Thursday, December 3, 2009

Home » » Play Station 3 120GB

Play Station 3 120GB

Share

Play Station 3 120GB

KETIBAAN produk Play Station 3 (PS3) di pasaran Malaysia pada penghujung September tahun lalu menawarkan dimensi baru dalam teknologi permainan video konsol.

Tidak mahu ketinggalan merasai sendiri pengalaman canggih permainan tersebut, penggemar permainan video di negara ini sanggup berbelanja besar untuk memilikinya.

Namun, belum pun reda bahang kehangatan itu, syarikat pengeluar produk berkenaan, Sony Computer Entertainment (Sony) telah memperkenalkan pula model terbaru iaitu PS3 120GB dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Berbanding saiz storan 60 gigabit (GB) pada model terdahulu, tawaran kapasiti model ini telah dipertingkatkan kepada 120GB.

Kelebihan tersebut memberi peluang kepada pengguna menyimpan lebih banyak kandungan permainan video, muzik, foto, video dan juga perkhidmatan menerusi rangkaian Play Station.

Apa yang menarik, ia mempunyai keupayaan mengurangkan sebanyak dua per tiga daripada penggunaan kuasa keseluruhan bagi fungsi penyusutan bunyi bising kipasnya.

Bagi yang menggemari aplikasi permainan video mobiliti pula, Sony turut memperkenalkan peranti Play Station Portable go (PSPgo) dengan tawaran memori 16 GB.

Kehadirannya kali ini disempurnakan bersama rekaan sofistikated yang lebih ringan dan hanya bersaiz poket untuk kemudahan di bawa ke mana-mana.

Berbeza dengan model PSP sebelum ini, PSPgo menampilkan kelainan menerusi panel paparan gelongsor mudah yang bersaiz 3.8 inci.

Kelebihan lain yang ditampilkan adalah seperti aplikasi sambungan Wi-Fi binaan dalam untuk sokongan aktiviti mengakses dan memuat turun pelbagai kandungan menggunakan perisian Media Go.

Untuk fungsi muzik secara lebih spesifik pula, PSPgo dilengkapi dengan aplikasi baru yang dibangunkan sendiri oleh Sony dikenali sebagai SensMe Channels.

PSPgo mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Kedua-dua produk tersebut kini telah mula dijual di pasaran dengan tawaran harga RM1,299 bagi PS3 120GB dan RM1,099 untuk PSPgo.

Sumber : www.utusan.com.my

2 comments:

iqmal hakim said...

cd blueray dah ad ker??
cd game ps3 trlampau mhl la..

zuar said...

yeke..bape ek CD game ps3..hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive