Sunday, October 25, 2009

Home » » Perisian Windows Menerusi Telefon

Perisian Windows Menerusi Telefon

Share

Perisian Windows Menerusi Telefon

RANGKAIAN baru perisian Windows menerusi telefon bimbit kini hanya di hujung jari anda sahaja. Orang ramai boleh menggunakan kemudahan yang dicipta itu dengan mendapatkan telefon bimbit yang syarikat pengeluarnya mempunyai kerjasama dengan Microsoft.


Microsoft menjangka akan mempunyai hubungan kerjasama perniagaan dengan lebih 30 syarikat telefon bimbit di 20 buah negara menjelang penghujung tahun ini.

"Kami mahu menjalin hubungan dengan orang ramai dan setiap informasi adalah penting, tidak kira sama ada anda berada di rumah atau di tempat kerja.

"Telefon yang dilengkapkan dengan Windows membolehkan orang ramai menerima informasi, komunikasi dan hiburan secara digital tidak kira di mana mereka berada," jelas Ketua Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Yasir Yousuff.

Sesuai dengan personaliti kehidupan masyarakat pada masa kini, Microsoft turut menawarkan Windows bagi Custom Theme Creator.

Ini bermakna pengguna boleh memilih tema sendiri dengan padanan warna menarik dan hiasan yang lebih menawan.

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu akses ke laman web http://www.windowsphone.com/theme untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Antara yang akan menjadi tarikan apabila memiliki telefon yang mempunyai perisian Windows itu adalah anda boleh berkongsi gambar menerusi rangkaian sosial seperti Twitter, Faceboook, MySpace dan Flickr.

Dengan Microsoft Office Mobile pula, anda boleh menggunakan PowerPoint bagi membuat penyuntingan Word dan Excel. Untuk pautan hiburan pula, pengguna disediakan Windows Live Media yang mempunyai persamaan seperti Windows Media Player.

Selain itu, hiasan paparan Windows Internet Explorer yang menggunakan Adobe Flash Lite memberikan anda pengalaman menarik seolah-olah menggunakan komputer peribadi.

Sempena pelancaran perisian Windows itu, Microsoft mengeluarkan kemudahan terbaru untuk penggunanya.

Kemudahan tersebut akan membolehkan setiap pengguna menyelamatkan setiap data dengan menyalin dan menyimpannya.

Bukan itu sahaja, Windows Marketplace turut diperkenalkan yang mana ia menawarkan kepada orang ramai cara mudah untuk mendapatkan aplikasi berkualiti tinggi bagi tujuan permainan dan pekerjaan.

Sumber : www.kosmo.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive