Tuesday, December 29, 2009

Home » » Internet Akan Miliki Domain Baru

Internet Akan Miliki Domain Baru

Share



Internet Akan Miliki Domain Baru


SEOUL 26 Okt. - Internet akan melalui satu perubahan besar dalam sejarah empat dekadnya, apabila langkah memperkenalkan nama domain antarabangsa atau alamat dijangka diluluskan pada minggu ini, membolehkan ia ditulis dalam bahasa lain, selain bahasa Inggeris.

Perbadanan Internet untuk Penetapan Nama dan Nombor (ICANN), kumpulan bukan berasaskan keuntungan yang memantau nama domain, akan mengadakan mesyuarat di Seoul pada minggu ini.

Nama domain adalah moniker pada setiap laman web, alamat e-mel dan Twitter, seperti .com dan beberapa singkatan lain.

Satu daripada isu utama yang akan dibincangkan oleh lembaga ICANN dalam mesyuarat minggu ini adalah sama ada buat julung kalinya akan membenarkan keseluruhan alamat Internet dibuat dalam skrip, bukan berasaskan huruf latin.

Ia berpotensi membuka peluang Internet kepada lebih ramai orang di dunia kerana karakter alamat boleh ditulis dalam bahasa Arab, Korea, Jepun, Greek, Hindi dan Cyrillic.

"Secara teknikalnya ini adalah perubahan terbesar dalam Internet sejak ia dicipta 40 tahun lalu," kata Pengerusi ICANN, Dengate Thrush kepada pemberita. Dia menjangkakan ia diluluskan oleh lembaga pada Jumaat ini, hari terakhir persidangan.
Asal-usul Internet bermula daripada eksperimen di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) pada 1969, namun penggunaannya mula dikembangkan pada sekitar 1990-an oleh institusi akademik dan penyelidikan serta orang ramai.

Presiden baru dan CEO ICANN, Rod Beckstrom berkata, sekiranya usul itu diluluskan, ICANN akan mula menerima aplikasi untuk nama domain dalam bahasa lain, selain bahasa Inggeris dan kemasukan pertama dalam sistem itu akan bermula pada pertengahan tahun depan.


Sumber: www.utusan.com.my


4 comments:

maa said...

pasni org jepun le la masukkan address guna character diorg sendri..

apapun perkongsian y menarik...

zuar said...

aah..tula..lagi pening pasni nak taip..huhu

wazy said...

Info yang menarik ni bro,tq tq

zuar said...

welcome bro wazy..:D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive