Saturday, December 19, 2009

Home » , » Windows 7 vs Windows Vista vs Windows XP

Windows 7 vs Windows Vista vs Windows XP

Share

Windows 7 vs Windows Vista vs Windows XP

Windows 7 baru saja secara rasmi dilancarkan baru-baru ini. Untuk pengetahuan anda Windows 7 merupakan produk Microsoft yang dikatakan hampir sempurna berbanding Windows Vista sebelum ini. Banyak aduan yang diterima oleh Microsoft tentang masalah penggunaan Windows Vista.

Untuk nak galakkan pengguna menggunakan Windows Vista, Microsoft telah hentikan sementara jualan Windows XP. Ini merupakan langkah kebelakang yang digunakan oleh Microsoft kerana boleh dikatakan yang Windows Vista adalah produk yang gagal oleh mereka.

Boleh dikatakan tak ramai yang berminat untuk berubah kepada Windows Vista. Baru beberapa tahun jualan Windows Vista, Microsoft telah merancang untuk mengeluarkan Operating Sistem yang baru. Tak seperti sebelum ini, Windows XP telah digunakan semenjak sekian lama sebelum keluarnya Windows Vista.

Jadi, untuk mengembalikan semula reputasi Microsoft sebagai pengeluar Operating Sistem terbaik, maka lahirlah Windows 7. Windows 7 boleh dikatakan amat bagus untuk mereka yang inginkan penggunaan yang ringan dan lancar. Memang diakui kelancaran penggunaannya kerana saya juga telah cuba memasang Windows 7 Ultimate x64 pada laptop saya.

Di bawah ialah spesifikasi minimum yang diperlukan untuk menggunakan Windows 7 dengan lancar:

1 GHz processor (32- or 64-bit)
1 GB of RAM (32-bit); 2 GB of RAM (64-bit)
16 GB available disk space untuk (32-bit) dan 20 GB available disk space untuk (64-bit)
DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0 ataupun keatas.

Anda juga boleh gunakan Windows Seven Upgrade Advisor untuk mengenalpasti samada PC anda sesuai ataupun tidak menggunakan Windows 7. Anda memerlukan sambungan Internet untuk menggunakan Windows Seven Upgrade Advisor ini.

Sebelum itu pastikan anda cucuk semua USB drive, broadband dan lain-lain untuk pastikan samada ia boleh digunakan ataupun tidak bila anda menggunakan Windows 7.

Selepas saya mencuba dalam masa 1 hari Windows 7 ini, saya berubah kembali kepada Windows XP kerana saya belum lagi betul-betul suka kepada Windows 7. Mungkin 2 ataupun 3 tahun lagi baru saya akan berubah kepada Windows 7. :-D

Kepada anda semua yang belum lagi mencuba, anda digalakkan mencuba terutamanya kepada pengguna Windows Vista. I hate Windows Vista. Hehe.

7 comments:

maa said...

artikel y menarik...

btw..vista mmg agak teruk la..

masih banyak kekurangan pada windows 7 jika dibandingkan dengan XP..
walaubagaimanapun..
dari segi UI...7 bole dikatakan dapat mengalahkan XP..

teruskan usaha menyumberkan informasi terkini..

zuar said...

tq..jgn lupa sllu bg komen..sy akan perbaiki yg mn terkurang..:-D

Anonymous said...

window vista gagal dari segi apa?..saya tak tahu lagi apa yang gagal..saya cuma dgr window vista gagal..boleh bro terang sikit gagal dari segi apa?..memang loading atau shut down lambat sikit...tapi saya dgr sebabnya kerana sistem window vista akan susun dulu file2 yang akan dan telah digunakan oleh user . Dalam window xp tak ada proses penyusunan semula file2 atau folder yang telah digunakan oleh user kan? Pasal itu XP laju sikit..manakala start menu vista pula kelihatan bertindan..dan ini rasa saya lebih mudah nak pilih menu yang kita mahu...berbanding xp yang akan keluar menu ke kanan setiap kali cursor berada pada menu yang kita mahu..boleh kata xp lagi berseni lah..satu lagi vista ada sistem resume windows..setiap kali pc/laptop shutdown sebab bateri habis atau blackout. Window xp tak ada sistem resume ni. Jadi pengguna vista akan selamat sikit kalau tak sempat/terlupa save program2 atau file2 yang penting...ini pendapat saya lah. Kalau bro zuar leh tambah/tolak sedikit lagi maklumat untuk makluman follower blog bro..amatlah di alu2 kan..ngeh3..--@rmeeN. Nak try Ubuntu lah pulak..hehehe

zuar said...

vista ni diskriminasi ckt..huhu.seven memang terbaik dari Vista.

Anonymous said...

sy dgr vista adalah yg terbaik antara windows.. mber sy ckp die designer windows

zuar said...

kena tgk jugak vista tu terbaik dari segi apa..kalau vista ni byk songeh org ckp..lagi satu kalau spec rendah mmg lembab..x user friendly..

Yarmulke said...

Nice Information on windows thanks for sharing.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive