Sunday, May 31, 2009

Portable Modem WIGGY From P1 W1MAX

Share


Portable Modem WIGGY

W1MAX telah melancarkan produk baru mereka iaitu Modem P1 W1MAX versi Portable ataupun USB yang diberi nama WIGGY. Layari internet dengan kelajuan sehingga 10mbps iaitu yang terlaju di Malaysia. Anda juga akan mendapat Acer Netbook secara percuma apabila mendaftar untuk menggunakan WIGGY ini.

Layari official website mereka di sini untuk penerangan lebih lanjut.

Saturday, May 30, 2009

Search Engine Optimization(SEO)

Share

 Search Engine Optimization(SEO)

Bila berada di ranking teratas pada search engine ia merupakan satu kepuasan kepada sesiapa yang mempunyai website ataupun blog. Ini bermakna blog ataupun kita telah diindeks oleh search engine tersebut dan mesra SEO.

Search Engine Optimization atau lebih di kenali sebagai SEO merupakan satu teknik bagaimana untuk mendapatkan traffic ‘organic’ daripada search engine seperti Google, Yahoo, MSN, Bing, Alexa dan sebagainya melalui beberapa teknik ‘optimization’. Dengan menggunakan teknik ini, page anda akan berada pada ranking teratas di search engine.


Kenapa perlu ranking teratas di search engine?

Berada di rangking teratas di search engine adalah sangat penting kerana pelawat akan search keyword seperti di Google dan sebagainya dan page anda berada pada kelompok teratas sekali. Kebiasaanya pelawat akan mula klik pada link yang berada di ranking teratas dahulu. Ini penting kerana jika anda adalah usahawan internet yang bersaing dengan usahawan lain, sudah tentu page anda akan mendapat kelebihan jika berada di senarai teratas sekali.

Bagi pengguna template blog percuma, ianya tidak di sediakan bersama SEO bermakna anda tidak akan mendapat tempat yang baik di seach engine seperti di Google. Jadi kita perlu edit sedikit di code template bagi meng`optimize`kan blog anda. Sebelum itu pastikan anda membuat backup dulu pada template asal anda bagi mengelakkan sebarang masalah kemudian.


Langkah – Langkahnya:

1. Masuk ke Dashboard > Design > Edit HTML > Tandakan pada Expand Widget Templates

2. Kemudian tekan Ctrl + F > copy dan paste code di bawah ke dalam kotak Find > Tekan Enter

<title><data:blog.title/></title>

Dah jumpa code kat atas tu, copy dan replace code di atas dengan code di bawah:

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

3. Preview dulu. Kalau tiada masalah klik Save

4. Selesai


Sekarang semua post anda telah di optimize di rangking teratas di search engine. Saya tak janji yang blog anda akan terus berada di rangking teratas tetapi anda telah melakukan langkah yang betul.

Selepas ini anda cuma perlu post isi kandungan yang berkualiti untuk memudahkan search engine seperti Google menempatkan blog anda di kelompok teratas sekali!!!

Cara Membuat Gambar Seperti Cover Majalah

Share


Cara Membuat Gambar Seperti Cover Majalah

Entri saya kali ini adalah untuk tunjukkan korang cara nak jadikan gambar menjadi seperti cover majalah macam gambar kat atas tu.

Korang tak perlu skill yang tinggi dengan belajar photoshop sebab tanpa software, tanpa perlu belajar edit gambar korang boleh jadikan gambar korang macam Superstar.Pewitt!!^_^

Langkah pertama korang perlu klik dan masuk ke laman web di bawah. Pilih la website yang mana korang nak sebab semua boleh edit gambar ^_^.


1.BigHugeLabs
2.FakeMagazineCover
3.Fototrix
4.OnCoverPage
5.MagMyPic

Bila dah masuk mana-mana website tu korang upload gambar. Lepas tu pilih cover jenis mana yang korang nak. 


Sekarang ni korang dah jadi famous la kan sebab jadi cover untuk majalah.:-)..Selamat mencuba!!



Terjah sini untuk tengok Cara Buat Cover Majalah Malaysia

Wednesday, May 27, 2009

Masalah Yahoo Messenger

Share
Masalah Yahoo Messenger

Bagi penggemar Yahoo Messenger @ YM mungkin anda pernah mendapat mesej daripada kawan anda walupun kawan anda tidak on9 pada masa tersebut. Antaranya anda akan di"BUZZ" dan akan mendapat mesej promosi daripada syarikat-syarikat tertentu contohnya seperti ini :

“I have been taking Acai pills now for two months and already lost 34 pounds, it is the same stuff that was on oprah and cnn, Mike and Jen lost so much weight too with no diet or excersise. Get it now, its only five bucks a bottle, we are living proof that it works like magic. Get it over at http://wavepeel.com”

Sehingga ke hari ini masalah ini belum lagi diketahui jalan penyelesaiannya..Malah yahoo sendiri pun belum dapat mencari solution.Adakah ini disebabkan oleh worm? Ataupun password kita telah dimanipulasi untuk tujuan yang lain.

Jalan penyelesaiannya sekarang ialah sekiranya anda mendapat mesej pelik-pelik seperti itu, diminta jangan sesekali anda klik kerana mungkin YM anda juga akan mendapat masalah yang sama nanti..Selain itu anda juga dinasihatkan untuk menukar password sekiranya anda mempunya masalah seperti ini..Sekian..

Soal Jawab bersama Jutawan Internet(Dr. Irfan Khairi)

Share
Sekiranya saya ingin memulakan perniagaan Internet, dimanakah patut saya mula?

Untuk memudahkan penjelasan, perniagaan Internet ini terbahagi kepada 4. Bahagian pertama kena ada produk dan perkhidmatan. Kedua kita kena ada laman web. Ketiga kita kena ada kebolehan menerima bayaran daripada pelanggan kita. Dan keempat adalah promosi.


Saya rumuskan, pertama anda kena ada produk contohnya buku atau barang kecantikan. Bila dah ada produk, akan ke langkah kedua.


Langkah kedua, anda perlu ada laman web untuk paparkan produk anda. Tak semestinya anda membina sendiri laman web tersebut. Anda juga boleh mengupah seseorang untuk binakan untuk anda.


Langkah ketiga adalah kebolehan menerima bayaran. Contohnya apabila seseorang ingin membeli daripada laman web anda, pelanggan boleh menggunakan kad kredit dan bayaran boleh disalurkan ke bank anda. Kebolehan ini dipanggil sebagai ’merchant account’. ’Merchant account’ bertindak seperti orang tengah yang menerima bayaran dalam bentuk kad kredit bagi pihak anda dan menyalurkan kepada bank. Ia seperti pelanggan anda bayar kepada anda tetapi melalui ’merchant account’ terlebih dahulu.


Jadi nombor satu kita kena ada produk,nombor dua laman web untuk menjual, ketiga kebolehan menerima bayaran. Apa yang saya sebutkan tadi ’merchant account’ menerima bayaran dari segi kad kredit. Kalau tidak ada ’merchant account’ masih boleh menjalankan perniagaan Internet iaitu pelanggan boleh bank-in straight ke akaun anda.


Sekarang banyak perbankan online yang ditawarkan seperti maybank2u, cimb clicks dan sebagainya. Jadi pelanggan hanya perlu transfer wang ke akaun anda, dan andaboleh hantarkan produk. Selain itu, mereka juga boleh membuat bayaran melalui check, wang pos dan banyak lagi.


Dan yang keempat adalah promosi. Promosi ini adalah amat penting kerana promosi ini adalah kita perlu dedahkan kepada orang ramai. Sebab kalau kita tak dedahkan kepada orang ramai, orang pun tak tahu laman web kita di mana.


Contohnya laman web saya www.rahsiaInternet.com dan www.irfankhairi.com orang tak akan tahu kalau saya tak hebahkan. Jadi kena hebahkan, iaitu langkah keempat promosi. Cara nak hebahkan ada banyak cara. Kalau tak silap saya, nanti ada soalan cara nak promosi laman web. Itu saya akan jawab nanti.


Berapakah kos untuk memulakan perniagaan Internet ini?

Untuk perniagaan Internet, kita lihat dari kos pengendalian. Tadi yang saya sebut RM500 adalah kos membeli peralatan contohnya akses Internet dan sebagainya. Tetapi mungkin saya tak masukkan kos komputer kerana saya assume semua ada komputer sekarang ini.


Untuk perniagaan Internet kita kena bayar sewa bulanan sama seperti kalau kita ada perniagaan bukan Internet, kita kena ada sewa bulanan untuk sewakan kedai kita. Katakanlah di luar sewa sebuah kedai RM1000 setiap bulan untuk menjalankan perniagaan kita. Perniagaan Internet berbeza sikit, tetapi yang sama ialah kita masih lagi mempunyai sewa.


Sewa dalam bentuk web hosting maknanya kita kena ada tapak di Internet dan sewa di Internet. Cuma yang menarik adalah untuk menyewa tapak di Internet atau web hosting ini kosnya hanya RM10 - RM15 setiap bulan. Itu sudah cukup untuk menjalankan perniagaan Internet.


So dari segi kos, sebulan RM10 - RM15 sudah cukup untuk menjalankan perniagaan Internet cuma mungkin sebagai tambahan mungkin kita mahu laman web kita lebih canggih, seperti boleh menerima bayaran jadi mungkin di situ memerlukan tambahan bayaran.


Kemudian mungkin memerlukan perkhidmatan seperti email, autoresponder ada sedikit lagi kos. Tetapi rata-rata, kos boleh katakan kurang RM300 setahun. Kalau anda tengok laman web saya www.rahsiaInternet.com atau www.irfankhairi.com , kosnya hanya RM200 - RM300 setahun dan walaupun kos yang rendah, kita boleh mendapat pelanggan satu Malaysia yang sekarang ini 14juta pengguna Internet Malaysia ataupun kalau laman web kita Inggeris kita boleh mendapat pelanggan satu dunia iaitu 1. 2 billion pengguna Internet di dunia.


Jadi kalau kita bezakan harga, memang amat rendah, kurang dari RM300 setahun kita dapat mencapai berjuta-juta pengguna Internet ini.


Untuk perniagaan Internet, perlukah kita mempunyai produk kita sendiri?

Sebenarnya tidak, perniagaan Internet anda tidak perlu ada produk sendiri. Anda boleh beli katakan buku dari penerbit kemudian jual semula di Internet. Ataupun anda boleh beli barang dari pemborong dan kemudian jual balik di Internet, tak semestinya produk itu, produk milik anda, anda yang buat sendiri atau cipta sendiri.


Contoh katakan di Nilai, Negeri Sembilan ada banyak pasar borong dan tiba-tiba kita ternampak ukiran ayat Al-Quran. Anda boleh beli ukiran tersebut pada harga yang ditetapkan ataupun borong dengan banyak dan kemudian jual semula di Internet di laman web. Dan untuk jawab soalan tadi, tak semestinya kita sendiri buat ukiran itu baru jual. Kita boleh jadi seperti orang tengah, kemudian kita jual pada pihak lain.


Anda boleh dengar rakaman 60 Minit "Soal Jawab Perniagaan Internet".

Lawati: http://www.rahsiainternet.com/soaljawab

Username: jutawan

Password: internet

Tuesday, May 26, 2009

Memasang Google Analytic di Blog

Share
Memasang Google Analytics di Blog


Bagaimanakah cara untuk mengetahui berapa ramai pelawat yang datang melawat di blog kita?Bagaimanakah untuk mengetahui artikel ataupun apa-apa yang kita postkan itu popular?

Ok..Sekarang mari kita belajar bagaimana cara kita boleh track pelawat yang masuk ke blog kita.

Dengan menggunakan Google Analytics, kita boleh lihat dari mana pelawat menjumpai blog kita, apakah keyword mereka search di search engine, dari mana mereka datang dan berapa lama mereka berada di blog kita.

Artikel kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk memasang Google Analytics di blog anda. Langkahnya agak mudah dan tidak memerlukan teknikal skill yang tinggi untuk memasangnya.


Langkah 1 – Buka Satu Akaun Google Analytics

Pergi ke laman web ini http://www.google.com/analytics untuk membuka akaun baru Google Analytics.





Klik pada sign up dan teruskan kepada langkah berikutnya yang mana akan keluar paparan meminta anda memasukkan maklumat seperti Website URL, Account Name, Country, and Time Zone. Skrin akan memaparkan seperti berikut:






Langkah seterusnya meminta anda memasukkan maklumat seperti first name, last name, phone number, and country.





Kemudian anda di minta untuk membuat perjanjian dengan terma dan syarat yang mereka kemukakan. Anda Cuma perlu tandakan dan klik pada butang Create New Account.





Langkah seterusnya sangat penting. Kod yang dipaparkan memerlukan anda copy dan paste di dalam template blog anda. Bawa mouse ke dalam box dan klik mana-mana tempat di dalam box itu dan automatik ia akan highlightkan semua kod dan anda cuma klik kanan dan copy kod tersebut. 

Sekarang anda buka Microsoft Word ataupun wordpad dan savekan ke dalamnya kerana anda akan guna selepas ini.





Selepas itu anda klik pada butang continue dan anda akan di bawa ke Dashboard Google Analytics. Anda akan lihat blog list anda tetapi tiada sebarang data lagi.





Ok..Sekarang anda telah pun selesai membuka akaun Google Analytics anda. Dan langkah seterusnya memerlukan anda meletakkan tracking code yang anda simpan tadi ke dalam template blog anda.


Langkah 2 – Menambah Google Analytics Tracking Code ke Dalam Template Blog

Langkah seterusnya ini sebenarnya tidaklah susah mana walaupun memerlukan anda bermain dengan kod template. Anda perlu sign in dahulu blog anda dan klik pada customize, cari Edit HTML dan klik.


Sebelum anda membuat apa-apa perubahan pada kod template anda, anda perlulah membuat backup dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah. Anda cuma perlu klik download full template dan simpanlah di dalam komputer anda.

Kemudian, anda scroll ke bawah dan cari kod seperti yang anak panah tunjukkan di bawah dan paste di atasnya.




Save template dan anda tidak sepatutnya mendapat error message.Jika berlaku error message, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada template anda. Saya andaikan anda telah berjaya save dengan selamat tanpa sebarang masalah dan anda telahpun siap memasang Google Analytics pada blog anda.


Langkah 3 – Memastikan Google Analytics di Tracking

Kembali kepada Google Analytics Akaun dan lihat pada dashboard. Anda akan lihat tanda seperti ini . Itu bermaksud semuanya tidak berjalan dengan lancar lagi kerana kita baru selesai menambah kod di blog. Klik “edit” di dashboard anda.





Selepas anda klik di bahagian “edit”, anda akan lihat skrin seperti di bawah dan keluar message “Tracking Not Installed”diikuti dengan link “Check Status”.

Klik pada “Check Status” yang mana akan memberi tahu Google Analytic untuk melawat blog anda dan lihat pada kod baru dan paste di template anda. Anda perlu replace pada kod yang lama.





Andaikan anda telah paste kod seperti yang di arahkan. Google Analytics akan mencari kod baru anda dan mula membuat tracking di blog anda. Jika masih lagi berlaku masalah, anda perlu baca pada bahagian help untuk menyelesaikan masalah anda.



Jika tiada sebarang masalah,anda akan lihat “Waiting for Data” yang bermaksud anda telahpun Berjaya memasang Google Analytics dengan betul dan data mula dikumpul oleh mereka.

Kembali ke Dashboard anda dan klik pada “View report” dan di sana semua data-data pelawat blog anda akan muncul.





Biasanya ia akan mengambil masa untuk membuat tracking kerana anda baru sahaja selesai memasang Google Analytics. Selepas ini anda bolehlah membuka Google Analytics dan mengetahui maklumat pelawat blog anda.




Sunday, May 24, 2009

Rahsia Jana Pendapatan Dengan Handphone

Share

Rahsia Jana Pendapatan Dengan Handphone

Sesiapa yang berminat untuk tahu rahsia bagaimana dengan Handphone anda boleh menjana pendapatan yang lumayan boleh download E -book percuma Rahsia Jana Pendapatan Dengan HP ini.



Saturday, May 23, 2009

Soal Jawab IT Version 1

Share
 Soal Jawab IT Version 1

Capai laman web dihalang

Soalan
SAYA ingin tahu bagaimana membuka laman web yang sudah dihalang dari dicapai dan apakah perisian yang diperlukan? Pensyarah tempat saya belajar memberitahu saya menggunakan ‘proxy’. Adakah proxy itu boleh membantu saya?
Nasser Munaaim diduck_89@yahoo.com

JAWAPAN:

PELAYAN proxy ialah satu peringkat perantaraan yang melayani permintaan. Contohnya untuk ftp, http atau apa jua bentuk permintaan di antara pengguna dan pelayan.

Secara ringkasnya, pelayan proxy akan bertindak sebagai wakil anda. Pengguna akan dihubungkan ke pelayan proxy dengan permintaannya dan pelayan itu akan memanjangkannya ke pelayan sasaran, lalu membalas semula kepada pengguna.

Misalnya, anda meminta untuk mencapai blog www.zuarxpdc.blogspot.com dengan menaip alamat URL http://www.zuarxpdc.blogspot.com . Permintaan itu akan melalui pelayan proxy sebagaimana yang sudah ditetapkan dalam perisian pelunsur web (browser) anda.

Pelayan proxy akan menghantar permintaan anda ke pelayan www.zuarxpdc.blogspot.com yang mana selepas itu akan membalas semula ke pelayan proxy anda dan dipanjangkan terus ke komputer anda.

Pelayan proxy biasanya digunakan untuk menghubungkan permintaan di antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam, melayani permintaan dan pelbagai fungsi lagi. Menjawab pertanyaan anda itu, untuk mencapai laman web yang sudah dihalang ialah dengan menetapkan proxy dalam perisian pelunsur. Sebelum itu hendaklah dicari dulu pelayan proxy awam dan pastikan alamat IP serta nombor pelabuhnya.

Cara mengubah tetapan proxy untuk IE:
1. Klik Tools > Internet Options
2. Klik tab Connections
3. Klik LAN Settings untuk pengguna jalur lebar dan sistem rangkaian setempat (LAN), manakala Dial up untuk pengguna dail masuk.
4. Klik ‘Use a Proxy server for LAN’ (Ketetapan ini tidak dipakai untuk penyambungan secara dail masuk atau rangkaian persendirian maya (VPN).
5. Isikan alamat IP pelayan proxy dan nombor pelabuh
6. Klik Close Cara mengubah tetapan proxy untuk Firefox 2.x:
i. Klik Edit > Preference
ii. Klik tab Advanced
iii. Klik Network
iv. Klik ‘Manual proxy confi guration’ dan isikan alamat IP serta pelabuh
pelayan proxy
v. Klik Close.

Untuk makluman anda, kemungkinan juga laman yang anda cuba capai itu dihalang pentadbir rangkaian organisasi anda bekerja. Sila pastikan juga anda tidak melanggar peraturan yang sudah ditetapkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan software seperti Ultra Surf ataupun freegate


Sambungan kerap terputus

SOALAN:
Saya mempunyai satu masalah mengenai capaian ke Internet yang mana kerap kali ia terputus hubungan ketika melayari laman web.

Apa yang saya dapati ketika kejadian itu berlaku ialah daripada petunjuk status kad rangkaian yang menunjukkan kelajuan pemindahan data yang diterima dan dihantar ialah 0 byte.

Untuk pengetahuan anda, sudah tiga kali saya menukar kad rangkaian dan modem ADSL, tapi masalah itu tetap berulang.

Diharap anda dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

PC saya:- Windows XP SP2- RAM 512MB- ADSL Modem (DLINK)- Antivirus NOD32

Ridzhuan
apokalipo@gmail.com

JAWAPAN:
Berdasarkan penjelasan anda, masalahnya ialah pada penyambungan di antara anda dengan modem ADSL atau di antara modem dengan Internet.

Untuk mengenalpasti masalah sebenar, cuba 'Ping' modem ADSL anda dan hos Internet, contohnya nama pelayan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda.

Cara untuk membuat 'Ping' ialah:-
klik Start > run- type cmd, klik ok- kotak hitam akan dipaparkan.

Di dalam kotak hitam, taip ping -t444.444.444.444 (gantikan 444.444.444.444 dengan alamat IP modem ADSL anda)

Ulangi langkah di atas, tetapi ubahkan alamat IP dengan alamat IP nama pelayan ISP anda. Setiap kali anda terputus hubungan, lihat pada dua kotak hitam dan pastikan sama ada aduan dari 'Request timeout' atau hos 'unreachable'.

Dari situ anda boleh mengenal pasti masalah sebenar. Sekiranya di pihak ISP, hubungan pusat bantuan dan aduan ISP terbabit. Sementara masalah yang datang dari modem ADSL, semak semula pelarasan rangkaian dan perkakasan yang terbabit.

Menghantar File Bersaiz Besar Ke E-Mail

Share
Menghantar File Bersaiz Besar Ke E-Mail

Mungkin kita pernah menghantar file yang bersaiz besar melalui email. Sejurus selepas penghantaran dilakukan terdapat email yang diterima daripada pembekal email penerima yang menyatakan bahawa kapisiti ruang email penerima tidak dapat menampung saiz file yang dihantar.

Kemudahan penghantaran link fail tanpa menghantar fail boleh diperolehi di www.mediafire.com. Laman web ini memberikan kemudahan dimana pengguna boleh mendaftarkan email mereka, dan kemudiannya menghantar file bersaiz besar kepada mana-mana alamat email penerima tanpa perlu berasa risau mengenai saiz ruang email penerima.

Apabila penerima menerima email yang dihantar, ia tidak disertakan bersama dengan fail anda, apa yang disertakan hanyalah link lokasi dimana fail tersebut boleh di download. Apabila pengguna klik link tersebut, fail yang disimpan di server mediafire akan di download secara terus ke komputer penerima.

Langkah untuk upload file adalah seperti berikut.

1. Buka website www.mediafire.com dan sign up dengan memasukkan maklumat anda

2. Setelah selesai sign up, anda bolehlah upload file anda dan copy link tersebut,pastekan di emel anda kemudian send ke alamat emel yang anda mahu.

3. Penerima akan download link yang dihantar ke mana2 lokasi di PC mereka.




Friday, May 22, 2009

5 Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet /Pengguna Internet

Share

5 Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet /Pengguna Internet


Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan computer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan. Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat.

Tahukah anda bahawa disebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?


Batu karang
Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.


Gastrik
Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar. Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit ‘gastrik’ dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.


Gangguan penglihatan
Tumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda. Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko kebutaan. Selain itu penumpuan terhadap computer dalam jangka masa yang lama mungkin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalahsering sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan sebagainya.


Stres atau tekanan
Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi. Ini sebenarnya petanda anda dalam keadaan stres. Rentetan daripada stres yang dialami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.


Sukar tidur
Ia adalah lanjutan daripada masalah stress yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insomnia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak bermaya.

Prestasi kerja anda juga makin menurun kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang. Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

Monday, May 18, 2009

Cara untuk Format Window XP - Langkah Demi Langkah

Share


Cara Untuk Format Windows XP - Langkah Demi Langkah

Salam semua..Hari ini saya terbitkan E-Book khas Cara untuk Format Windows XP - langkah Demi Langkah. Jangan lupa untuk memberi komen selepas download e-book ini. Kerjasama dari anda amat saya hargai..:-)

E-Book Cara Untuk Format Windows XP telah di "upgrade" setelah beberapa kelemahan di baiki. Korang jugak boleh ke blog Panduan Format Windows XP untuk keterangan lebih lanjut.


Download preview e-book Cara Format Windows XP - Langkah Demi Langkah di bawah:



Keyword search: Cara format komputer|Cara Format Laptop|Cara Format Windows XP


Friday, May 15, 2009

Transformers 2 Trailer 2009

Share







Download Trailer Transformers yang akan memecahkan panggung pertengahan tahun 2009 nanti
Trailer 1

Window Se7en Transformation Pack

Share
Window Se7en Transformation Pack





Ubah tema Window XP anda kepada Window 7.Sempoi...


Download Window Se7en Transformation Pack Mediafire


 

Saturday, May 9, 2009

Pelancaran Window 7

Share


Pelancaran Window 7

* Windows 7 yang dilancarkan dalam versi beta secara rasminya pada 9 Januari 2009.

* Ia dihadkan kepada 2.5 juta orang pertama sahaja untuk memuat-turun pada mulanya.

* Disebabkan terlalu ramai pengguna komputer seluruh dunia ingin mencuba window baru ini,maka pihak Microsoft telah mengambil keputusan membatalkan had untuk memuat-turun Windows 7 kepada unlimited sehingga 24 Januari 2009.

* Sekiranya anda belum lagi mencuba,anda masih boleh memuat-turun Versi beta ini.

* Windows 7 versi beta build 7000, ia dilancarkan untuk mengenalpasti masalah – masalah yang ada. Masih lagi banyak kelemahan – kelemahan yang mungkin wujud pada Windows baru ini, dan Microsoft menunggu reaksi pengguna – pengguna yang mencubanya.


Speksifikasi yang diperlukan :
• 1 GHz 32-bit or 64-bit processor
• 1 GB of system memory
• 16 GB of available disk space
• Support for DirectX 9 graphics with 128 MB memory( to enable the Aero theme )
• DVD-R/W Drive

Friday, May 8, 2009

Mendapatkan Antivirus Kaspersky Percuma

Share


Mendapatkan Antivirus Kaspersky Percuma

Tips untuk pengguna kaspersky ataupun yang ingin mengunakan antivirus Kaspersky. Langkah ini adalah untuk menggunakan Antivirus Kaspersky secara percuma tanpa perlu membeli ataupun mencari lesen key selepas kena blacklist. Langkahnya seperti di bawah:


1. Download Kaspersky Anti Virus dari Kaspersky Lab.
2. Sudah siap download, sila install.
3. Bila sampai di bahagian Activate tu pilihlah Activate Trial Version.
4. Biasanya tempoh percubaan adalah 30 hari.

Tips menggunakan secara percuma:

1. Sebelum sampai 30 hari dalam masa 29 hari anda perlu uninstall Kaspersky yang anda gunakan.

2. Selepas uninstall restart komputer.

3. Klik start>run taip regedit dan tekan enter.

4. Akan keluar satu paparan registry. Cari registry seperti berikut
Remove hkey_local_machine\software\KasperskyLab\LicStorage (kalau tiada maknanya masa uninstall automatik dah remove).

5. Kemudian remove hkey_local_machine\software\Microsoft\Cryptography\RNG (RNG ni adalah random number generator - remove registry ni)

6. Kemudian remove hkey_local_machine\Microsoft\SystemCertificates\SPC\Certificates.

7. Selepas selesai remove 3 benda tersebut anda install Kaspersky semula seperti biasa.

8. Ulangi install dengan activate trial version seperti biasa.

9. Ulangi step 1 hingga 6 setelah tamat tempoh 30 hari ataupun sebelum 30 hari.


Thursday, May 7, 2009

Change Nama Recycle Bin

Share

Change Nama Recycle Bin

Perkataan Recycle Bin mungkin cukup membosankan bagi anda. Apa kata sekiranya kita tukarkan perkataan tersebut kepada perkataan yang lebih menarik.

Ikuti langkah dibawah:

Tekan Start > Run dan masukkan perkataan regedit pada kotak yang disediakan.

Seterusnya pergi ke HKey_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\ShellNoRoam\MUICache dan cari perkataan Recycle Bin. Double Klik pada data tersebut.

Gantikan perkataan Reycycle Bin kepada perkataan yang anda fikirkan sesuai.

Saya telah masukkan perkataan Tong Sampah pada ruangan yang disediakan.


Sekarang tutup aplikasi regedit anda dan tekan F5 pada desktop.

How To Boot XP Faster

Share

How To Boot XP Faster


First of all, this tweak only apply to those who only have one HDD on their primary IDE channel (nothing else on device 0 or 1) and a CD-ROM and/or DVD-ROM on the secondary IDE channel.

Each time you boot Windows XP, there's an updated file called NTOSBOOT-*.pf who appears in your prefetch directory and there's no need to delete any other files as the new prefetch option in XP really improves loading time of installed programs.

We only want WindowsXP to boot faster and not decrease its performance.


1. Open notepad.exe, type "del c:windowsprefetch tosboot-*.* /q" (without the quotes) & save as "ntosboot.bat" in c:

2. From the Start menu, select "Run..." & type "gpedit.msc".

3. Double click "Windows Settings" under "Computer Configuration" and double click again on "Shutdown" in the right window.

4. In the new window, click "add", "Browse", locate your "ntosboot.bat" file & click "Open".

5. Click "OK", "Apply" & "OK" once again to exit.

6. From the Start menu, select "Run..." & type "devmgmt.msc".

7. Double click on "IDE ATA/ATAPI controllers"

8. Right click on "Primary IDE Channel" and select "Properties".

9. Select the "Advanced Settings" tab then on the device 0 or 1 that doesn't have 'device type'
greyed out select 'none' instead of 'autodetect' & click "OK".


10. Right click on "Secondary IDE channel", select "Properties" and repeat step 9.
11. Reboot your computer.

Friday, May 1, 2009

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an

Share
Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive