
Fakta Internet
Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu: - Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
- 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
- 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.
- Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.
- Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.
- Remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.
- Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009 Responden
- 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
- 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.
Kajian NLOR global:
- Responden: 9,000 dewasa dan remaja
- 12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
- 7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.
Hasil kajian global:
- 92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
- 42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
- Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
- 7 daripada 10 mengakses foto secara online dan guna IM
- 24 peratus layari laman sosial Twitter.
3 comments:
Remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet = bdk tu la ni... keje on9 jer kan
untuk benda yang berfaedah xpe k..=p
paedah la sgt kan kan kan
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D