Wednesday, December 9, 2009

Home » » Kotak Simpanan Gajet

Kotak Simpanan Gajet

Share

Kotak Simpanan Gajet

Meskipun tanpa fon kepala, anda masih boleh mendengar alunan lagu bersama teman-teman anda tidak kira di mana sahaja anda berada.

Diaplikasi dengan NXT Flat Panel Speaker Technology, produk Cables Unlimited Audio PartyPOD MP3 Speaker itu merupakan kotak simpanan gajet yang direka khas untuk memudahkan kehidupan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyambungkan wayar fon kepala pada alat pemain MP3, kemudian masukkan gajet itu ke dalam kotak simpanan tersebut.

Pada masa yang sama, ia bukan sekadar menjadi alat utama untuk mendengar lagu kegemaran secara beramai-ramai tanpa memakai fon kepala, malah kegunaannya juga dapat menghalang gajet daripada rosak.

Diperbuat daripada serat tepu (polyfiber) dan dialas dengan nilon, ia sesuai digunakan untuk aktiviti luar seperti berkelah di tepi pantai atau berkhemah di dalam hutan.

Selain itu, penggunaannya juga tidak memerlukan ruang yang besar kerana anda boleh menyangkutnya pada tali pinggang seluar atau beg. Dari segi kualiti stereo pula, anda tidak perlu risau kerana kualitinya jelas tanpa sebarang gangguan.

Sumber: www.kosmo.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive