Sunday, December 27, 2009

Home » » Twitter bernilai RM3.5 Bilion di Pasaran

Twitter bernilai RM3.5 Bilion di Pasaran

Share


Twitter bernilai RM3.5 Bilion di Pasaran


WASHINGTON 25 Sept. - Rangkaian sosial, Twitter hampir berjaya menjana dana sebanyak AS$100 juta (RM347 juta) dalam satu perjanjian baru yang menilaikan perkhidmatan blog-mikro popular itu pada AS$1 bilion (RM3.5 bilion), lapor Wall Street Journal semalam.

Akhbar itu yang memetik 'orang yang menguruskan perjanjian itu' berkata, pembiayaan baru akan tiba daripada sekurang-kurangnya tujuh pelabur termasuk gergasi dana bersama, T. Rowe Price dan firma ekuiti swasta, Insight Venture Partners.

Menurutnya, pelabur lain turut merangkumi firma modal teroka, Spark Capital dan Institutional Venture Partners sebelum ini sudah pun melabur di dalam Twitter. Katanya, para pelabur meletakkan nilai Twitter kira-kira AS$1 bilion walaupun masih belum menjana sebarang pendapatan.

Twitter telah dinilaikan kira-kira AS$255 juta (RM885 juta) semasa pusingan terakhir pelaburan syarikat itu awal tahun ini penambahan sebanyak AS$35 juta (RM121 juta), kata Journal. Pelaburan sebanyak AS$100 juta itu adalah dua kali ganda daripada jangkaan pendapatan Twitter di pusingan ketiga itu yang juga merupakan yang terbesar setakat ini, kata akhbar itu.

Populariti Twitter yang membolehkan penggunanya berhubung dengan mesej menggunakan 140 huruf atau kurang telah meningkat secara mendadak sejak dilancarkan pada Ogos 2006 bagaimanapun masih belum menjana sebarang keuntungan setakat ini.

Pengasas bersama Twitter, Biz Stone telah menggariskan beberapa cara yang berpotensi bagi menjana hasil dan menegaskan bahawa syarikat itu tidak "Kita ada pelabur yang sabar dan masa untuk bereksperimen dengan idea penjanaan pendapatan dan produk," katanya kepada AFP awal tahun ini.

Sumber: www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive