
Kenalpasti Tahap Keberkesanan Antivirus
Saya pasti anda tau yang setiap hari, jam dan saat akan muncul pelbagai jenis virus baru yang dilancarkan oleh pihak tertentu untuk mengeksploitasi security komputer kita semua samada secara suka-suka ataupun untuk memanipulasi dengan tujuan yang tidak baik. Saya juga pasti yang anda telah pun memasang antivirus untuk menghalang virus dari membuat kacau pada sistem komputer anda.
Terdapat pelbagai jenis antivirus di pasaran sekarang samada berbayar ataupun percuma untuk kegunaan kita semua bagi mengelakkan dari virus-virus jahat ni. Anda boleh pilih antivirus mengikut tahap kemampuan anda samada dari segi kewangan mahupun tahap keupayaan komputer anda menerima antivirus yang lebih berat dan menggunakan memori yang tinggi. Tak semestinya antivirus yang ringan tak ok, dan yang berat dan mahal tu ok.
Bila anda dah pasang antivirus, anda kena ikut cara di bawah ni:
Kenalpasti samada antivirus anda berfungsi pada startup ataupun tak
Kalau ya, anda boleh tengok pada taskbar akan muncul icon antivirus yang anda guna.
Kenalpasti version antivirus yang anda guna
Boleh tengok pada “about” version antivirus samada baru ataupun lama. Lagi baru version tu, lagi baik.
Tengok bila last anda scan komputer
Kalau 3 bulan anda tak scan, memang patut anda scan sekarang. Buat full scan. Biar lambat asal selamat. Kalau malas sangat buat la seminggu sekali. Virus ni bukan macam semut kalau gigit kita nampak. Memang macam tak ada tapi lama-lama kalau timbang berat mesti patah kati tu sebab komputer makin berat, virus makin bertambah.
Kenalpasti bila tarikh last anda update antivirus
Kalau anda cuma update masa mula-mula beli, memang sesuai anda jadi penternak virus. Pastikan anda selalu update, weekly update lagi bagus dari monthly update. Kalau tak ada internet, guna manual update. Kalau ada, buat automatik update. Boleh update hari-hari.
Antara antivirus boleh anda guna:
Kaspersky
Avira
Nod32
Bitdefender
F-Secure
Symantec
Avast
AVG
Selain dari yang tu saya sarankan anda mesti ada tools ni:
Trojan Remover
ComboFix
Geekz Antivirus
Spybot Search & Destroy
Registry Repair:
Regwash
Regcure
Ccleaner
Tak salah kalau anda ada banyak antivirus. Tapi jangan install semua. Kalau satu tak boleh buang, try yang lain pulak. Kalau ada version portable lagi bagus sebab tak payah install. Yang paling penting kalau anda pandai jaga, satu antivirus pun dah cukup. Tak payah banyak-banyak.:-)
Kalau anda nak copy artikel dari blog saya jangan lupa bagi kredit dengan memasukkan link blog saya sekali. Harap anda hargai usaha saya ni walaupun tak seberapa.:-). Kalau informasi saya ni bagi manfaat kepada anda semua, jangan lupa datang lagi..:-D
2 comments:
salam bro...geekantivirus tak leh run lah..donload boleh...install ok bagi yg guna vista..tapi bila nak run..keluar error "..some file missing..etc.."..so xleh run..leh check balik tak file yg u upload?..--@rmeeN.
untuk XP je
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D