ini atau hubungi DiGi di talian 016-221 1800.
Sumber : www.kosmo.com.my

Blog Archive
-
▼
2009
(200)
-
▼
Sep 2009
(19)
- Kesinambungan tradisi DiGi
- Beli-belah Dalam Talian
- Spam Masalah Sosial
- 10 Cara Meningkatkan Prestasi Komputer
- Cara Melajukan Browser Firefox
- Sedia Perisai Hadapi Penggodam
- Ramadhan Wallpaper dan E-Card
- Komenku di Kosmo EPLX
- Router Tanpa Wayar
- Cara Melajukan Internet
- Cara Menukar Boot Screen
- Koleksi Boot Screen
- Kapasiti Penyimpanan Data Hingga 4TB
- Gabungan Microsoft dan Yahoo
- Melayari Facebook melalui SMS
- Membuat Matrix
- Magic Komputer
- Cara Buang Virus Yahoo Messenger
- Windows Se7en Wallpaper
-
▼
Sep 2009
(19)

Popular Post
-
Apa Punca Sakit Dada Mencucuk? ADAKAH tekanan tidak selesa yang anda rasai di dalam dada sepanjang bahagian depan tubuh dari pa...
-
Pasang dalam tempoh 24 Jam Pemasangan standard percuma Router dan Modem WiFi percuma Tiada bayaran pendahuluan Tiad...
-
Virus Ebola, Tanda dan Kesannya Penyakit Virus Ebola (EVD) yang sebelum ini dikenali sebagai demam berdarah Ebola berisiko menyebab...
-
Shopping Online Dapat Cashback Mesti ramai yang selalu shopping online kan? Tau tak korang yang kalau korang shopping online korang ...
-
Review Xiaomi Mi3 Malaysia Nama Xiaomi mula menjadi bualan hangat penggemar gajet. Biarpun buatan China, ia mempunyai inovasi men...

My Peberet Link
- Basic HTML Code
- Buat Flash Banner
- Bypass Sekatan Internet
- Cool Text
- Gedung Online Terhangat
- Google Blog Search
- Google Insights
- Google Keyword Tools
- Googleping
- HTML Encoder
- Keyword Densitiy
- Kongsi Masalah Komputer
- Ping Blog
- SEO Test
- Submit Blog to Google Search
- Submit Link to Search Engine
- Submit Link to Search Engine 2

Labels
Agama
Antivirus
Blog
Cinta
Elken Spirulina
Facebook
Fakta
Fasha Sandha
Felixia Yeap
FZ150i
Gadget
Gossip Artis
Grafik
Hana Tajima
Handphone
Hiburan
Informasi
Internet
Isu Semasa
jawatan kosong SPA 2014
Jenayah
Kelakar
Kereta
Kesihatan
Kisah Benar
Laptop
Lirik Lagu
Makan Sedap Shah Alam
Man Utd
Misteri
Mistik
Mitos
Nuffnang
PC Tips and Trick
Petua
Seram
Soccer
Stress
Sukan
Tafsir Mimpi
Tekanan
Teknologi
teori konspirasi 9/11
Tips
Tips SEO
Tutorial
Twitter
Virus
Wallpaper

Friends
-
-
-
-
-
-
-
What a 2020…3 months ago
-
PU Abu dikecam kerana bermain TikTok10 months ago
-
-
Sinar Baru Untuk Pesakit Kanser1 year ago
-
HDB Loans vs Bank Loans1 year ago
-
-
-
-

Copyright 2010 Sumber Informasi Terkini© . Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates Wordpress by thebookish
0 comments:
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D