Tuesday, June 30, 2009

I Daily Diary

Share
iDailyDiary Free Version

iDailyDiary provides a simple interface that immediately gets you started taking daily notes, creating a journal, putting your thoughts into writing and much more.

Key Features

Bullet Works with MS Windows 9x, ME, 2000, XP, 2003, Vista
Bullet Data files encrypted and password protected
Bullet Richtext Editor
Bullet Fully Searchable
Bullet Insert Pictures, URL's and Hypertext
Bullet Multiple "pages" for each day
Bullet Export to HTML format to create web pages
Bullet Supports Unicode (non-western character sets)
Bullet Mutli-Language GUI, including Chinese, Dutch, French, German, Italian, Turkish and Japane

Kepada kawan-kawan yang xpernah ada diari ataupun nak try simpan diary kat dalam pc, boleh guna software ni. Dijamin selamat sebab kena guna password nak buka..:-) 


Download iDailyDiary Free Version

Monday, June 29, 2009

Tips dan Trick Mencari MP3 dengan Mudah

Share
Tips dan Trick Mencari MP3 Dengan Mudah


Jom gunakan trick google untuk cari mp3 kegemaran kawan-kawan dengan mudah.

Langkah 1

Pegi dekat google and paste benda kat bawah ni

?intitle:index.of? mp3


Langkah 2

selepas mp3 tu, tulisla penyanyi ataupun lagu yang kawan-kawan nak cari contohnya

?intitle:index.of? mp3 xpdc


Langkah 3

Klik search


Langkah 4


Pilihla yang mana nak..hehe


Saturday, June 27, 2009

Bermain Soal Jawab

Share
Bermain Soal Jawab


Fuhh..Lega dah ada kat Shah Alam dah..Malam ni kul 1.45am dah kena kumpul dah. Event start kul 5..Ngantuknye..

Hari ni saya nak ajak anda semua main soal jawab dengan saya. Boleh ke x? Kalau boleh anda download benda kat bawah ni..



Korang janganla takut nak download..Saya bukan bagi virus suruh korang download..Ingat senang ke nak buat virus..kekeke.

Download tau. Lepas jawab bagi komen kat bawah ni menarik ke tak k..:-)



Friday, June 26, 2009

Pengumuman

Share


Selamat Datang Kepada Semua Visitor

Terima Kasih Kerana Datang Melawat..Minta maaf sebab hari ni saya tak sempat nak post kat blog ni..Maybe esok atau lusa saya post balik kalau tak bz..Petang ni saya nak pegi ke Shah Alam sebab hari ahad ni 28 hb Jun ktrg jadi volunteer untuk KL International Marathon 2009..Sape-sape area kt ngn Dataran Merdeka tu bolehla pegi tengok k..5 hb Julai dah masuk balik ke UiTM untuk menyambung pengajian semester ke 4..huhu

Tunggu kemunculan posting terbaru dengan permainan yang lebih menarik..:-)




Thursday, June 25, 2009

Membuat Single Klik Shut Down dan Restart Di Desktop

Share


Membuat Single Klik Shut Down dan Restart Di Desktop

Caranya:

1.Klik kanan di bahagian tempat kosong Desktop anda.

2. Pilih New.

3. Pilih Shortcut

4.Di ruangan kosong di bahagian “type the location of the item” masukkan code di bawah:

Jika anda mahukan komputer anda shutdown taip code di bawah:

shutdown -s -f -t 0000 -c "tulis apa saja yang anda mahu untuk muncul di desktop"

Jika anda mahukan komputer anda restart taip code di bawah:

shutdown -r -f -t 0000 -c " tulis apa saja yang anda mahu untuk muncul di desktop "

5. Klik OK.

6. Klik kanan pada shortcut tadi, klik properties dan pilih icon yang anda mahukan.

7. Kini anda tak perlu lagi klik butang start, kemudian turn off computer untuk shutdown
ataupun restart komputer anda.

8. Anda hanya perlu klik sekali saja kat butang shortcut yang anda buat tadi.

9. Tryla buat. Kalau tak faham komen kat bawah k..:-)




Wednesday, June 24, 2009

Membuat Prank Virus

Share

Membuat Prank Virus

Kepada sesape yang nak kenakan komputer kawan-kawan boleh try trick ni. Ni bukan virus pun, tapi just prank dan bila orang klik akan keluar pop-up macam virus.Jangan takut benda ni tak bahaya pun.



Sample 1

Pertama sekali buka notepad.

Kemudian copy code di bawah dan paste kat notepad tu. Korang boleh ubah perkataan selepas echo tu ikut citarasa korang.

@echo off
echo WARNING VIRUS DETECTED
echo System check
echo -
echo Hard drive - FAILED
echo -
echo RAM - FAILED
echo -
echo Disk Drive - FAILED
echo -
echo Connection - FAILED
echo -
echo code 754*sd56625
echo -
echo Hard drive must be formatted to resume windows
echo -
PAUSE
echo -
echo -WARNING
echo -
echo Hard drive has been formatted
echo -
echo -WARNING
echo -
PAUSE
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
echo APRIL FOOLS
pause

Save notepad tu dengan nama yang korang suka contoh “virus.bat”jangan lupa gantikan .txt dgn .bat k..:-)


Sample 2


Copy sample command kat bawah ni dalam notepad pastu save as .vbs. Letakla nak letak nama pe pun masa nak save tu. Korang boleh ubah ayat-ayat yang dalam kurungan di bawah ni.

test1=msgbox ("New update found, Would you like to download?",52,"WINDOWS UPDATE")
test1=msgbox ("Please wait..Virus downloading in progress",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Downloading VIRUS BRONTOK 2009 2%",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Downloading VIRUS JAMBANMU 10%",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Downloading VIRUS FLASH_10 50%",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Downloading TROJAN 70%",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Downloading VIRUS ZUARXPDC 100%",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Progress 104%",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("Cane lebih 100% lak ni???",52,"ALERT!!")
test1=msgbox ("APRIL FOOL",52,"HAMPEH")

Kalau nak tambah lagi boleh tambah.Copy paste je bagi banyak-banyak. Semoga korang dapat manfaat nak kenakan kawan-kawan k..kekeke

Sape yang dah buat komen - komenla kat bawah ni k.:-)

Monday, June 22, 2009

10 Sebab Akaun Google Adsense Tak Diluluskan

Share

10 Sebab Akaun Google Adsense Tak Diluluskan


1. Pernah kena ban sebelum ini. Google sangat straight tentang perkara ini. Mereka yang pernah kena ban akan diblacklist buat selama lamanya. Tapi ada cara untuk dapatkan balik.

2. Blog tidak berkualiti. Tidak kira anda guna blog berbayar ataupun percuma. Pastikan blog anda berkualiti agar staff Google berasa berbaloi untuk luluskan akaun Google Adsense anda.

3. Jangan buat satu post, terus apply Google Adsense. Dalam panduan raja adsense, anda buat 2 post sehari selama beberapa hari. Seeloknya seminggu. Baru lah apply.

4. Blog Made For Adsense. Untuk apply Google Adsense, jangan nampak sangat blog anda dibuat untuk google adsense.

5. Pengunaan gambar/imej erotik. Jangan sesekali guna imej wanita seksi seolah olah blog “orang dewasa” atau seks related. Dalam terma dan syarat pengiklanan google, mereka tak benarkan laman web seks related diiklankan di dalam sistem mereka.

6. Artikel dalam Bahasa Malaysia. Jadi jangan sesekali apply Google Adsense dengan blog Bahasa Malaysia.

7. Bahasa Rojak atau bercampur campur. Jangan apply Google Adsense dengan blog yang tak konsisten bahasanya. Sekejap english, sekejap BM. Anda boleh buat blog anda dalam Bahasa Malaysia selepas anda mendapat akaun adsense.

8. Mengunakan nickname. Jangan sesekali gunakan nickname untuk apply Adsense kerana menyukarkan untuk anda menuntut wang itu nanti.

9. Jangan apply akaun Google Adsense jika anda dah ada akaun Google Adsense.

10. Alamat sama dengan mereka yang pernah kena ban. Contohnya abang anda pernah kena ban dengan Google Adsense. Mereka takkan luluskan kerana alamat yang sama dengan mereka yang telah diblacklist.

Artikel penuh anda boleh ke blog raja adsense. 
http://rajaadsense.com/blog/2009/05/...iluluskan.html

Friday, June 19, 2009

Soal Jawab IT Version 3

Share
Soalan 1
Lesen Kaspersky Tamat
Saya menghadapi masalah berkaitan dengan antivirus saya apabila saya klik pada icon Kaspersky 7, keluar paparan bertulis”Your License Key Is Blacklist. Update are disable. Please Contact Your Dealer or Local Support Service”. Tetapi lesen antivirus saya belum lagi tamat kerana tarikh tamat pada 10/10/2010.
Jawapan:
Mungkin lesen antivirus anda telah disalin oleh orang lain dan pihak pengeluar telah blacklist lessen tersebut. Anda boleh hubungi wakil pengeluar antivirus tersebut di support@kaspersky.com.my. Tetapi jika anda memang gunakan lesen pirate jangan mengada-ngada hubungi mereka.Huhu. Ada cara lain untuk menyelesaikan masalah kaspersky pirate yang anda guna.
Soalan 2
Format Windows XP
Bagaimanakah cara untuk Format Windows XP dengan betul dan apakah langkah-langkah yang diperlukan sebelum dan selepas saya format Windows tersebut?
Jawapan:
Sekiranya anda pengguna baru dan ingin belajar mengenai cara untuk format komputer dengan platform Windows XP dengan mudah, anda boleh download E-book Cara Untuk Format Windows XP – Langkah Demi Langkah yang saya sediakan berserta dengan gambar di tulis dalam Bahasa Melayu di www.setupwindowsxp.blogspot.com.
Soalan 3
PC Hang
PC saya akan hang bila saya buka fail video tak kira gunakan apa jua software contohnya window media player, real player, winamp atau cyberlink power dvd. Adakah ia disebabkan oleh virus atau sistem saya rosak?
Jawapan:
Selalunya ia menandakan ada kerosakan pada windows dan ia akan menggangu komposisi video dalam windows. Cuba install semula windows.
Soalan 4
Trojan
PC saya selalu hang bila saya melayari internet. Antivirus kesan ada Trojan dalam PC saya tapi saya sudah scan banyak kali tapi tidak boleh di buang. Bagaimana cara untuk buang Trojan tersebut?
Jawapan:
Hang mungkin disebabkan oleh Trojan tersebut beroperasi semasa anda menggunakan PC. Kenalpasti jenis Trojan itu menggunakan antivirus dan jika tidak dapat di buang, cari remover menerusi google.
Soalan 5
Masalah WGA Windows XP
Saya ada problem dengan Windows XP SP2.Keluar mesej “you may be a victim of software counterfeiting. This copy of Windows did not pass genuine windows validation” di PC saya. Bagaimana untuk selesaikan masalah ini?
Jawapan:
Ini berlaku kerana anda telah install update daripada Microsoft (KB905474) yang akan membuatkan WGA(Windows Genuine Advantage). WGA ini juga boleh memadamkan PC anda. Anda boleh gunakan software Anti Genuine Advantage di blog ini untuk remove WGA tersebut.
Soalan 6
Masalah Monitor
Saya ada problem dengan monitor bila hidupkan PC, monitor masih gelap tetapi lampu monitor menyala. Apakah sebenarnya problem dengan monitor saya itu?
Jawapan:
Biasanya jika masalah monitor selalunya berkaitan dengan kabel monitor, tiub monitor, kad grafik dan monitor sendiri yang rosak. Anda boleh cuba ganti monitor lain ke PC anda. Jika OK, mungkin kad grafik ataupun motherboard anda yang rosak.


Thursday, June 18, 2009

Mengenali Phishing

Share

Phishing

Apakah Phishing?


Adakah anda tahu apa itu Phishing? Phishing ialah sejenis jenayah siber yang dilakukan oleh orang yang tak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat peribadi terutama sekali maklumat perbankan.

Phishing selalunya di jalankan melalui e-mel dan menyuruh anda membuka laman web tertentu yang merbahaya. Laman web tersebut dicipta untuk mencuri data seperti kata laluan dan identity pengguna dan menyebabkan akaun anda berada di bawah kawalan orang lain


Tips mengelakkan Phishing:

1. Anda harus sedar yang pihak bank tidak akan hubungi anda melalui e-mel untuk mendapatkan kata laluan kerana ia terlalu sulit. Jika ada anda padamkan saja.

2. Pastikan laman web yang anda lawati milik institusi perbankan yang sah. Untuk ketahuinya anda lihat di status bar pada browser sekiranya ada ikon mangga kunci, ianya merupakan sambungan yang sah dan selamat.

3. Cara lain untuk pastikan website yang anda kunjungi adalah tepat dengan melihat pada permulaan alamat https://. Ini menunjukkan sambungan selamat. Anda digalakkan untuk menaip semula alamat dan jangan akses melalui hyperlink.

4. Semak akaun bank secara untuk pastikan tidak ada transaksi keluar wang yang tidak sepatutnya pada akaun anda. Jika berlaku, hubungi segera pihak bank.

5. Pasangkan antivirus yang mempunyai teknologi Anti-Phishing bagi mengelakkan kecurian data.


Wednesday, June 17, 2009

Soal Jawab IT Version 2

Share
Soal Jawab IT Version 2

Soalan 1
Benarkah jika penggunaan laptop dengan adapter bersama bateri akan menyebabkan bateri menjadi lemah dan cepat rosak?

Jawapan:
Ya. Sememangnya jika laptop anda jika dipasang bersama bateri dan adapter menyebabkan bateri cepat kong dan mudah rosak. Anda digalakkan cabut bateri sekiranya ingin menggunakan adapter.


Soalan 2
Semasa memuat turun fail, saya akan membiarkan PC saya terpasang semalaman dan kadangkala sehingga 2 hari. Adakah PC saya akan terbakar akibat kepanasan dan berapa lamakah PC boleh bertahan tanpa di tutup?

Jawapan:
Tiada masalah untuk menghidupkan PC selama itu dengan syarat ada aliran udara yang sesuai seperti menggunakan kipas di mana PC itu diletakkan. Pastikan juga rumah atau tempat itu tiada masalah kejutan elektrik kerana ini akan merosakkan PC anda jika ia berlaku.

Soalan 3
Saya baru menggunakan streamyx di rumah. Baru-baru ini PC saya sering menghadapi masalah terputus talian internet secara tiba-tiba. Sebelum terputus talian muncul mesej `Generic Host Process for Win32 Services`


Jawapan:
Masalah ini sering berlaku pada Windows XP services Pack 2 kerana terdapat gangguan di dalam perisian. Microsoft ada menyediakan Hotfix untuk masalah ini dan boleh dapatkannya daripada laman web Microsoft.

Tuesday, June 16, 2009

Punca Jangkitan Malware

Share


Punca Jangkitan Malware

Ancaman Malware(seperti virus,worm,spyware/adware) bukan lagi satu benda yang asing bagi setiap pengguna komputer pada masa kini. Bagi mengelakkannya menyerang, setiap PC hendaklah dilengkapi dengan antivirus yang berkesan dan selalu di update.

Tetapi, walaupun mempunyai antivirus terbaik sekalipun dan kerapkali di update, Malware boleh terlepas tanpa kita sedari disebabkan kecuaian diri sendiri.
Antara punca jangkitan Malware seperti:

Bahan Berunsur Porno ataupun Lucah
Kepada penggemar bahan lucah anda terdedah kepada jangkitan Malware. Tetapi walaupun anda tidak melayari laman web berunsur lucah, kemungkinan jangkitan boleh berlaku kerana muncul iklan dan pop-up dan kita terklik tanpa disedari.

Movie dan Muzik Haram(MP3)
Kerapkali laman web yang menyediakan perkhidmatan memuat turun lagu ataupun video memaksa anda memasang perisian tertentu sebelum anda boleh memuat turun dari laman web mereka.

Perisian Cetak Rompak
Kepada penggemar perisian cetak rompak, anda mesti berhati-hati jika menggunakan keygen ataupun cracks. Sesetengah keygen dan cracks boleh berfungsi tetapi disertai dengan Malware yang berupaya mengeksploitasi PC anda.

Perisian Peer-to-Peer(P2P)
Risiko anda dijangkiti Malware amat luas sekiranya anda gemar menggunakan perisian P2P seperti Ares dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, P2Pmerupakan punca utama jangkitan Malware.

Iklan Internet
Iklan boleh terpapar pada sebarang laman web. Tetapi gangguan iklan boleh disekat sekiranya anda menggunakan perisian Mozilla Firefox ataupun Google Chrome yang dilengkapi dengan penyekat iklan.

Jangkitan Melalui E-Mel
Kebanyakkan Malware biasanya merebak melalui e-mel. Bagi anda yang selalu menggunakan e-mel, anda dinasihatkan jangan membuka e-mel sekiranya anda tidak ketahui dari mana punca e-mel tersebut datang.


Saturday, June 13, 2009

Internet Download Manager 5.17 Build 5

Share


Internet Download Manager 5.17 Build 5

Kepada anda yang selalu mendownload ini merupakan software terbaik untuk anda.Kelajuan mendownload mencecah 500% melebihi daripada download biasa bergantung kepada kelajuan internet anda. Saya menggalakkan anda menggunakan software ini kerana ia merupakan software terbaik sekali untuk kaki download.


Download Internet Download Manager v5.17 Build 5 Mediafire




Typing Master Pro

Share

Kepada sesiapa yang nak belajar menaip laju-laju, software Typing Master Pro ini disediakan untuk anda. Kita  akan lebih cekap untuk menaip bila selalu membuat latihan. Selamat Belajar.:-)


Download Typing Master Pro



Friday, June 12, 2009

Vortex 3G Red Edition Themes

Share

Vortex 3G Red Edition Themes

Ini merupakan tema bagi Vortex 3G Red Edition. Anda boleh menukar kepada tema asal komputer anda dengan mudah walaupun selepas menggunakan tema ini.

Cara install:

Lepas download gunakan winrar untuk extract file Vortex 3G Red Edition

Kemudian cari file yang bernama Vortex 3G(Windows VIsual Style File)

Double klik > Apply > OK


Download Vortex 3G Red Edition Themes Mediafire


Thursday, June 11, 2009

Produk baru Acer Lebih Hebat

Share


Produk baru Acer Lebih Hebat
JANGKA hayat bateri yang tidak bertahan lama sering menjadi masalah kepada pengguna laptop namun Acer menerusi segmen Timeline berjaya memberikan pelayaran perkomputeran lebih lama.

Kini, pengguna boleh menggunakan Acer Aspire Timeline 3810T-942G50 sehingga lapan jam dengan sekali cas.

Tempoh melayari Internet serta hiburan lebih lama itu dibantu pemprosesan rendah voltan menerusi teknologi Intel Centrino2 selain memaparkan reka bentuk senipis satu inci.

Bersesuaian dengan konsep laptop itu sendiri, Aspire Timeline dilengkapi teknologi penyejukan Intel Laminar Wall Jet yang tidak memanaskan paha anda sekiranya diletakkan untuk tempoh lama.

Selain itu, Acer memperkenalkan unit pemprosesan komputer (CPU) lebih kecil berbanding peranti tradisional yang mampu menjimatkan 70 peratus tenaga.

AspireRevo adalah revolusi 'nettop' dengan penggunaan platform Intel Atom 230 serta pemproses grafik NVIDIA ION yang tidak berkompromi dengan hiburan multimedia.

Peranti ini mampu dilekatkan di belakang monitor atau mana-mana TV LCD untuk memberi keupayaan semua-dalam-satu dalam dunia perkomputeran.

SPESIFIKASI
PRODUK: Acer Aspire Timeline 3810T-942G50
HARGA: RM3,299
CPU: Intel Centrino 2 Duo SU9400
PAPARAN: 13.3 inci HD 1366 x 768 piksel
GRAFIK: Intel GS45
MEMORI: 2GB DDR3 RAM
SETORAN: 500GB
AUDIO: Dolby Sound Room
SAMBUNGAN: slot kad memori 5-dalam-1, 3 x USB 2.0, HDMI
DIMENSI: 322 x 228 x 23.4/28.9mm
BERAT: 1.6kg


PRODUK: Acer AspireRevo
HARGA: RM1,399
PEMPROSESAN: Intel Atom N230
SISTEM OPERASI: Windows Vista Home Premium
SET CIP: NVIDIA ION
RAM: 2GB DDR2 / 160GB SATA HDD
SAMBUNGAN: 802.11 b/g/draft WiFi, slot memori kad, 6 x USB 2.0
DIMENSI: 180 x 180 x 30mm

Sumber: Harian Metro.com.my

Jason Mraz - I`m Yours(Video Clip)

Share
 



Lady Gaga - Just Dance(Video Clip)

Share

Source : Promo Only
Codec : x264
Duration : 4:06
Resolution : 608×352




Sunday, June 7, 2009

Avril Lavigne - The Softer Inside(2009)

Share


Kepada Penggemar Lagu Avril Lavigne, Jom Download Album Terbarunya Untuk Tahun 2009

Avril Lavigne - The Softer Inside



Saturday, June 6, 2009

Melajukan Start Menu Untuk Windows XP

Share


Melajukan Start Menu Untuk Windows XP

Pada kali ini saya akan mengajar anda cara untuk Melajukan Menu pada Windows XP. Bagaimanakah caranya? Ok,mula-mula anda klik menu di bahagian taskbar anda, anda klik all programs dan gerakkan mouse ke atas dan ke bawah. Anda boleh rasakan yang program tersebut lambat untuk keluar.

Sekarang mari kita ubah dan buatkannya supaya menjadi lebih cepat dan anda akan rasa perbezaannya.


Mula-mula anda klik Menu>Run

Kemudian tuliskan perkataan regedit di dalam kotak run. Selepas itu akan muncul paparan seperti di bawah:





Anda double klik pada HKEY_CURRENT_USER dan akan muncul paparan seperti di bawah:




Kemudian anda klik sekali pada Control Panel > Desktop dan akan muncul paparan seperti di bawah:



Kemudian anda cari di sebelah kiri tersebut "MenuShowDelay" dan anda double klik. Akan muncul paparan seperti di bawah:



Anda setkan pada Value Data kepada 4. Kebiasaannya sebelum ini di setkan kepada 400. Klik OK dan restart PC anda.

Kemudian anda cuba lagi sekali pergi ke Menu, kemudian All programs dan gerakkan mouse ke atas dank e bawah. Adakah ada perubahan?:-). Jika ada, anda berikan komen di bawah..Kini anda berjaya melajukan menu anda. Sekian.




Friday, June 5, 2009

MSI X Slim Paling Slim Dan Ringan

Share
MSI X Slim Paling Slim Dan Ringan


Teknologi terkini menjadikan komputer buku semakin nipis bagi memudahkan pengguna menyimpan dan membawanya ke mana-mana.
Terkini, MSI telah mengeluarkan komputer buku nipis dalam rangkaian MSI X Slim iaitu X320, X340, X400 dan x600.
Tidak hanya komputer buku, MSI juga menghasilkan komputer meja yang sesuai bagi kegunaan peribadi di rumah serta pejabat dengan desktop skrin sentuh Wind Top AE1900 All-in-One.
Semasa dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna (CES 2009), MSI X Slim X340 telah dianugerahkan gelaran 'Komputer Buku 13 inci Paling Ringan dan Nipis'.
Mempunyai ketebalan 6 milimeter (mm) dan lebar 19.8 mm dan berat hanya 1.3 kilogram (kg) dengan bateri, menjadikan X Slim X340 gajet bergaya.
Pengarah Pemasaran Komputer Buku MSI, Sam Chern berkata, pihaknya amat komited menghasilkan produk terbaik seperti rangkaian komputer riba X Slim dan desktop Wind Top AE1900 seperti yang dijanjikan.
"Produk ini menunjukkan komitmen MSI dalam menghasilkan produk terbaik untuk meningkatkan minat gaya hidup pengguna digital dalam pakej yang mampu dimiliki selain bergaya," katanya.
MSI X Slim X400 menampilkan skrin LED 14.1 inci bagi pengalaman hiburan hebat sementara X600 dilengkapi dengan skrin LED 15.6 inci.
Ditambah dengan ATi Mobility Radeon HD 4330 dengan 512MB VRAM, X600 memberikan persembahan grafik terbaik dalam kelasnya, semuanya nipis, bergaya dalam pakej mampu miliknya.
Selain itu, MSI merupakan produk mesra alam yang menggunakan kuasa terendah dalam operasinya.
MSI juga mengumumkan perkhidmatan terkini hotline untuk pengguna negara ini iaitu 1-300-22-1986 bagi sokongan pengguna.
Empat angka terakhir dipilih menunjukkan tahun MSI ditubuhkan dan selama 23 tahun MSI mendapat keyakinan dan pengiktirafan pengguna.
Rangkaian komputer riba MSI X Slim boleh didapati dalam pilihan warna perak, putih dan hitam.
MSI X320, X340, X400 dan X600 boleh didapati pada harga runcit RM2,699, RM3,699, RM2,799 dan RM3,099.
MSI Wind Top AE1900 pula pada harga 2,099 dan semuanya telah berada di pasaran.
Sumber: www.utusan.com.my



99 Windows XP Run Command

Share


99 Windows XP Run Command

Langkahnya anda masuk ke
Start Menu > Run dan masukkan command di sebelah kanan di bawah.

Application = Command
Accessibility Controls = access.cpl
Add Hardware Wizard = hdwwiz.cpl
Add/Remove Programs = appwiz.cpl
Administrative Tools = control admintools
Automatic Updates = wuaucpl.cpl
Bluetooth Transfer Wizard = fsquirt
Calculator = calc
Certificate Manager = certmgr.msc
Character Map = charmap
Check Disk Utility = chkdsk
Clipboard Viewer = clipbrd
Command Prompt = cmd
Component Services = dcomcnfg
Computer Management = compmgmt.msc
Date and Time Properties = timedate.cpl
DDE Shares = ddeshare
Device Manager = devmgmt.msc
Direct X Control Panel (If Installed)* = directx.cpl
Direct X Troubleshooter = dxdiag
Disk Cleanup Utility = cleanmgr
Disk Defragment = dfrg.msc
Disk Management = diskmgmt.msc
Disk Partition Manager = diskpart
Display Properties = control desktop/desk.cpl
Dr.Watson SystemTroubleshootingUtility = drwtsn32
Driver Verifier Utility = verifier
Event Viewer = eventvwr.msc
File Signature Verification Tool = sigverif
Findfast = findfast.cpl
Folders Properties = control folders
Fonts = control fonts
Fonts Folder = fonts
Free Cell Card Game = freecell
Game Controllers = joy.cpl
Group Policy Editor (XP Prof) = gpedit.msc
Hearts Card Game = mshearts
Iexpress Wizard = iexpress
Indexing Service = ciadv.msc
Internet Properties = inetcpl.cpl
IP Configuration = ipconfig
Java Control Panel (If Installed) = jpicpl32.cpl
Java App Cache Viewer (If Installed) = javaws
Keyboard Properties = control keyboard
Local Security Settings = secpol.msc
Local Users and Groups = lusrmgr.msc
Logs You Out Of Windows = logoff
Microsoft Chat = winchat
Minesweeper Game = winmine
Mouse Properties = control mouse
Mouse Properties = main.cpl
Network Connections = control netconnections
Network Connections = ncpa.cpl
Network Setup Wizard = netsetup.cpl
Notepad = notepad
Nview Desktop Manager (If Installed) = nvtuicpl.cpl
Object Packager = packager
ODBC Data Source Administrator = odbccp32.cpl
On Screen Keyboard = osk
Opens AC3 Filter (If Installed) = ac3filter.cpl
Password Properties = password.cpl
Performance Monitor = perfmon.msc
Performance Monitor = perfmon
Phone and Modem Options = telephon.cpl
Power Configuration = powercfg.cpl
Printers and Faxes = control printers
Printers Folder = printers
Private Character Editor = eudcedit
Quicktime (If Installed) = QuickTime.cpl
Regional Settings = intl.cpl
Registry Editor = regedit
Registry Editor = regedit32
Remote Desktop = mstsc
Removable Storage = ntmsmgr.msc
Removable Storage Operator Requests = ntmsoprq.msc
Resultant Set of Policy (XP Prof) = rsop.msc
Scanners and Cameras = sticpl.cpl
Scheduled Tasks = control schedtasks
Security Center = wscui.cpl
Services = services.msc
Shared Folders = fsmgmt.msc
Shuts Down Windows = shutdown
Sounds and Audio = mmsys.cpl
Spider Solitare Card Game = spider
SQL Client Configuration = cliconfg
System Configuration Editor = sysedit
System Configuration Utility = msconfig
System File Checker Utility = sfc
System Properties = sysdm.cpl
Task Manager = taskmgr
Telnet Client = telnet
User Account Management = nusrmgr.cpl
Utility Manager = utilman
Windows Firewall = firewall.cpl
Windows Magnifier = magnify
Windows Management Infrastructure = wmimgmt.msc
Windows System Security Tool = syskey
Windows Update Launches = wupdmgr
Windows XP Tour Wizard = tourstart
Wordpad = write




Thursday, June 4, 2009

Cara Mendapat Tempat Di Search Engine

Share

Cara Mendapat Tempat Di Search Engine

1. Isi yang original

Untuk mendapat tempat di search engine seperti di google, anda mestilah menggunakan isi yang original bukannya copy paste daripada website orang lain dan letakkan sebijik di website anda. Anda boleh ambil dari website ataupun blog orang lain, tetapi jangan ambil sepenuhnya. Anda ambil isi-isi penting dan buatlah ulasan mengenai isi tersebut. Ini kerana google tidak suka website ataupun blog yang menyerupai orang lain.


2. Menggunakan Keyword Yang Sesuai Dengan Isi Blog

Keyword yang sesuai merupakan aspek yang paling penting untuk mendapat tempat di search engine. Ini kerana keyword melambangkan isi kandungan blog anda. Keyword yang sesuai haruslah diambil kira kerana kita membuat kajian berdasarkan permintaan atau pencarian pelawat di search engine. Maksudnya kita cuba fikirkan apakah perkataan yang mungkin orang cari di seach engine. Contohnya seperti Cara Untuk Format Windows XP. Jadi, jika kita memilih keyword tersebut, isi kandungannya mestilah berkaitan dengan keyword iaitu Cara Untuk Format Windows XP. Janganlah dalam isi kandungan anda membuat ulasan mengenai cara membuat kek.

3. Jangan kerap Menukar Template

Jika anda mahukan yang terbaik di search engine, anda dilarang dengan kerap menukar template blog anda. Ini kerana template anda melambangkan identity anda. Maksudnya jika anda kerap mengubah, pelawat akan keliru dengan blog anda. Begitu juga dengan search engine.

4. Pastikan URL anda Di Link Oleh Banyak Website ataupun Blog Orang Lain

Semakin banyak link anda berada di website ataupun blog orang lain, maka semakin baik search engine menilai blog anda. Jika link anda berada pada website yang mendapat page rank yang tinggi, ini merupakan satu kelebihan untuk blog anda.

5. Kurangkan Broken Link

Broken Link ataupun link yang rosak amat tidak di sukai oleh search engine. Apa yang di maksudkan dengan link rosak ialah apabila satu link di link ke satu tempat tetapi tidak terdapat halaman tersebut. Jadi, pastikan link yang rosak di kurangkan atau di elakkan terus. Anda hendaklah kerap membuat pemeriksaan bagi mengganti link tersebut.

6. Selalu Perbaharui Post Anda

Search engine sukakan maklumat terbaru dan fresh daripada blog anda. Anda di galakkan membuat post terbaru yang berkualiti dan menepati dengan keyword blog anda.

Terdapat banyak lagi cara untuk anda mendapat tempat tempat di search engine, ini merupakan sebahagian sahaja daripada caranya. Jika anda mahukan blog anda tersenarai di rangking atas google, ikutlah cara yang di berikan.

Wednesday, June 3, 2009

Submit Blog Ke Search Engine

Share


Submit Blog Ke Search Engine

Submit URL website ataupun blog anda ke website di bawah:

Google : http://www.google.com/addurl.html
Yahoo : http://search.yahoo.com/info/submit.html
Altavista : http://www.altavista.com/addurl
DMOZ : http://www.dmoz.org/add.html
Alexa : http://www.alexa.com/support/get_archive.html
MSN : http://search.msn.com/docs/submit.aspx

Setelah anda submit URL website ataupun blog anda ke halaman di atas, tunggulah dengan penuh sabar kerana website ataupun blog anda akan terindeks dalam masa 24 jam, jika tidak bertuah mungkin akan mengambil masa yang agak lama.

Untuk mempercepatkan URL anda di indeks ke search engine anda mestilah mengikut peraturan - peraturan yang telah disediakan. Artikel seterusnya akan saya ceritakan apakah peraturan yang perlu anda patuhi..




Tuesday, June 2, 2009

Sifu & Tongga 2009

Share
Sifu & Tongga 2009
 


Panggilan Percuma Menerusi Wi-Fi Di Handphone

Share

Panggilan Percuma Menerusi Wi-Fi di Handphone Anda

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web wifimobile

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Sumber :
Harian Metro.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive