Friday, September 4, 2009

Home » » Spam Masalah Sosial

Spam Masalah Sosial

Share

Spam Masalah Sosial

Emel spam boleh terdiri daripada emel-emel berbaur politik sehinggalah penjualan produk seperti tawaran pembesaran payu dara.

Sebuah laman web di New York (tinyurl.com/ysgyow) mencadangkan terdapat lebih daripada 170 bilion emel yang dihantar setiap hari di dunia.

Daripada berbilion-bilion emel itu, kebanyakannya ialah emel 'spam' iaitu antara 100 bilion dan 150 bilion. Ini bermakna, jika setiap manusia di bumi berada dalam talian, semua orang bakal mendapat emel spam yang mencukupi. Bahkan, bayi yang baru lahir boleh mendapat 20 emel spam.

Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah.

Data ini menunjukkan bahawa spam lebih daripada masalah teknologi. Rawatan dan solusinya sebenarnya terletak pada manusia dan masyarakat. Apakah hukuman yang selayaknya bagi pengirim emel spam? Ia mestilah tegas tetapi tidak mungkin hukuman mati kerana tiada justifikasi untuk yang sedemikian.

Cukupkah dengan melihat spam melibatkan tindakan politik dan ekonomi?
Spam haruslah kelihatan tidak menguntungkan.

Seorang penganalisis daripada agensi berita Guardian menyatakan, yang membuatkan aktiviti mengirim emel spam menarik kepada penjenayah siber ialah tiada kos dan risiko yang rendah. Justeru, mungkinkah solusi yang lebih baik ialah dengan mengenakan bayaran?
Bagi spam sejati, ia juga mungkin membawa maksud caj mikro seperti 'cap' emel.

Menurut penganalisis tersebut, mekanisme ini buat pertama kali telah dicadangkan oleh tokoh perisian Kanada, Tim Bray. Katanya, mekanisme ini memerlukan pengendalian berpusat satu kuasa besar seperti bersaiz kerajaan sebuah negara atau Google atau Microsoft. Ia berfungsi dengan meletakan pada setiap emel yang dihantar satu jenis 'pengecapan digital' yang mengesahkan bahawa emel yang dihantar adalah dikehendaki oleh penerimanya dan kandungannya tidak mendatangkan marah.

Pengesahan ini akan memerlukan kos. Ia perlu kelihatan bernilai seperti mana sijil tersebut menunjukkan bahawa emel itu bukan emel sampah, picisan iaitu spam. Bagaimanapun, meski satu emel yang dihantar dikenakan bayaran satu sen pun, ia tetap membawa masalah yang lain.
Apabila sistem seperti ini digunapakai, internet tidak akan menjadi terbuka kepada sesiapa jua dan mana-mana ISP hanya menerima emel yang berbayar.

Tentu sekali solusi ini tidak sempurna. Yang paling sukar tentunya orang yang miskin. Satu sen semesej tetap satu kos yang membebankan.

Namun, persoalan utamanya bukanlah antara emel percuma dan emel bayar, atau antara internet terbuka dan internet tertutup. Ia adalah antara membayar untuk suatu tindakan tidak efisien atau yang lebih efisien.

Meletakkan keseimbangan antara kos dan risiko mungkin dapat menghapuskan jenis-jenis spam terutama melibatkan penjualan barangan yang hanya segelintir mampu membelinya. Ia tidak akan membawa banyak kebaikan dan jika silap gaya kerana 'hukuman' yang kurang 'menyakitkan', akhirnya serangan scam dan aktiviti phishing pula yang berlaku.

Mengirim dan membuang scam bukan sahaja masalah spam. Sesetengah orang mengeluarkan wang tanpa mengetahui ia scam, tetapi akhirnya mendapati ia merupakan satu pembohongan yang amat besar. Menghentikan mereka memerlukan tindakan daripada pihak-pihak yang terlibat.
Justeru, spam secara asasnya ialah masalah sosial, bukan masalah teknologi.

Tidak ada teknologi pintar yang boleh menghentikannya selagi terdapat bilangan signifikan manusia di luar sana yang dilihat seperti mahukan emel spam.

BBC melaporkan, menurut satu tinjauan yang dikendalikan oleh firma sekuriti Mirapoint dan syarikat kajian pasaran Radicati Group, hampir sepertiga pengguna emel mengklik pada link yang diberikan mesej spam.

Menurut satu sumber di laman IEEE Computer Society, pada tahun 2003, spam membuatkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat hilang produktiviti bernilai AS$10 bilion (RM32 bilion). Satu sumber yang lain pula menyatakan, spam menyebarkan virus dan menjadi penceroboh utama sesebuah rangkaian.

Walaupun kebanyakan melihat spam lebih kepada masalah peribadi, ia tidak syak lagi merupakan masalah sosial yang memerlukan tindakan masyarakat keseluruhannya.

Sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive