Wednesday, October 21, 2009

Home » » UiTM - Kaspersky Jalin Kerjasama

UiTM - Kaspersky Jalin Kerjasama

Share
UiTM - Kaspersky Jalin Kerjasama

Menyedari jenayah siber kian berleluasa, Kaspersky memilih untuk memberi kesedaran pendidikan terutama kepada para pelajar.

ANCAMAN talian dilihat semakin membimbangkan ekoran jenayah perisian yang bertujuan mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Ketika jenayah talian menjadi satu industri jutaan dolar, pada masa yang sama pengguna berdiam diri tanpa mendedahkan masalah tersebut. Akhirnya, pengguna sendiri yang terpaksa berdepan dengan risiko jenayah siber.

"Salah satu trend terkini adalah dengan menggodam sistem ATM. Mereka menggunakan virus komputer Trojans sehingga penjenayah dapat mengakses akaun simpanan pengguna.

"Meskipun institusi kewangan menyedari kecurian ini, mereka tidak mampu menghalangnya kerana tidak tahu bagaimana cara mengatasinya," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Makmal Kaspersky (Kaspersky Lab), Eugene Kaspersky.

Kelemahan sistem perundangan, keengganan mangsa melaporkan kepada pihak berkuasa, kesukaran menjejaki dalang dan kerumitan mengesan penjenayah yang merentas sempadan, menyaksikan sindiket penjenayah siber antarabangsa itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Isu utama berkaitan jenayah siber sebenarnya disebabkan pengguna Internet mendedahkan identiti sebenar mereka.

"Untuk membangunkan e-Dunia yang lebih selamat, penggunaan Internet yang lebih baik diperlukan seperti Pasport Internet bagi setiap individu.

"Akreditasi khusus untuk syarikat perniagaan dan penyimpanan data sementara terhadap sebarang permohonan adalah penting," tambahnya.

Selain itu, kini tiba masanya Internet-Interpol diwujudkan kerana dengan adanya badan itu, kerjasama polis antarabangsa dalam memerangi jenayah siber mampu ditingkatkan.

Katanya, sebagai vendor penyelesaian informasi keselamatan, Kaspersky Lab kini muncul dalam kelompok lima teratas dunia. Produk dan teknologi syarikat itu kini digunakan oleh lebih 250 juta orang di seluruh dunia.

Kaspersky Lab merupakan langkah permulaan untuk kerjaya yang lebih gemilang dalam industri kandungan sekuriti perisian penyelesaian pengurusan.

Dengan ancaman siber yang terus meningkat, keperluan terhadap lebih ramai juruprogram profesional menjadi semakin tinggi terutama daripada mereka yang mempunyai latar budaya berbeza.

"Latar budaya penjenayah siber sering terserlah menerusi corak dan aliran skim sindiket yang mereka gunakan. Usaha untuk menangani ancaman ini, ada kalanya dapat dikesan menerusi budaya yang berbeza. Kita boleh belajar membanteras ancaman daripada budaya berlainan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut membuka sebuah Akademi Penyelidikan Kaspersky di Malaysia bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi menjalankan kajian dan membangunkan program sekuriti siber dalam kalangan siswazah.

Akademi itu menawarkan empat aspek utama pengajian iaitu pendidikan, rakan kongsi akademik, sains serta persaingan bagi memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendedahan dalam dunia sekuriti informasi.

Kebanyakan kerja kursus pelajar dilakukan menerusi kaedah pembelajaran sendiri baik menerusi diskusi atau tunjuk ajar menerusi talian.

Selain itu, persidangan seperti konvensyen Keselamatan IT untuk Generasi Akan Datang, projek diploma, latihan ilmiah dan latihan amali serta bantuan daripada komuniti sekuriti Internet turut menyediakan latihan tambahan dan peluang menimba ilmu yang lebih luas.

Pertandingan di peringkat kebangsaan, serantau dan dunia serta kejohanan kemuncak empat tahun sekali turut diatur bagi mengasah bakat dan kemahiran peserta ke tahap tertinggi.

"Ketika ini, akademi tersebut menerima lebih 220,000 pelajar dari seluruh dunia menerusi 1,200 sekolah serta institusi pengajian tinggi dan dianggarkan lebih 20,000 pensyarah, profesor dan siswazah sedia tampil membantu dan menyokong peserta," katanya.

Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah, berkata, pemilihan UiTM sebagai akademi Kaspersky yang pertama di Malaysia membuktikan pengiktirafan terhadap usaha institusi itu dalam melahirkan siswazah yang mempunyai kemahiran teknologi yang tinggi serta pemikir ulung.

"Pengiktirafan daripada Kaspersky Lab ini begitu bermakna lebih-lebih lagi sewaktu UiTM menyambut konvoskesyennya yang ke-71," katanya.

Sumber : www.kosmo.com.my

Bagusla tu UiTM pakai antivirus ni..Lab Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dah penuh dengan virus..Siap buat pusat ternakan lagi..huhu

1 comments:

arifz said...

camna nk godam password com...dngan pakoi hot keys...please sy prlukan sngat...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive