Sunday, December 13, 2009

Home » » Kod Etika Blogger

Kod Etika Blogger

Share


Kod Etika Blogger


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet.

Kata Perdana Menteri, beliau mendapati kod etika yang dikeluarkan oleh Persatuan Wartawan Profesional berpangkalan di Amerika Syarikat amat penting dalam membina dialog melalui dunia blog.

“Saya selalu menekankan bahawa media baru memainkan peranan penting kepada aspek politik dan masa depan sosial kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya melalui blog www.1Malaysia.com.my.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Sumber: www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive