Sunday, March 22, 2009

Cara untuk Kenal pasti Pendrive Anda Dimasuki Virus

Share
Cara untuk Kenal pasti Pendrive Anda Dimasuki Virus


Langkah 1: Buka Hidden File

Lepas cucuk pendrive pada USB komputer, buka Hidden File. 
 
Caranya:

- Pergi ke taskbar>Tools>Folder Options >click View tab

- Klik button “Show hidden files and folders”

- Buangkan tanda pada “Hide extension for known file types” dan “Hide protected operating system files”

- Click Apply dan OK.





Langkah 2: Cari Fail Pelik Bukan Milik Sendiri
 
Lepas view hidden file kalau ada virus paparan di dalam pendrive anda akan show autorun dan file ataupun folder pelik-pelik yang bukan milik kita.
 
 
Langkah 3: Delete Fail Pelik Tadi
 
Select kedua-dua file tersebut dan delete. Jangan sesekali klik file ataupun folder yang bukan milik kita sendiri. Sebaik-baiknya korang scan sebelum buka pendrive dengan antivirus yang telah di update.


Menjadi tak??^_^

Cara untuk Meringankan Startup

Share
Cara untuk Meringankan Startup



Bila kita on PC, kita perlu menunggu lama untuk tunggu sistem loading sebelum kita dapat lihat paparan Desktop muncul. Ini disebabkan oleh terlalu banyak service yang running pada Startup. 
Untuk mempercepatkan loading tersebut korang kena ikut langkah seperti di bawah:







Klik Start > Run > tuliskan"msconfig". Apply dan klik OK.






Selepas korang klik ok, akan keluar paparan System Configuration Utility dan klik Startup.








Klik Disable All. Tinggalkan kecuali antivirus sebagai contoh saya gunakan Kaspersky dan USB Disk Security. Klik Apply.




Lepas tu, pergi ke tab Services > disablekan Background Intelligent > Klik Apply dan OK.

Exit without Restart ataupun Restart PC untuk lihat perubahan.

Selepas Restart korang akan dapat rasakan loading akan menjadi bertambah ringan dan masa menunggu paparan Desktop keluar akan jadi lebih singkat.




Amacam??Jadi tak??^_^


Cara untuk Mengelakkan Pendrive Dimasuki Virus

Share

Cara untuk Mengelakkan Pendrive Dimasuki Virus




Bila kita masukkan pendrive pada USB komputer, pop-up akan keluar macam gambar kat atas > klik Cancel. Jangan tekan OK. Bila dah masuk ke My Computer, elakkan double klik  pada icon pendrive sebab virus akan merebak terus ke sistem komputer kita.
 



Untuk mengelakkan virus masuk ke sistem, buka pendrive anda dengan cara klik Start  > Run > masukkan drive untuk pendrive korang. Di sini pendrive saya g: > Klik OK.





Sekarang korang boleh view kandungan di dalam pendrive dengan selamat sebab virus tak akan masuk ke sistem kalau kita tak klik untuk run autorun. 


Ataupun kalau korang tak nak guna trik kat atas korang boleh buka melalui Address Bar seperti di bawah:




Sekarang ni kita dah tau trik yang lebih selamat kan..Jadi jangan lupa ikut k..^_^

Wednesday, March 18, 2009

Virus Yang hilangkan Dokumen Word

Share


Virus Yang hilangkan Dokumen Word

Kepada sesiapa yang terkena virus yang hilangkan file microsoft word dalam pendrive/thumbdrive/usb drive, jangan pening-pening jangan panik. Cool, rileks, tenangkan fikiran^_^. Kita simpan file word dalam pendrive contohnya, tiba-tiba tengok balik semua file tu dah hilang walaupun kita pasti kita tak delete file tu. Tu maknanya pendrive tersebut dah diserang dengan virus:-)

File word tu tak hilang sebenarnya. Cuma telah di hiddenkan oleh virus. Kalau anda pengguna antivirus Kaspersky, Kaspersky akan delete file tu. Biarkan dia delete sebab tu memang virus. File yang sebenar telah di hiddenkan.


Cara Show Hidden File

Untuk melihat kembali file yang hilang, buka My Computer, dekat Toolbar kat bahagian atas tu ada Tools, klik Tools > Folder Option > View > Show hidden file > buangkan tanda pada Hide protected operating system file(Recommended) > klik Ok. 


Kemudian tengok balik file yang dah hilang tadi ada balik..Berjaya!!!


P/S: Kalau hidden file tak boleh buka lepas buat cara kat atas, PC @ laptop korang telah dijangkiti virus. Mintak tolong kepada sesiapa yang pakar untuk buang virus tersebut. Semoga tips ni berguna untuk anda tak kira student @ pekerja.

Thursday, March 5, 2009

Tips Penjagaan Komputer Riba|Laptop

Share

Tips Penjagaan Komputer Riba|Laptop

Komputer riba ataupun laptop/notebook/netbook merupakan satu keperluan bagi kita sekarang sebab teknologi makin canggih harga pun makin murah. Amat mudah untuk dapatkan komputer riba dengan spec yang tinggi tapi harga yang rendah sekarang.

Bila kita gunakan komputer riba, kita akan lebih mudah melayari internet, dengar lagu, berchatting dan sebagainya. Tapi kita perlu tau cara untuk jaga komputer riba kita. Jom baca tips penjagaan komputer riba kat bawah.

1. Bateri

Elakkan daripada penggunaan bateri. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel.

4. Haba Panas

Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak. Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS. Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri. Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Carta HOTFM Top 30

Share




Akan diupdate kemudian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive