Friday, July 31, 2009

Kalkulator Tarikh Lahir

Share


Kalkulator Tarikh Lahir

Anda tahu dah berapa lama anda hidup dari mula-mula anda lahir hingga ke hari ini semasa anda tengah baca blog ni? Tak tau? Kalau tak tau try download kalkulator tarikh lahir ni..Cuma masukkan tarikh lahir anda dan klik ok. Anda juga boleh tengok bila anda lahir dalam kalendar Islam.


Thursday, July 30, 2009

Laman Sosial Malaysia YouthCiti

Share

Laman Sosial Malaysia YouthCiti


Kini banyak portal rangkaian sosial daripada luar negara yang menjadi kegilaan penduduk di seluruh dunia seperti Facebook.

Bagaimanapun, usaha sekumpulan mahasiswa Universiti Utara Malaysia daripada Student in Free Enterprise (SIFE) - satu pertubuhan bukan kerajaan yang tidak berorientasikan keuntungan membina portal rangkaian sosial dalam talian memang menarik.

Ketua Eksekutif JARING Communications, Dr. Mohamed Awang Lah berkata, portal www.youthciti.com direka khas bagi menyediakan platform remaja sebelum ke dunia luar yang lebih mencabar.

"Pihak JARING memainkan dua peranan penting dalam membantu membangunkan portal youthciti dengan membantu mengembangkan program itu ke seluruh dunia.

"JARING mempunyai pusat data dengan lebar jalur bagi membantu youthciti berkembang dan popular seperti portal rangkaian sosial lain," katanya semasa majlis pelancaran youthciti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mohamed menambah, satu lagi peranan JARING adalah memastikan trafik IT dari dalam dan luar negara dapat diseimbangkan.

Sekarang banyak kandungan daripada laman rangkaian sosial luar negara mungkin dihantar dari negara ini tetapi rakyat akan memuat turun daripada pelayan yang terdapat di luar negara.

Ini merupakan kali kedua JARING menjalinkan kerjasama dengan UUM.

Pengarah Urusan MyPath, Jenna Loh berkata, portal youthciti dibina khusus untuk pelajar universiti sebagai satu 'jambatan' sebelum memasuki alam pekerjaan.

Menggunakan tagline learn, share and connect, portal youthciti bagi memudahkan pelajar memasuki pasaran kerja.

MyPath merupakan Hub Pembangunan Kerjaya yang berurusan dengan belia, syarikat dan dunia akademik bagi mencari bakat, membangunkan potensi, memadankan bakat yang sesuai dan menghubungkan belia dengan komuniti kerjaya.

Manakala Presiden SIFE UUM, Lee Wai Yan berkata, SIFE mula dilancarkan pada 4 Mac tahun ini dan menjalinkan kerjasama dengan MyPath dan JARING bagi membangunkan portal youthciti.

"Portal ini diharap dalam memikat golongan pelajar kerana ia merupakan platform atas talian bagi mereka bertukar idea, menjengah peluang pekerjaan, membina perniagaan sendiri dan berbual dengan sahabat daripada pelbagai IPT," katanya.

Beliau menambah youthciti hasil idea pelajar, mendapatkan kandungan daripada pelajar sendiri untuk pelajar itu sendiri.

"Dalam masa enam bulan kami mensasarkan 5,000 orang ahli dari seluruh negara dan keahlian terbuka kepada mahasiswa di seluruh dunia.

"Kami akan terus memberikan yang terbaik kepada mahasiswa yang melayari youthciti," katanya.

Pelajar yang menjadi ahli portal berkenaan secara percuma boleh mendapatkan pelbagai maklumat di MyVideo, MyBlog, MyCareer, MyChallenge, My Community, MyForum, MyEvent, MyBiz.

Selain itu youthciti juga memberikan kemudahan ruang bual siber serta enjin pencarian google.

Bagi meninjau youthciti, pelajar boleh melayari laman web www.youthciti.com

Sumber: www.utusan.com.my

Tuesday, July 28, 2009

Cara Untuk Membuka Akaun Maybank2u

Share

Cara Untuk Membuka Akaun Maybank2u

Untuk pemegang ATM/Credit Card Maybank

1. Pergi ke mana-mana ATM Maybank.

2. Pilih Maybank2u Services di menu utama.

3. Pilih Maybank2u Application.

4. Masukkan 6-digit Maybank2u.com Personal Identification Number(PIN) anda.

5. Masukkan PIN yang sama sekali lagi untuk tujuan pengesahan. Untuk tujuan keselamatan, PIN anda tidak akan di cetak di atas resit.

Cara untuk Login

1. Akses ke www.maybank2u.com.my

2. Pilih First Time Login.

3. Fahami Syarat dan Terma dan klik di butang Accept di akhir dokumen.

4. Halaman Welcome akan muncul. Jika halaman ini tidak muncul, berkemungkinan browser anda perlu di upgrade.

5. Di ruangan Access Number, sila masukkan nombor akses ATM/Credit Card anda. Masukkan 6-digit Maybank2u.com PIN yang telah anda pilih dan klik Activate.

6. Halaman Login baru akan muncul. Pilih username dan password anda. Sila guna username dan password ini untuk kegunaan akses Maybank2u.com anda.

Monday, July 27, 2009

Vista Drive Indicator

Share

Vista Drive Indicator

Ingin jadikan Drive Icon Windows XP anda kelihatan seperti Windows Vista seperti gambar di atas? Lihat Windows XP, Entertainment dan Utilities menjadi seperti di Windows Vista.

Ingin jadikan Windows XP anda seperti ini? Download software
Vista Drive Indicator di bawah. Tanpa menggunakan banyak memori dan menjadikan PC anda lebih menawan.:-)



Download Vista Drive Indicator Mediafire



Sunday, July 26, 2009

Perlindungan Optimum untuk Perniagaan Kecil

Share

Perlindungan Optimum untuk Perniagaan Kecil

Symantec memperkenalkan Symantec Endpoint Protection Small Business Edition, yang direka untuk memberikan perlindungan tiada tandingan dengan konfigurasi minimum.


Dengan menawarkan perlindungan di peringkat syarikat kepada perniagaan kecil, Symantec Endpoint Protection Small Business Edition membolehkan pelanggan memasang dan menggunakan dan yakin aset mereka dilindungi.

Direka untuk pelanggan yang memiliki perniagaan kecil yang mahukan perlindungan komprehensif yang mudah untuk dipasang, dihantar dan diuruskan.

Penyelesaian berkenaan menawarkan peralatan yang dibina secara dalaman seperti wizard pemasangan pelanggan dan antara muka pengguna yang diselaraskan memudahkan penghantaran dan mengurangkan tahap kepakaran.

Selain itu, terdapat makluman pra-konfigurasi, perlindungan lalai Symantec yang disyorkan dan laporan keselamatan secara automatik yang menjimatkan masa dan kos.

Pengarah Kanan, Kejuruteraan Sistem, Geografi Asia Pasifik dan Jepun, Symantec, Alvin Ow berkata, memandangkan jumlah dan kecanggihan virus berasaskan Web dan kod berniat jahat terus meningkat, perniagaan kecil perlu dilindungi dengan kaedah yang lebih baik.

"Dengan memberi keutamaan kepada prestasi optimum dan kos rendah, kami menawarkan perniagaan kecil tahap perlindungan bertaraf global," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut ujian yang dilakukan oleh The Tolly Group baru-baru ini, yang membandingkan tujuh penyelesaian perlindungan peringkat akhir untuk perniagaan kecil, telah menunjukkan prestasi terbaik termasuk waktu terpantas dan impak paling rendah ketika menggunakan dokumen Microsoft Office tempatan.

Penyelesaian berkenaan juga memerlukan masa kurang dari 20 minit untuk dipasang.

Ujian pihak ketiga menarafkan Symantec sebagai mempunyai teknologi paling berkesan yang konsisten untuk menangkap dan menghentikan malware.

Symantec telah mengenalpasti sebahagian daripada sumber data ancaman Internet yang komprehensif di dunia melalui Symantec Global Intelligence Network.

Jaringan ini merakamkan data risikan keselamatan sedunia yang memberikan penganalisis Symantec sumber data pelbagai bagi membolehkan mereka mengenalpasti, menganalisis, memberikan perlindungan, menyediakan komentar bermaklumat mengenai trend baru berhubungan serangan, aktiviti kod berniat jahat, phishing dan spam.

Ia dijual pada harga yang kompetitif sama ada untuk pengguna baru atau pelanggan sedia ada.

Symantec Endpoint Protection Small Business Edition ditawarkan sebagai sebahagian Symantec Protection Suite Small Business Edition.

Penyelesaian ini boleh didapati melalui jaringan Symantec di seluruh dunia atau layari laman
www.symantec.com/partners/index.jsp

Sumber: www.utusan.com.my

Saturday, July 25, 2009

Cara Mengembalikan Hidden File

Share

Cara Mengembalikan Hidden File

Tutorial kali ini akan menerangkan bagaimana cara untuk reset balik fail yang telah dihiddenkan oleh virus untuk kembali seperti asal.

Pertama sekali buka My Computer, kemudian klik Tools> Folder Options> View> Pilih show hidden file and folder> buang tanda pada Hide protected operating system files (Recommended)> Apply> OK

Kemudian semua folder dan fail yang telah dihiddenkan oleh virus akan muncul tapi masih lagi dalam hidden mode. Untuk defaultkan balik ikut langkah seterusnya.

Double klik iReset software



Bawa fail yang hidden tadi ke bahagian “DROP HERE”. Kemudian tekan butang RESET


Download iReset 1.1 Mediafire

Friday, July 24, 2009

Tukar Nama Imej Cara Mudah

Share
Tukar Nama Imej Cara Mudah


Menamakan semula nama imej mengikut kandungan satu persatu akan mengambil masa dan remeh, namun kita sebenarnya boleh menamakan sekumpulan imej dengan nama yang sama secara serentak dengan lebih mudah.

Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:

1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

- Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

- Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

- Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan, kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

Sumber: www.hmetro.com.my

Thursday, July 23, 2009

Chrome Sistem Operasi Web

Share
Chrome Sistem Operasi Web

Persaingan sengit antara Windows dan Google dalam menghasilkan terhasillah Chrome.

KURANG daripada setahun Google memperkenalkan aplikasi pelayar Internet Chrome, kini mereka mengumumkan projek terbaru. Sistem Operasi Chrome merupakan kesinambungan kepada projek pelayar web mereka yang telah digunakan oleh lebih daripada 30 juta pengguna di seluruh dunia.

Google Chrome direka khusus untuk mereka yang banyak bergantung kepada Internet, menghabiskan masa dengan mencari maklumat, berhubung menerusi e-mel, bersosial melalui rangkaian sosial seperti Facebook, mendapatkan berita terkini atau membeli-belah secara talian.

Pengguna komputer riba

Sistem operasi yang menjadi nadi kepada pelayar Internet direka lebih awal ketika era sebelum kewujudan laman web. Bertitik-tolak dari situ, Google mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah sistem operasi yang mampu menjadi penyambung kepada Google Chrome - satu langkah untuk memperhalusi rekabentuk sesebuah sistem operasi.

Sistem operasi Chrome merupakan sistem operasi sumber terbuka dan bersifat ringan. Ia disasarkan kepada pengguna komputer riba netbook. Sistem operasi itu dijangka bakal menemui pengguna sekitar pertengahan tahun 2010.

Pantas, selamat dan mudah merupakan tiga kunci utama dalam membangunkan sistem operasi Chrome. Komputer yang lengkap dengan sistem operasi ini dijangka mampu dihidupkan dalam masa yang singkat dan pengguna mempunyai akses pantas ke Internet, semua ini dalam masa beberapa saat sahaja.

Paparan antaramuka pengguna (GUI) dijangka tidak diberikan penekanan, sebaliknya dibangunkan pada kadar yang minimum bagi memendekkan masa booting atau tempoh yang diambil untuk sesebuah sistem operasi untuk dihidupkan. Pengalaman berbeza menggunakan Chrome berbanding sistem operasi lain dijangka akan dapat dirasai pengguna ketika melayari web.

Sistem kernel

Sistem operasi itu dijangka akan mengekalkan ciri asas dengan reka bentuk sekuriti sistem operasi akan dirombak semula bagi mengelakkan pengguna daripada ancaman seperti virus dan malware yang menjadi masalah utama sebuah sistem operasi.

Google Chrome dijangka boleh digunakan pada platform x86 (Intel) dan juga cip ARM. Google juga kini sedang berbincang dengan pengeluar komputer netbook untuk mengeluarkan produk yang menggunakan sistem operasi ini tahun hadapan.

Sistem operasi Google itu dibangunkan berasaskan kernel sistem operasi sumber terbuka Linux. Dari sudut aplikasi, web merupakan platformnya. Kesemua aplikasi berasaskan web akan beroperasi secara automatik dan aplikasi baru boleh ditulis menggunakan teknologi web pilihan pengguna.

Apa yang pasti, aplikasi yang dibangunkan berasaskan web ini bukan hanya boleh dijalankan pada Chrome, tetapi juga pada pelayar web seperti Linux, Mac dan Windows, sekali gus memberikan pembangun perisian asas pengguna terbesar pada mana-mana platform.

Pantas

Pembangunan Chrome itu merupakan hasil kajian dan soal selidik yang dijalankan sebelum ini. Rata-rata pengguna mahukan suasana pengkomputeran yang lebih baik dari yang sedia ada. Mereka mahukan e-mel diakses dengan mudah dan pantas, tanpa perlu menghabiskan masa untuk menghidupkan komputer atau pelayar web dilancarkan.

Pengguna juga mahukan sebuah komputer yang sentiasa pantas, sepantas hari pertama ia dimiliki. Selain itu, mereka juga mahukan kebebasan dan fleksibiliti dalam mengakses data. Menurut hasil kajian, pengguna mahu mengakses data tanpa perlu memikirkan risiko kehilangan data apabila komputer hilang, rosak atau terlupa membuat salinan data.

Setelah memahami kesemua kehendak pengguna ini, Google mengambil keputusan untuk mengatasi permasalahan pengguna dengan memperkenalkan Chrome. Namun apa yang pasti, 'raja' sistem operasi - Windows tidak akan berdiam diri dengan keputusan pembangun enjin carian ini. Mereka yang tidak pernah kering idea tentunya akan terus berusaha memastikan mahkota mereka tidak dirampas dengan mudah oleh Chrome.

Tuesday, July 21, 2009

Malaysian Radio! V3

Share


Malaysian Radio! V3


Jom berhibur dengan lagu-lagu di radio dengan menggunakan PC anda. Dengar melalui internet streaming dipermudahkan lagi dengan menggunakan software Malaysian Radio! V3 ini. Nikmati musik hebat di radio pilihan anda seperti HotFM,SinarFM,MuzikFM,X-FreshFM,Era.FM dan lain-lain lagi.

Download Malaysian Radio! v3 Mediafire

Monday, July 20, 2009

Vista Heart Bubble Screensaver for XP

Share


Vista Heart Bubble Screensaver for XP


Kepada anda yang menggunakan Windows XP tetapi inginkan screen saver kelihatan seperti Windows Vista iaitu Vista Heart Bubble seperti gambar di atas anda boleh memuat turun dan ikut langkah seperti di bawah:

1.Buka My Computer > C:Windows > System32

2.Copy dan pastekan Heart Bubble dalam folder system32

3.Pergi ke desktop > klik kanan > Properties > pilih screensaver kemudian cari Heart Bubble dan Apply.

 
Download Vista Heart Bubble Screensaver for XP Mediafire


Malaysia vs Man Utd 2009

Share


Malaysia vs Man Utd 2009

Post kali ni bukan berkaitan komputer tapi tentang pasukan kesayangan saya yang datang ke tanah air dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia..Memang best sangat Man Utd datang..Walaupun seorang penyokong setia pasukan Man Utd,tapi saya tetap memberi sokongan yang x berbelah bagi kepada pasukan negara kita iaitu Malaysia.Game haritu memang menarik. Pasukan negara nampak bermain dengan teratur,kemas,kawalan bola yang cantik dengan permainan pantas.Man Utd seperti biasa main dengan hantaran 1 2 dari kawasan tengah sampai ke kawasan gol pasukan negara tapi disebabkan kekebalan benteng Malaysia menafikan jaringan gol yang lebih banyak.

Pasukan Man Utd nampak keletihan mungkin sebab main petang dalam keadaan cuaca panas 2 3 org nampak seperti kehausan air..Contohnya Anderson..hehe.Bagi Owen yang masuk menggantikan Rooney dalam permainan pertama bersama Man Utd dengan menjaringkan gol pertama untuknya dan gol kemenangan Man Utd menambahkan keyakinan Owen untuk beraksi lebih baik lagi lepas ni.

Pasukan Malaysia diharap dapat bermain dengan permainan yang sama seperti sebelum ini pada malam ini.Seperti yang Amri Yahyah cakap iaitu player yang menjaringkan 2 gol Malaysia Man Utd akan bermain dengan permainan yang lebih baik pada malam ni sebab drg dh tau taktik Malaysia. Malaysia pulak mesti bertahan dengan baik dan main dengan hantaran pantas seperti game pertama.

Pendapat saya game malam ni Malaysia akan banyak bertahan dan Man Utd akan bermain dengan permainan lebih bertenaga walaupun tak sepenuhnya. Diharap pasukan negara akan memberikan saingan sengit kepada Man Utd walaupun pemain negara merupakan pemain muda dan diharap pasukan negara sekarang bakal menjadi pasukan yang digeruni satu masa nanti..:-).Predict game malam ni Malaysia 0
Man Utd 3.

Kepada anda yang terlepas peluang nak tengok highlight Malaysia vs Man Utd boleh tengok kat sini k..







Sunday, July 19, 2009

SRS Audio Sandbox 1.9

Share


SRS Audio Sandbox 1.9

Jom pecahkan speaker anda. Dengan menggunakan software SRS Audio Sandbox ini membuatkan speaker anda berbunyi dengan kuat melebihi daripada biasa. Jika anda menggunakan hanya speaker laptop ataupun PC, cuba try dan alami perubahannya dengan ketara sekali.



Download SRS Audio Sandbox 1.9

Friday, July 17, 2009

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Share

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan


Kepada anda yang masih belajar dan juga kepada yang sedang mencari kerja samada kerja kerajaan ataupun swasta anda semestinya akan dipanggil untuk ditemuduga. Adakah anda sudah bersedia untuk ditemuduga? Sebelum anda hadir ke tempat temuduga anda perlu bersiap sedia dengan soalan-soalan psycho dan juga mesti mematuhi syarat-syarat yang mereka tetapkan. Anda tidak boleh terus ke tempat tersebut tanpa membuat persiapan yang rapi.






Oleh itu E-Book Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini mesti anda miliki kerana ia akan ceritakan secara menyeluruh dari mula proses temuduga sehingga tamat. Sebenarnya ia dihasilkan kepada sesiapa yang berminat untuk kerja kerajaan tetapi tips-tips temuduga ini juga sesuai untuk digunapakai selain dari temuduga kerja kerajaan. Baca sampai habis jika anda ingin ketahui rahsia yang dibongkarkan ini...








Persediaan sebelum hari temuduga



Saya akan bongkarkan apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpa adanya 4 tindakan ini anda pasti kekurangan sesuatu semasa temuduga sekaligus menurunkan kebarangkalian anda lulus temuduga. Percayakah anda jika saya katakan bahawa dengan duduk di depan tv pada jam 8.00 malam, anda telah membuat satu persediaan yang amat penting untuk hari temuduga anda nanti.


Persediaan semasa hari temuduga



Bab ini akan membincangkan apakah persediaan yang perlu anda lakukan semasa hari temuduga sejak dari anda bersiap sedia untuk pergi temuduga, sewaktu tiba di tempat temuduga, semasa temuduga, hinggalah di akhir temuduga. Intipati yang utama di bahagian ini akan membongkarkan berbagai-bagai rahsia yang akan membuatkan panel penemuduga kagum dengan kehebatan anda ketika sesi temuduga kelak. Tahukah anda hanya dengan renungan mata anda, panel penemuduga akan menjadi "cair".


Persediaan selepas hari temuduga



Jika anda percaya bahawa nasib anda ditentukan oleh yang Tuhan, maka anda perlu berdoa kepadaNya agar temuduga anda berjalan lancar dan anda lulus. Tuhan sentiasa membantu mereka yang memohon berkat daripadaNya. Percayalah...Selepas ini, anda akan dimotivasikan supaya semangat dan keinginan anda untuk berjaya akan dipertingkatkan.






Rahsia berpakaian bagi lelaki dan perempuan



Anda bakal mengetahui apakah rahsia sebenar berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Kebanyakan daripada pemakaian lelaki dan perempuan semasa temuduga tidak begitu menepati syarat temuduga. Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.










Anda juga akan di dedahkan dengan ini:








Ebook Kedua - 70 Contoh Skema Lengkap Soalan Dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan



Ebook ini mendedahkan banyak contoh-contoh soalan "real-world" beserta jawapan yang sebenarnya semasa temuduga kerja kerajaan. Anda boleh membaca ebook ini sebelum menghadiri temuduga agar persediaan anda menjadi lebih mantap. Apa yang akan anda dapat dari ebook ini ?






Ebook Ketiga - Koleksi Kisah - Kisah Temuduga Kerja Kerajaan

Kisah kejayaan dalam temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah berjaya bergelar sebagai seorang penjawat awam. Kisah kegagalan dalam temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah gagal bergelar sebagai seorang penjawat awam.

Anda akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan apa yang perlu anda elakkan ketika menghadiri temuduga kerja kerajaan. Anda pasti tidak akan mengulangi kesilapan yang serupa lagi selepas ini. Kisah-kisah ini mampu membuatkan anda memotivasikan diri anda dalam usaha mendapatkan kerja di sektor awam ini.

Ebook keempat - Ebook Strategi Rahsia Bagi Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
Mempelajari dan mengetahui bagaimana strategi (bukan contoh jawapan) bagaimana untuk menjawab soalan - soalan "killer" mengenai jawatan yang dipohon oleh anda.

Contohnya jika anda ditanya sebegini: "Mengapa saya patut berikan awak jawatan ini?". Apakah jawapan anda? Ada teknik untuk menjawabnya...

Mengetahui bagaimana menyediakan jawapan bagi soalan yang akan menguji "communication skill" anda. Soalan-soalan ini sudah tentu merupakan soalan paling sukar untuk dijawab dengan

sempurna kerana soalan seperti ini akan menguji kemampuan, kekreatifan, keyakinan, kebolehkerjasamaan, kematangan dan kebolehan anda.

Mengetahui bagaimana soalan yang menguji cara pengurusan masa dan stress semasa bekerja yang mana ianya amat diperlukan oleh seorang penjawat awam. Walaupun ianya sukar, anda jangan risau! Ebook ini akan membongkarkan jawapannya.

Menjawab soalan yang menguji "Essential Professional Skills" anda yang bermaksud keprofessionalan anda dalam melakukan kerja. Budaya kerja professional amat dititikberatkan dalam sektor awam demi menjaga kredibilitinya. beberapa lagi soalan killer seperti di bawah iaitu soalan - soalan mengenai :

Background anda - kekuatan & kelemahan diri , Kerjaya terakhir anda, soalan khusus bagi mereka yang berada di tahun akhir atau lepasan university mahupun lepasan sekolah, Jabatan atau agensi yang anda minta jawatan tersebut, proses dan usaha pencarian kerja anda dan bermacam-macam lagi...
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive