Tuesday, October 27, 2009

Home » » Lanjutkan Pakej Netbook Kepada Tiga Tahun

Lanjutkan Pakej Netbook Kepada Tiga Tahun

Share


Lanjutkan Pakej Netbook Kepada Tiga Tahun

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan dicadang mempertimbangkan lanjutan tawaran pakej netbook kepada tiga tahun untuk mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah bagi memudahkan mereka melakukan kajian dan penyelidikan (R&D).

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, langkah itu dapat membantu pelajar tahun tiga mengakses kemudahan Internet dan menyiapkan projek tahun akhir di universiti.

''Kita melihat pengumuman Perdana Menteri dalam Bajet 2010 itu satu langkah permulaan meringankan beban rakyat dan kita berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan itu.

''Tetapi, pelajar tahun tiga atau tahun akhir merupakan kelompok mahasiswa paling memerlukan akses jalur lebar kerana penyelidikan di universiti banyak dilaksanakan pada tahun kedua dan ketiga pengajian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman dalam Bajet 2010 mengenai tawaran pakej netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya Jumaat lalu berkata, pakej tersebut jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan keutamaan diberi kepada pelajar tahun pertama daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai permulaan, pakej tersebut akan ditawarkan oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Sementara itu, Syed Anuar berkata, pemberian Biasiswa Nasional berasaskan merit kepada 30 pelajar terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor dunia, mampu menggalakkan pelajar terus meningkatkan usaha dan berlumba-lumba mencapai kejayaan.

''Walaupun jumlahnya kecil, tetapi ia merupakan satu penghormatan yang cukup besar nilainya," katanya.

Tambahnya, penukaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama kepada biasiswa bermula tahun depan, juga menggalakkan mahasiswa menceburi bidang R&D.

Katanya, ini selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang membangunkan ekonomi berlandaskan inovasi.

Sumber : www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive