Wednesday, September 9, 2009

Home » » Router Tanpa Wayar

Router Tanpa Wayar

Share


Router Tanpa Wayar

RIMAS dengan wayar-wayar router yang berselirat? Linksys baru-baru ini telah tampil dengan tiga buah router tanpa wayar terbaru.

Syarikat pengeluar perkakasan rangkaian dan penyedia sistem Komunikasi Suara Latar IP (VoIP) itu memperkenalkan router generasi baru iaitu WRT54G2, WRT160N dan WRT310N yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan bisnes berskala kecil.

Dengan rekaan baru bergaya, ketiga-tiga model ini mempunyai kemasan yang berkilat dan potongan melengkung yang menawan. Rupanya yang bergaya membuatkan ia sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah.

Model terbaru ini didatangkan dengan ciri kegunaan yang diperbaiki seperti teknologi Penasihat Mudah Hubung Linksys (LELA). Ia membolehkan set up rangkaian menjadi lebih mudah dan memastikan hubungan kesemua peranti stabil dan terjamin.

LELA akan secara automatik memeriksa rangkaian terkini kesemua produk Linksys pada rangkaian dan melakukan konfigurasi terhadap produk-produk yang lain secara selamat.

Mula berada di pasaran pada pertengahan Jun lalu, WRT54G2 dijual pada harga RM175, WRT160N (RM320) dan WRT310N (RM469).

Sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive