Wednesday, November 11, 2009

Home » , » TM Kini Bersedia Tawar Internet Lebih laju

TM Kini Bersedia Tawar Internet Lebih laju

Share
TM Kini Bersedia Tawar Internet Lebih Laju

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Telekom Malaysia Bhd. (TM), bersama-sama konsortium rangkaian kabel dasar laut Asia America Gateway (AAG) mengumumkan tamatnya pelaksanaan ujian bersepadu yang diperlukan bagi sistem kabel dasar laut tersebut.

Dengan pengumuman ini, rangkaian kabel sepanjang 20,000 kilometer (km) itu telah bersedia untuk beroperasi dan membawa aliran trafik komersial.

Naib Presiden Eksekutif Global TM, Mohamad Rozaimy Abdul Rahman berkata, pelaksanaan komersial AAG itu menandakan pencapaian penting TM ke arah menyediakan sambungan antarabangsa yang bermutu tinggi dan rendah tahap pendam (latency) kepada pelanggan global mereka.

''Projek AAG ini juga menggambarkan komitmen TM untuk terus melabur dalam pembangunan komunikasi Protokol Internet (IP) di rantau Asia dan menyediakan sambungan Internet yang lebih pantas dan berdaya tahan serta memberikan pengalaman melayari Internet yang lebih baik kepada para pengguna.

"Selain memberikan lebih kapasiti jalur lebar, sistem kabel dasar laut AAG ini bertujuan menyediakan rangkaian trafik alternatif yang lebih selamat dari rantau Asia ke Amerika Syarikat,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Rozaimy, laluan berisiko rendah ini direka untuk mengelak kawasan Lingkungan Pasifik yang berbahaya dan mengurangkan kesan bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami yang sebelum ini telah merosakkan sistem kabel dasar laut dan menjejaskan hubungan Internet antarabangsa dengan teruk.

''AAG direka khusus untuk menyediakan kapasiti data lebar jalur sehingga dua Terabits sesaat. Ianya merupakan sistem kabel dasar laut gentian optik jalur lebar berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat (AS) secara terus.

''Sistem kabel ini menghubungkan 10 lokasi di lapan negara merentasi rantau Asia Pasifik dan Amerika Syarikat, iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Hong Kong dan Filipina ke Amerika Syarikat di mana ia berhenti di Guam, Hawaii dan California,'' jelasnya.

Rozaimy berkata, AAG juga memberikan sambungan berterusan bagi negara-negara berkenaan dengan rantau-rantau lain seperti Eropah, Australia, Afrika dan kawasan-kawasan lain di Asia.

Rangkaian kabel AAG telah dirancang dan direka supaya mengelak kawasan-kawasan berbahaya daripada segi geografi iaitu kawasan yang mengalami aktiviti-aktiviti gempa bumi, justeru meningkatkan tahap kualiti penghantaran trafik antara Asia Tenggara dan Amerika Syarikat.

Dengan kapasiti peringkat awal 500 Gigabits sesaat, rangkaian kabel dasar laut ini boleh ditingkatkan lagi menggunakan teknologi Dense Wavelength Division Multiplexing yang telah terbukti, membolehkannya menaiktaraf kemudahan penyaluran sepanjang masa yang menyokong trafik Internet dan perkhidmatan e-dagang.

Selain itu, sistem kabel AAG juga menyediakan sambungan menyeluruh ke Australia, India, Eropah malah ke Afrika menerusi lokasi/negara hentian di sepanjang laluannya.

Rangkaian kabel ini melengkapi sistem kabel sedia ada seperti Asia Pacific Cable Network2 (APCN2) dan Japan-US Cable Network yang pada masa ini dihubungkan ke Amerika Utara melalui Asia Utara.

TM memiliki atau menyewa kapasiti di lebih 10 sistem kabel dasar laut merentasi lebih 60,000 batu laluan fiber seluruh dunia, termasuklah beberapa laluan kabel dasar laut yang digunakan oleh syarikat untuk membawa trafik antara rantau Asia Pasifik dan Amerika Utara.

Sumber : www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive