Thursday, September 17, 2009

Home » , » Melayari Facebook melalui SMS

Melayari Facebook melalui SMS

Share

Melayari Facebook melalui SMS

KUALA LUMPUR - Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) mengorak langkah dengan memperkenalkan perkhidmatan melayari laman sosial, Facebook, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Perkhidmatan yang pertama di negara ini akan membolehkan pengguna telefon bimbit melayari laman sosial itu menerusi SMS pada bila-bila masa dan tempat.

Timbalan Presiden Kanan Pemasaran Celcom (Malaysia) Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, perkhidmatan itu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan golongan remaja yang ketika ini begitu menggilai laman sosial, Facebook.

Katanya, kajian pihaknya mendapati golongan remaja Malaysia menduduki tempat tiga teratas dalam carta penggunaan paling banyak laman sosial di seluruh dunia.

"Remaja Malaysia didapati gemar bersembang dalam talian menerusi laman sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan lain-lain. Fakta ini mendorong pihak kami mencipta peranti khas untuk memudahkan remaja melayari akaun laman sosial masing-masing pada bila-bila waktu dan walau di mana mereka berada," katanya kepada media pada majlis taklimat mengenai produk terbaru Celcom, telefon bimbit pintar, BlackBerry® Curve 8520™ di sini semalam.

Sumber : www.kosmo.com.my


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive