Saturday, August 29, 2009

Update Avira Cara Manual

Share
Update Avira Cara Manual

Antivirus merupakan benda yang wajib perlu ada dalam PC kerana ia dapat mencegah serangan virus daripada membuat sarang di dalam PC anda. Tetapi anda perlu sentiasa prihatin dengan antivirus yang digunakan kerana anda perlu sentiasa update bagi mengesan virus terkini masuk ke dalam PC.

Kali ini saya akan membuat tutorial bagaimana cara untuk update Avira secara manual jika di rumah anda tiada sambungan internet. Bagi anda pengguna Avira Antivir yang belum tahu cara manual update bolehlah mula belajar pada hari ini k..:-)

Pertama sekali anda perlu pergi ke website Avira sendiri untuk memuat turun a.k.a download update terbaru daripada mereka. Setelah selesai download anda simpan di dalam pendrive.

Kemudian buka PC anda sendiri dan klik pada icon Avira di desktop untuk mula memasukkan update terbaru.



Anda akan lihat di bahagian atas ada file, view, extras, update dan help. Klik pada butang update, kemudian pilih manual update dan pilih lokasi anda simpan update yang telah di download sebelum ini dan klik open.


Tunggu sehingga update selesai loading dan siap..:-)


Nak request tutorial berkaitan PC?Request kat chatbox k..Nanti saya buat:-)



Friday, August 28, 2009

Dah Approved kat Blog Malaysia

Share

BlogMalaysia.com

Blog Malaysia

Dimaklumkan yang blog ini baru je diluluskan dan diterima masuk kat www.blogmalaysia.com..ngee..sukanye..TQ kepada Blog Malaysia sebab sudi approved dalam kategori Computers & IT.Sape nak tengok bolehla ke page 4 kategori Computers & IT k.hehe.


Dear zuar,

Thank you for submitting your blog to BlogMalaysia.com!

We are pleased to inform you that your blog - Sumber Informasi Terkini - has been accepted to BlogMalaysia.com directory!

Here are the details of your blog:

Title: Sumber Informasi Terkini

Blog URL: http://www.zuarxpdc.blogspot.com

Description: Teknologi, Komputer, Internet, Hiburan

Thursday, August 27, 2009

Cara Menukar Logon Screen

Share

Cara Menukar Logon Screen

Anda semestinya bosan jika menggunakan default logon screen ataupun welcome screen yang disediakan oleh Windows XP. Ini kerana logon screen yang disediakan oleh mereka agak tidak menarik dan tidak begitu cantik.

Sekiranya anda ingin menggunakan logon screen pilihan anda sendiri, lebih senang anda menggunakan software TuneUp Utilities version terbaru iaitu version 2009. Ini kerana software ini amat senang digunakan dan sesuai kepada sesiapa yang tidak tahu cara menukarnya secara manual. Kali ini saya akan mengajar anda cara untuk menukar logon screen.

Langkahnya anda perlu install terlebih dahulu software ini dan apabila selesai bolehlah anda mula menukarnya.

Langkah pertama ialah anda buka software TuneUp Utilities 2009 dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.


Kemudian pilih pada bahagian Customize Windows, pilih change user logon. Anda klik pada bahagian add, import logon screen from file, pilih lokasi di mana logon screen anda berada dan klik open. Seterusnya, pilihlah logon screen yang anda mahukan dan klik install, kemudian ok.





Selesai..Senang kan..Lepas ini PC anda akan menjadi lebih menarik dan menawan..:-)

Anda boleh download logon screen di sini..Ada pelbagai jenis logon screen disediakan untuk anda. Kalau nak lebih lagi mintak kat pak cik google k..:-P



Wednesday, August 26, 2009

Cara Meringankan PC Menggunakan Teknik Defragment

Share

Cara Meringankan PC Menggunakan Teknik Defragment


Setiap hari semakin banyak data yang anda simpan, semakin berat dan lembab PC anda. Sama juga seperti kereta, semakin banyak muatan maka semakin berat kereta untuk bergerak. Jadi, anda dinasihatkan untuk selalu menjaga PC anda supaya ia tidak menyusahkan anda di kemudian hari. Pada kali ini saya akan mengajar anda cara untuk meringankan PC menggunakan teknik defragment. Cara-caranya seperti berikut:

Letakkan mouse pada partition, kemudian klik kanan, pilih properties.



Pilih tools, pilih partition yang anda nak defrag contohnya C: klik pada defragment now, kemudian klik analyze, ataupun anda boleh klik terus pada defragment jika keluar popup bertanya yes or no, pilih yes dan tuggu sehingga selesai.


Kemudian ulangi langkah yang sama pada partition yang berlainan sekiranya anda ada lebih dari satu partition.

Anda digalakkan untuk defrag sekurang-kurangnya seminggu sekali:-)



Sunday, August 23, 2009

Tips Melajukan PC

Share
Tips Melajukan PC

Seringkali bila kita menggunakan internet, PC akan menjadi lembab disebabkan oleh terkumpulnya temporary internet files yang banyak. Selain tu  juga History dan juga Cookies yang jarang dibuang juga akan melembabkan PC kita

Untuk mengembalikan prestasi PC ke tahap yang maksimum saya akan tunjukkan bagaimana Tips Melajukan PC dengan membuang segala file yang tidak perlu tersebut.


Langkah pertama ialah anda masuk ke drive C: > pilih folder Windows >  cari folder Prefetch seperti di bawah dan  delete semua benda dalam folder prefetch tersebut.
 



Lepas tu buka Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox, delete Temporary Internet Files, Cookies, History dan sebagainya.  


Tips kat atas tu untuk cara manual...Jom tengok cara yang paling mudah sekali...

1. Untuk lebih memudahkan lagi kerja melajukan PC download killbox di sini.

2. Kemudian buka killbox tersebut dan akan kelihatan seperti di bawah.




3. Pilih Tools > Delete Temp Files dan akan kelihatan seperti gambar di bawah > klik pada Delete Selected Temp Files.

4. Setelah selesai anda klik Exit (Save Setting).





5. Selesai. Laju sikit tak??

Saturday, August 22, 2009

5 Kesalahan Pengguna Komputer

Share


5 Kesalahan Pengguna Komputer


Setelah sehari berpuasa tiba masanya untuk saya buat posting terbaru..Dah lama tak mengarang blog sebab terlalu sibuk. Kali ini artikel berkaitan kesalahan-kesalahan yang seringkali dilakukan oleh pengguna komputer.

Bagi pengguna komputer yang baru biasanya mereka terdedah kepada ancaman virus, spyware, worm dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan USB samada pendrive ataupun external hard disk dan juga internet.

Kebiasaannya komputer kita terdedah kepada ancaman melalui internet samada melalui e-mel ataupun website. Apabila sesebuah komputer itu dijangkiti dan orang lain berkongsi fail dengan komputer yang dijangkiti itu maka virus akan lebih mudah merebak. Terdapat 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer iaitu:


1. Tak Update Antivirus

Sepertimana yang kita semua tahu setiap hari terdapat pelbagai jenis virus dilepaskan dan disebarkan samada secara suka-suka ataupun untuk mengaut keuntungan. Jadi anda perlulah memasang perisian antivirus yang boleh dipercayai sumbernya seperti Kaspersky, Avira, Bitdefender, AVG dan sebagainya.

Tetapi jika anda mempunyai antivirus sahaja tidak ada gunanya jika anda tidak update virus definition samada melalu online update ataupun offline update kerana apabila virus baru menyerang antivirus anda tidak dapat mengenal - pasti jenis virus tersebut. Jadi anda hendaklah sentiasa update antivirus anda paling kurang seminggu sekali bagi yang tiada kemudahan internet di rumah dan jika anda mempunyai kemudahan internet, setkan antivirus anda kepada automatik update supaya setiap kali anda buka internet antivirus tersebut akan update secara automatik.

2. Jarang Scan PC

Walaupun anda mempunyai antivirus terbaik sekalipun, selalu update anda akan terdedah kepada virus jika anda tidak kerap scan PC anda. Ini kerana kadangkala antivirus tidak dapat mengesan virus secara automatic. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat full scan pada PC anda paling kurang seminggu sekali. Tetapi sekiranya anda dapat merasakan perbezaan ketara pada PC anda daripada sebelum ini seperti PC menjadi semkin lembab, anda hendaklah scan PC anda dengan segera.

3. Double Klik pada USB Drive

Bagi pengguna yang kerap menyimpan fail di dalam USB Drive, anda semestinya sentiasa memindahkan fail-fail dari PC orang lain ke PC anda. Jika PC tersebut dijangkiti virus dan USB Drive anda juga telah dijangkiti, kemudian anda cucuk USB di PC anda serta double klik pada USB icon secara automatic virus akan menyerang sistem di PC anda. Jadi, elakkan double klik pada USB icon dan anda digalakkan buka melalui address bar. Saya sarankan supaya anda memasang perisian USB Disk Security kerana PC anda akan selamat jika USB yang dijangkiti dicucuk ke PC anda dan perisian ini akan delete autorun yang akan mengakibatkan virus secara automatic merebak ke komputer anda.

4. Tidak Menggunakan Local Antivirus

Kebanyakkan pengguna komputer hanya menggunakan hanya satu jenis perisian antivirus sahaja. Selepas anda scan dan antivirus tersebut tidak dapat mengenalpasti virus di dalam PC, anda fikirkan bahawa PC anda selamat dan tiada virus walaupun tanda-tanda jangkitan telahpun anda tahu seperti PC menjadi lembab, hang dan sebagainya. Anda digalakkan untuk menyimpan pelbagai jenis local antivirus samada jenis portable ataupun standalone dan juga jenis installer sebagai contoh antara local antivirus yang terbaik seperti geekz, combo fix, Trojan remover dan sebagainya. Ini kerana walaupun anda tidak scan menggunakan antivirus seperti Kaspersky, Avira dan Bitdefender, anda boleh menggunakan local antivirus untuk membuang virus yang berada di dalam PC anda.


5. Tidak Membaiki Registry

Kebanyakkan pengguna PC berfikiran yang kerja mereka sudah selesai sekiranya dapat membuang virus yang berada di dalam PC. Anda sebenarnya masih lagi perlu membaiki registry yang telah diubah oleh virus mahupun spyware kerana PC anda menjadi lembab, hang dan sebagainya disebabkan oleh perubahan pada registry tersebut. Antara perisian yang boleh anda gunakan untuk membaiki registry seperti ccleaner, regcure, regwash, advanced system care dan sebagainya. Setelah virus dibuang dari PC anda, anda perlu scan registry dan registry anda akan diubah menjadi seperti sediakala.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna komputer. Saya akan terangkan lagi pada masa yang akan datang. Diharap anda dapat belajar dari sekarang dan jangan tunggu sehingga PC anda nazak untuk diformat.:-). Sekiranya jalan terakhir adalah format, anda perlu belajar format secara terperinci dengan mudah di sini


Format Windows Langkah Demi Langkah

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Share

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam diseluruh dunia terutamanya dan khas kepada pengunjung blog ini. Salam Ramadhan diucapkan semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Semoga kita termasuk dari orang yang mengerjakan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna untuk mendapat keredhaan Allah dan menjadi muslim yang bertaqwa.

Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin, tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andai Ramadhan ini yang terakhir, semoga ia yang terbaik di sisiNYA

Doaku..Ohh Tuhanku...Kuatkanlah iman orang yang sedang baca blog ini. Kerana esok dia akan berpuasa. Takut tak tahan godaan je..huhu

Anak angsa anak buaya,

Tak puasa tak leh raya.

Anak rusa anak ungka,

Tak puasa masuk neraka.

Air tauhu air kelapa,

Tau takpe..:-P

Selamat Berpuasa Semua!!!!!!!!!!!


Jangan lupa niat puasa untuk esok k...:-)


Thursday, August 20, 2009

Kung fu Kaspersky

Share

Kung fu Kaspersky

Berpegang kepada pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati, Kaspersky Lab meningkatkan enjin antivirusnya agar dapat mengesan program perosak dengan lebih baik.

PENERAJU pembangunan sistem pengurusan sekuriti, Kaspersky Lab, telah memperkenalkan rangkaian sistem solusi terbaru untuk pengguna komputer, Kaspersky Internet Security 2010 dan Kaspersky AntiVirus 2010.

Rangkaian Kaspersky 2010 dijangka mendapat kepercayaan ramai pengguna di dunia disebabkan ciri kecekapannya berasaskan ratusan ujian perbandingan.

Menurut Pengarah Saluran Kaspersky Asia Tenggara, Gun Suk Ling, produk terbaru itu menggabungkan pelbagai sistem dan teknologi canggih antaranya sistem kawalan pencerobohan.

"Fungsi sistem kawalan pencerobohan menggunakan teknologi maya Sandbox unik yang menawarkan keselamatan sepenuhnya untuk kesemua perisian," katanya ketika melancarkan produk tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini. Memilih tema kung fu dalam pelancaran itu, ia sesuaikan dengan kemampuan Kaspersky versi 2010 yang lebih kuat untuk bertarung dengan ancaman komputer seperti virus. Bersesuaian dengan tema kung fu juga, aktor Hong Kong, Jackie Chan dipilih sebagai ikon Kaspersky versi 2010.

Rangkaian baru itu turut menggabungkan sistem inovatif Kaspersky Security Network bagi mengurangkan masa tindak balas kepada ancaman baru.

Malah, ia juga mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini dan mampu membezakan antara fail bersih dengan tercemar.

Berpegang kepada pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati, Kaspersky Lab meningkatkan enjin antivirusnya agar dapat mengesan program perosak dengan lebih baik.

"Perkara ini memang serius dan amat penting memandangkan beribu-ribu program perosak baru muncul setiap hari. Ia berlaku di seluruh dunia," tambah Suk Ling.

Boleh dikatakan, setiap hari virus mikro seperti trojan telah direka dan diedarkan menerusi banyak rangkaian komputer milik individu yang cuai.

Atas dasar itu, dengan menggunakan konsep keselamatan in the cloud, rangkaian versi 2010 mempunyai pangkalan virus untuk mengenal pasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas. Ia mengambil masa kurang daripada 40 saat.

Statistik membuktikan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap kelonggaran sistem operasi dan aplikasi berasaskan Internet untuk merosakkan komputer.

Oleh itu, dengan menggunakan rangkaian Kaspersky 2010 ia menjalankan pemeriksaan yang ketat ke atas semua aplikasi baru yang tidak diketahui. Ia sekali gus memastikan komputer anda selamat daripada ancaman jenayah siber.

Selain itu, dengan menggunakan fungsi baru iaitu safe run, produk terbaru ini dapat mengendalikan aplikasi terkini tanpa mendedahkan sistem operasi kepada ancaman berbahaya.

Dalam pada itu, ia juga menjadikan aktiviti melayari Internet satu pengalaman tanpa gangguan dan pelbagai aplikasi boleh dijalankan secara serentak.

Produk terbaru ini dilihat mampu memberikan tahap perlindungan yang lebih pantas, efisien serta mesra pengguna.



Sumber : www.kosmo.com.my

Wednesday, August 19, 2009

Blog

Share
Blog



Blog

Apakah itu blog? Blog adalah berasal daripada perkataan weblog.


Apakah fungsi blog?

Blog mempunyai banyak fungsi kepada anda samada pelajar, surirumah, usahawan dan sebagainya iaitu sebagai tempat meluahkan perasaan untuk dikongsikan bersama pengunjung, tempat berkongsi hobi dan juga informasi anda kepada rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja dan juga sebagai tempat untuk menjual produk ataupun servis.

Kepada pelajar anda boleh memberi informasi daripada apa yang dipelajari untuk dikongsikan kepada semua pengunjung blog anda.

Kepada suri rumah , anda boleh berkongsi hobi mahupun aktiviti seharian anda kepada rakan-rakan lama anda.

Kepada usahawan, mereka boleh menjual produk mahupun servis yang mereka ada untuk tempahan dari pelanggan.

Tetapi, golongan ini juga boleh menggabungkan ketiga-tiga jenis fungsi ini sebagai contoh seorang pelajar boleh berkongsi hobi, memberi informasi dan juga boleh menjual produk mereka di blog. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Sebagai contoh saya berkongsi software percuma di www.zuarsoftware.blogspot.com berkongsi informasi di www.zuarxpdc.blogspot.com dan juga menjual produk di www.setupwindowsxp.blogspot.com. Anda boleh kunjungi blog saya ini dengan percuma tanpa bayaran.:-D


Blog Berbayar vs Blog Percuma

Terdapat pelbagai jenis blog percuma yang boleh didapati seperti di blogger.com, wordpress.com dan banyak lagi. Tapi kedua-dua jenis blog ini merupakan antara yang famous bagi pengguna internet.

Bagi anda yang inginkan blog berbayar seperti (.com, .net, .com.my,.biz) dan sebagainya anda boleh membeli domain serendah rm30 mengikut jenis domain yang anda pilih.

Jika anda menggunakan blog percuma anda terhad untuk mengubahsuai blog anda. Jika anda membeli hosting anda boleh mengubahsuai blog mengikut citarasa anda.

Saya juga dalam proses menyiapkan blog berbayar di www.fzrteam.com yang sekarang ini masih lagi terbengkalai.:-P.


Langkah Menarik Traffik ataupun Pelawat ke Blog Anda

Selepas anda mempunyai blog anda mesti mahukan rakan-rakan anda mahupun sesiapa sahaja melawat blog anda. Terdapat pelbagai cara untuk anda menarik pelawat contohnya:

  • Memberi komen di setiap posting blog rakan anda secara tidak langsung mereka akan datang melawat blog anda.
  • Mempromosikan di laman social seperti di myspace, facebook, friendster, twitter dan sebagainya. Anda boleh add saya di www.twitter.com/zuarxpdc,www.friendster.com/zuarxpdc,www.myspace/zuarxpdc dan juga www.facebook/zuar.xpdc.
  • Mempromosikan di chatbox bagi yang memasang aplikasi ini.
  • Bertukar-tukar link dengan rakan anda.
  • Membuat banner exchange.
  • Mesra Search Engine Optimization(SEO) iaitu meletakkan keyword yang sesuai untuk enjin carian mengindeks blog anda.


Saturday, August 15, 2009

Unit Amanah

Share


PENGENALAN INDUSTRI UNIT AMANAH DI MALAYSIA

Industri Unit Amanah di Malaysia telah bermula dari tahun 1959 sehingga sekarang dan menyaksikan banyak unit amanah baru yang di tawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Apa yang membezakan di antara kerajaan dan swasta adalah dari segi pengurusannya. Pengurusan dari pihak swasta lebih effektif dan memberi pulangan yang lebih.


APA ITU DANA UNIT AMANAH?

Unit Amanah merupakan satu tabungan kolektif atau bersama yang dikumpulkan dari para pelabur-pelabur dengan tujuan untuk memberi pulangan dan keuntungan dari pelaburan yang dibuat. Ini bererti, modal para pelabur akan dikumpulkan ke dalam satu dana dan diuruskan oleh pengurus-pengurus dana professional dan berpegalaman luas dalam bidang pelaburan. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan asset-asset lain yang di benarkan dalam surat ikatan dan mengikuti Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah tersebut.


PELABURAN DENGAN KWSP DAN CASH?

Pelaburan dalam Unit Amanah boleh di buat melalui dua kaedah iaitu CASH dan KWSP. Pertama ialah melalui cash, pelabur hanya memerlukan RM 1000 sahaja untuk membuka akaun pelaburan dan minimum RM100 untuk di tambah dalam akaun pelaburan pada bila-bila masa sahaja. Tahukah and Unit Amanah tersebut di pakejkan dengan insuran hayat sekali. Ini bermaksud pelabur akan menerima bayaran insurans jika terjadi sesuatu ke atas diri anda dengan mengikut syarat-syarat yang di tetapkan. WAH lumayannya, jadi tak perlulah anda mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli insurance hayat tiap-tiap bualan dan tidak memberi keuntugan jika tidak digunakan. Lain pula dengan Unit Amanah yang dipekajkan dengan insurance hayat,kerana anda akan menikmati duit pengagihan keuntungan pada tiap-tiap hujung tahun.

Kedua ialah melabur ke dalam unit amanah melalui akaun KWSP. Betul ke duit dari akaun KWSP boleh di keluarkan untuk melabur??? Untuk pengatahuan pembaca, mulai 1 febuari 2008 kerajaan telah meluluskan pengeluaran akaun 1 KWSP hanya untuk melabur dalam unit amanah sahaja. Setiap pencarum mempunyai dua akaun iaitu akaun 1 dan akaun 2 yang berkuat kuasa pada awal tahun 2007 lagi. Bagi akaun 2, pencarum boleh keluarkan duit mereka pada bila-bila masa untuk pinjaman rumah, pelajaran dan lain-lain lagi.

Tahukah and 20% dari jumlah akaun 1 setelah di tolak dengan akaun asas boleh dikeluarkan untuk melabur dengan syarat cukup RM1000 dan boleh di keluarkan lagi pada 3 bulan akan datang. Masih tak paham lagi??? Disini saya tunjukan contoh pengiraannya : katakan anda berumur 26 tahun, anda mempunyai RM16000 dalam akaun 1 dan RM 11000 dalam akaun asas. Jadi RM16000-RM11000= RM 5000 x 20%= RM1000. Jadi jumlah yang dapat ialah RM 1000 dan anda layak untuk melabur.


Adakah anda risau duit anda akan hilang??? Tidak perlu risau kerana duit anda 100% selamat. Kerana Syarikat yang Menguruskan Duit KWSP anda akan terus berhubung dengan pihak KWSP untuk setiap pengeluaran. Duit tersebut hanya untuk dilaburkan dalam Unit Amanah sahaja, Anda tidak boleh mengeluarkan Pengagihannya dan ia akan di laburkan semula secara automatic pada tiap-tiap tahun selepas pengagihan di istiharkan. Anda hanya boleh mengeluarkan semua duit pelaburan tersebut bila anda sudah bersara kelak iaitu pada umur 55 tahun.

Apakah rasionalnya kerajaan membuat peraturan tersebut??? Ini adalah untuk menjamin supaya pelabur tidak keluarkan duit tersebut dan menjadi miskin pada hari persaraan kelak. Jikalau pelabur tidak mahu melabur dalam Unit Amanah lagi, duit tersebut akan secara automaticnya akan di masukan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda kembali.

Apakah faedah melabur melalui duit KWSP ke dalam Unit Amanah?? Tahukan anda KWSP hanya memberi pulangan sebanyak 4.5%-5% sahaja pada tiap-tiap tahun. Manakala Unit Amanah memberi pulangan sebanyak 10%-20% setiap tahun. Anda tak kisah dengan gambaran tersebut dan ingin mendapat pulangan yang sedikit di hari tua nanti??? Fikir-fikirkan setelah and melihat contoh di bawah, di mana ada dua orang pekerja iaitu A dan B yang layak untuk melabur melalui pengeluaran KWSP sebanyak RM10000 setiap seorang.


Friday, August 14, 2009

Ikona Antivirus : Antivirus Buatan Malaysia

Share

Ikona Antivirus : Antivirus Buatan Malaysia

Selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun ia telah dilengkapi perisian-perisian antivirus?

DALAM masa yang terdekat ini, satu revolusi dijangka akan tercetus dalam industri perisian antivirus komputer. Anda bakal boleh mengoperasikannya tanpa perlu sambungan Internet dan tidak perlu mengemas kini perisian dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, kebanyakan pengeluar perisian antivirus komputer menyifatkan ia seperti tidak akan berlaku. Bagi mereka, adalah mustahil untuk sesuatu perisian antivirus itu bersifat stand alone atau beroperasi secara di luar talian Internet (offline) sepenuhnya. Ia dianggap sukar untuk berlaku kerana produk antivirus konvensional mengesan atau mengimbas virus apabila ancaman itu berada di dalam memori capaian rawak (RAM) komputer. Kenyataan bahawa virus atau ancaman-ancaman seumpamanya turut disebar menerusi laman web Internet dan e-mel, maka sambungan ke Internet dilihat sebagai keperluan bagi mengesan kewujudannya.

Berdasarkan mekanisme biasa juga, produk antivirus konvensional mengesan virus-virus atau kolektifnya digelar 'malware', dengan menghubungkannya pada pangkalan data virus yang dibina syarikat pengeluar produk berkenaan. Ini juga perlu dilakukan dengan mengakses Internet. Sebelum ini juga, perisian antivirus perlu dikemas kini selalu atau secara berkala kerana realitinya virus-virus terus terbentuk dari semasa ke semasa.

Pakar-pakar teknologi menganggarkan sekurang-kurangnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke Internet setiap bulan. Maka, jika anda tidak melakukan kemas kini, anda mungkin tidak boleh mendapatkan 'ubat' bagi melindungi komputer anda daripada serangan virus terbaru. Tetapi, itupun bergantung kepada sejauh mana syarikat pengeluar produk antivirus anda 'mengenali' virus berkenaan. Jika mereka tidak mengenalinya, perlindungan komputer anda untuk diselamatkan daripada virus tersebut mungkin sifar.

Produk antivirus konvensional memerlukan capaian ke pangkalan data virus sedia ada kerana mereka menggunakan kaedah signature atau padanan untuk mengesan virus. Dalam erti kata lain, sekiranya virus tersebut baru atau tidak dikenali, maka ia mungkin tidak dapat membantu pengguna. Justeru, timbul persoalan selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun telah menggunakan perisian-perisian antivirus? Memang ada kaedah lain yang digunakan untuk mengesan virus terbaru seperti heuristic, namun kaedah itu tidak semestinya berkesan.

Bagi sesetengah orang proses mengemas kini agak melecehkan dan mengambil masa. Lebih buruk, jika ia menyebabkan operasi komputer menjadi perlahan. Namun begitu, sebuah syarikat Ikonasoftware AG sudah membuktikan bahawa perkara yang dianggap mustahil itu boleh direalisasikan. Syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland itu bakal melancarkan produknya yang dinamakan Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware) tidak lama lagi. Didakwa sebagai produk antivirus pertama stand alone di dunia, ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, trojan, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.

Di peringkat global, syarikat ini berpangkalan di Switzerland manakala ibu pejabat Asia Pasifiknya terletak di negara ini. "Pengeluar-pengeluar produk antivirus Amerika Syarikat (AS) mengatakan yang ia mustahil. Tapi, kami, anak Malaysia membuktikan yang mereka salah," kata ketua pegawai operasinya, Mohamad Razali Salleh ketika ditemui Infiniti di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini. "Kita akan melancarkannya bermula di Malaysia sebelum di negara-negara yang lain. Walaupun 12 buah negara Eropah telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan kita, tetapi kita tetap mahu memulakan pelancarannya di negara kita sendiri. Sebuah negara Eropah bahkan mahu kita membantu mereka bagi sekuriti komputer dalam bidang militari," tambahnya sambil menjelaskan sistem sekuriti Ikona sesuai untuk segala peringkat daripada sekolah, rumah, pejabat, firma, bank, kerajaan sehingga ke bidang pertahanan.

Tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya menerusi pangkalan data virus, Mohamad Razali berkata, ia bermakna, Ikona mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali. "Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus yang kita sudah kenal. Ini kerana, kita tidak memerlukannya. Ikona boleh membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak dikenali," katanya. "Ikona adalah perisian pintar. Apa yang dilakukan Ikona hanyalah memfokuskan agar sistem komputer tidak 'mesra malware' dan melindungi data komputer daripada penceroboh. Ikona juga bukan membunuh virus apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum ia memasuki RAM lagi," katanya.

Menerima platform Microsoft XP SP1/2/3 dan Vista, ia juga mengawasi muat turun dan fungsi salinan. Ikona MAPS memudahkan kawalan sekuriti automatik sama ada pada dalaman dan luaran sistem serta memantau rangkaian sekuriti termasuk penggunaan peranti luaran seperti pemacu storan dan cakera padat. Instalasi Ikona juga unik kerana menggunakan pemacu storan (thumbdrive) berbanding penggunaan cakera atau muat turun di Internet bagi produk antivirus konvensional. Ini kerana, kata Mohamad Razali, ia bagi mengelak sebarang bentuk penyalinan.

Semasa instalasi, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer. "Ikona juga boleh diadaptasikan menurut kehendak pihak pengurusan sesuatu pejabat yang tidak membenarkan penggunaan internet, komunikasi secara talian atau pengaliran keluar-masuk data dalam kalangan pekerjanya," katanya.

Ikona MAPS bakal boleh didapati pada harga di antara RM150 hingga RM500. "Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana belum ada pesaing yang menawarkan perisian yang berciri sepertinya," kata Mohamad Razali sambil memberitahu pihaknya telah melakukan demonstrasi ujian produk di salah sebuah kementerian di negara ini, baru-baru ini. Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai produk tersebut dan insan-insan di sebalik pembuatannya, Mohamad Razali berkata, ia hanya akan didedahkan apabila produk itu dijangka dilancarkan dalam pertengahan bulan ini.

Kepada pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Ikonasoftware bolehlah menghubungi talian 03-2164 0218.


Laman web Ikona Antivirus : http://www.ikonasoftware.com
Sumber : www.kosmo.com.my

Thursday, August 13, 2009

Blog Menarik dan Pantas

Share

Blog Menarik dan Pantas

TREND remaja untuk meluahkan pendapat mengenai pelbagai isu semasa melalui blog semakin mendapat sambutan. Ramai yang memilih ruang tersebut untuk memperkatakan apa sahaja isu yang dirasakan sesuai dibincangkan.

Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Meor Mohd. Iszwan Abdul Wahab, 22, dia memilih untuk mempunyai blog sendiri yang merangkumi pelbagai aspek menarik, antaranya isu luar negara, universiti, motivasi, sukan dan muzik.

Anak kelahiran Johor Bahru ini, memperuntukkan kira-kira tiga jam sehari untuk melayari dan mengemaskini blog peribadinya di alamat http://meoriszwan.blogspot.com/.

Selain itu, dia juga akan meluangkan waktu untuk berbual bicara bersama rakan-rakan yang sentiasa memberi pendapat yang berguna bagi memperbaiki kelemahan blog tersebut.

Tafsir al-Quran

Bercerita mengenai tarikan blognya yang memaparkan perkataan ideologi sebagai pembuka halaman, Meor merasakan orang ramai akan tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan tafsir al-Quran.

"Perkhidmatan seperti ini jarang diketahui ramai. Penggunaannya tidaklah rumit. Anda cuma perlu memasukkan apa sahaja perkataan, misalnya perkataan anak.

"Blog ini akan mengeluarkan paparan yang mempunyai perkataan tersebut menerusi pelbagai juzuk yang berkaitan," ulasnya.

Hatinya terdetik untuk meletakkan kotak kecil tafsir al-Quran memandangkan kebanyakan pelajar akan menggunakannya sebagai bahan ketika menyiapkan tugasan.

Secara tidak langsung, para pelajar tidak perlu menyusahkan diri mereka untuk membelek setiap helaian buku tafsiran kerana ia mungkin akan melambatkan proses menyiapkan tugasan masing-masing.

"Tafsiran tersebut didatangkan dalam versi pelbagai bahasa. Anda boleh memilihnya sendiri sama ada ingin bahasa Melayu, Inggeris, Jerman atau Arab.

"Dalam masa beberapa saat sahaja, anda akan dapat jawapannya," katanya.

Selain itu, blog tersebut juga menampilkan paparan pembelajaran perkataan bahasa Inggeris. Setiap hari akan tertera perkataan baru beserta dengan maknanya.

Dari sini, anda boleh menambah pengetahuan dan kewajaran penggunaan perkataan tersebut di dalam setiap ayat.

"Inilah konsep yang saya suka terapkan di dalam blog saya. Ia bukan hanya menceritakan perihal peribadi semata-mata tetapi turut memuatkan ilmu pengetahuan," jelasnya lagi yang memulakan blog tersebut sejak setahun lalu.

Pautan informatif

Bersesuaian dengan jurusan yang diambilnya iaitu komunikasi massa, Meor turut menyediakan ruangan akhbar kepada para peminatnya. Terdapat sebanyak 37 bahan bacaan akhbar tempatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan berita-berita terkini.

Antaranya bahan daripada akhbar Kosmo!, Berita Harian, Utusan Melayu, Harian Metro, mStarThe Star. Bagi akhbar antarabangsa pula, Straits Times (Singapura), Nation Bangkok, Manila Times dan Jakarta Post turut dipaparkan di dalam blog Meor. dan

Turut mengisi ruangan itu adalah berita perniagaan seperti Asia Times, Asia News Network, Business Day dan Business Times.

Mempunyai jumlah pengunjung sebanyak 7,577 orang, Meor tidak ketinggalan mengulas setiap bahan yang menarik perhatiannya. Ulasan tersebut terbit daripada pandangannya sendiri terhadap sesuatu isu.

"Ia berdasarkan isu hangat semasa seperti baru-baru ini kematian bintang terkenal antarabangsa Micheal Jackson. Jadi, saya mengambil peluang ini untuk menceritakan kembali zaman kegemilangan bintang tersebut.

"Blog ini tidak hanya membincangkan hal berkaitan artis semata-mata tetapi ia juga menyentuh mengenai hal politik semasa. Bagi setiap ulasan tersebut, saya akan membuka peluang kepada para pelayar blog ini untuk meluahkan pendapat mereka," ujarnya lagi.

Di samping membincangkan hal serius, turut diselitkan di dalam blog ini adalah ruangan hiburan, selain turut memuatkan kira-kira 40 stesen radio tanah air.

Sambil mengakses blog tersebut, anda disediakan stesen radio bagi setiap negeri seperti Perlis FM, Sarawak FM, Mutiara FM, Perak FM, Johor FM dan Selangor FM.

"Tidak perlu susah payah untuk mencari frekuensi stesen tersebut di radio kerana melalui blog ini, segala-galanya sudah tersedia. Yang anda perlu lakukan hanya klik sahaja," jelasnya.


Sumber : www.kosmo.com.my

Tuesday, August 11, 2009

Tukar Nama Ke Bahasa Jepun

Share


Tukar Nama Ke Bahasa Jepun


Moshi Moshi!!Ogenki desu ka??

Berminat nak tau nama anda dalam bahasa Jepun? Hanya untuk suka-suka nak membuat kelainan. Contohnya nama saya Muhamad Azuar = Tamuramaro Abukara.=D.

Anda masuk ke website ni
http://rumandmonkey.com..Anda cuma perlu tukar Bishoujo untuk perempuan dan Bishounen untuk lelaki.

Masukkan nama anda dan klik Koreha, Nihongo de nan to imasu ka.Semoga berjaya..Lepas ni boleh la letak nama Jepun anda di blog ataupun Facebook.:-).


Sunday, August 9, 2009

Panduan Mengesan Virus

Share


Panduan Mengesan Virus

KINI, teknologi maklumat (IT) atau pengkomputeran menjadi sebahagian fesyen kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, perkembangan teknologinya lebih cepat berkembang berbanding industri fesyen pakaian. Selari dengan perkembangannya, isu ancaman virus komputer juga berkembang pesat di dunia siber.

Secara realitinya berlaku satu keadaan melibatkan perisian anti virus kita mengesan dan membersihkan virus yang dikesan tetapi dalam satu jangka masa ia akan berulang kembali.
Jadi, bagaimana untuk kita pastikan adakah fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus. Perkara tersebut sering berlaku terutama kepada pihak yang terlibat dalam menyelenggara fasiliti IT.

Oleh demikian, disertakan beberapa langkah asas untuk kita memastikan fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus atau pengimbas virus. Sekiranya berlaku pengulangan jangkitan virus komputer, ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengesanan semula malware yang tidak aktif yang telah dihantar kembali ke satu lokasi yang lain atau diletakkan kembali ke dalam direktori atau folder bagi System Restore.

Jadi, beberapa tindakan berikut perlu dilaksanakan seperti berikut:-

*Buang virus daripada servis System Restore.


*Buang semua fail dalam Temporary Internet Files dan Cookies.


*Kosongkan direktori bagi Internet History



Asal-Usul Datangnya Fail Tersebut


Ia boleh memberi makna yang penting dan pelbagai kerana asal-usul fail yang berisiko tinggi adalah berpunca daripada sumber-sumber berikut:-

*Sisipan fail dalam mesej e-mel.

*Fail yang dimuat turun daripada rangkaian perkongsian fail seperti BitTorrent.


*Fail yang dimuat turun secara tidak sengaja setelah mengklik sesuatu alamat sambungan dalam e-mel, web atau Instant Messenger.



Tahap Keperluan Fail Tersebut

Adakah fail tersebut anda mahu, perlu atau dijangka untuk dapatkannya? Ia penting kerana apa sahaja fail yang anda dapat secara tidak sengaja dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ia bersifat pengacau. Sekiranya fail tersebut anda muat turun secara tidak sengaja dan ia tidak diperlukan, buang sahaja ia secara kekal.

Pemilihan terhadap apa yang boleh dilarikan dalam sistem adalah penting dalam meminimumkan risiko berlakunya jangkitan virus ini.
Namun begitu, sekiranya fail tersebut anda perlukan tetapi ia dicam sebagai virus oleh perisian antivirus. Maka, langkah seterusnya perlu diambil dengan membuat pengimbasan semula dengan perisian yang lain.

Pengimbasan Semula


Pengimbasan semula fail tersebut dengan perisian antivirus yang lain perlu dibuat. Lebih banyak perisian yang digunakan ia lebih baik. Ia juga boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan lebih daripada satu jenis pengimbas. Seperti laman web VirusTotal, ia akan mengimbas fail tersebut dengan lebih daripada 30 jenis pengimbas. Alamatnya, http://www.virustotal.com.

Hasilnya kita boleh buat penilaian dengan andaian sekiranya kebanyakkan perisian pengimbas mengatakan itu virus. Maka, kita terima kenyataan itu.
Sekiranya, sebalik pula yang berlaku, fail tersebut berkemungkinan adalah virus yang belum dikemaskini oleh kebanyakkan perisian pengimbas atau berlaku positif palsu dalam pengimbasan iaitu fail tersebut bukannya virus.


Penelitian Fail Secara Format MD5


Fail boleh dinamakan dengan pelbagai penipuan tetapi dengan format MD5 Checksum amat jarang dibuat penipuan.
MD5 merupakan satu kaedah penyembunyian data secara kriptografi yang unik untuk sesebuah fail komputer. Terdapat beberapa perisian atau sistem yang boleh digunakan untuk dapatkan format MD5 bagi sesebuah fail seperti menerusi laman web Virustotal atau utiliti percuma, Elgorithm di http://www.elgorithms.com. Setelah mendapatkan fail tersebut secara format MD5, letakkan ia ke mana-mana enjin carian yang biasa kita gunakan dan lihat hasilnya.

Pengecaman Tingkah Laku Fail


Sekiranya semua langkah-langkah yang sebelumnya sudah diambil dan anda masih merasa tidak puas hati, maka, langkah yang terakhir ini boleh dibuat iaitu dengan melakukan pengecaman tingkah laku fail secara atas talian untuk pastikan ia adalah benar-benar virus atau pun tidak.
Ia boleh dibuat dengan menggunakan laman web utiliti komputer seperti ThreatExpert di http://www.threatexpert.com atau CSSandbox di http://www.cwsandbox.org.

Langkah terakhir ini memerlukan seorang pakar IT dalam bidang virus atau keselamatan IT untuk melakukan analisis.

Saturday, August 8, 2009

Samsung Jet

Share

Samsung Jet

MENERUSKAN teknologi telefon bimbit dengan fungsi skrin sesentuh penuh, Samsung Electronics (Samsung) baru-baru ini memperkenalkan model terbaru produk telekomunikasinya iaitu Samsung Jet. Pelbagai fungsi inovasi terkini dilengkapkan pada telefon bimbit tersebut termasuk aplikasi antara muka pengguna yang mudah untuk dikendalikan.

Mengetengahkan konsep 'lebih pintar dari telefon bimbit pintar', model berkenaan menyokong pelbagai aplikasi pengurusan seperti Microsoft Exchange ActiveSync selain navigasi menu mesra pengguna serta penampilan rekaan yang kompak. Untuk fungsi paparannya, ia dilengkapi skrin 16M WVGA AMOLED 3.1 inci serta disokong dengan resolusi dan kesempurnaan warna yang cukup cemerlang.

Menerusi teknologi paparan TouchWiz 2.0 dan pemproses 800 MHz pula, pengguna bakal merasai pengalaman mobiliti tanpa kompromi seperti ciri ikonik dan antara muka bergerak serta kekunci pintar untuk kemudahan pengurusan kerja.

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan pelayar Dolfin Internet bagi memberi kemudahan kepada pengguna mengakses laman web kegemaran mereka terutama rangkaian sosial. Pelayar tersebut mempunyai kelebihan memaparkan kandungan Internet secara mobiliti menerusi lima skrin secara serentak.

Apa yang menarik, model tersebut juga dilengkapi dengan ciri seperti muat turun pelbagai serta keunikan fungsi pemfokusan laman web hanya menggunakan sentuhan jari.

Sumber : www.utusan.com.my

Friday, August 7, 2009

10 Virus Komputer Paling Merbahaya

Share


10 Virus Komputer Paling Merbahaya

Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati - hati dengan kewujudan virus - virus ini.:-)


Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.


Michelangelo, 1991

Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan - bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.


Melissa, 1999

Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.


ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.


Code Red, 2001

Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.


Nimda, 2001

Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.


Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).


Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira - kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.


MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.


Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.

Thursday, August 6, 2009

Virus Harry Potter

Share
Virus Harry Potter

Anda peminat setia filem Harry Potter?? Kalau anda peminat filem ini anda perlu berhati-hati. Kenapa saya berkata begitu? Sebabnya ialah anda berkemungkinan akan tersalah download Virus Harry Potter and Half-Blood Prince ke dalam komputer anda.

Skrin anda akan mengeluarkan iklan seperti ini Ways To Watch Harry Potter Online For Free dan meminta anda untuk download untuk menyaksikan filem tersebut secara percuma.

Tetapi, selepas sahaja anda selesai download, anda perlu sedar sebenarnya bukan filem yang anda download tetapi virus. Pelbagai cara yang dilakukan oleh penyebar - penyebar virus untuk keseronokkan mereka. Anda perlu berhati - hati sebelum anda download sesuatu benda dari laman web yang diragui kesahihannya.

Kadangkala laman web yang anda masuk merupakan phishing iaitu menyerupai laman web asal sedangkan yang anda masuk itu merupakan laman web palsu. Saya pernah 2 kali terkena phishing untuk myspace dan pihak myspace akan menyuruh anda menukar password anda bagi mengelakkan account anda digunakan oleh pihak ketiga.

Kesimpulannya, sekiranya anda meragui kesahihan sesebuah laman web, anda tinggalkan laman web tersebut dan pasangkan dengan antivirus yang
berkesan untuk mengelakkan komputer anda dijangkiti pelbagai jenis virus. Anda perlu sentiasa update definition terkini bagi mengelakkan virus baru dapat dikesan oleh antivirus anda. Jadi berhati-hati dengan tipu helah pihak tertentu yang mahu mencuri data peribadi anda.

Tuesday, August 4, 2009

Kalkulator Belanjawan Bulanan

Share


Kalkulator Belanjawan Bulanan

Kepada anda yang inginkan belanjawan bulanan anda direkodkan secara sistematik anda boleh download Kalkulator Belanjawan Bulanan ini. Amat penting bagi anda yang tidak mahu perbelanjaan anda overspending ataupun terlebih dari apa yang anda rancangkan.

Dengan merekodkan perbelanjaan anda secara sistematik, anda dapat kenalpasti di mana wang anda habiskan dan bagaimana cara untuk anda recover kembali bajet anda yang telah telrebih itu di masa hadapan. Kepada usahawan-usahawan online amat penting bagi anda menguruskan belanjawan anda dengan bijak.:-).


Monday, August 3, 2009

IdeaPad U350

Share

IdeaPad U350

SELAIN kecemerlangan operasi, pengkomputeran mobiliti kini juga semakin ditampilkan dengan imej bergaya dan menarik.

Mengambil pendekatan itu, pengeluar produk pengkomputeran, Lenovo telah mengaplikasikan ciri tersebut pada produk komputer riba terbaru mereka, IdeaPad U350.

Didatangkan bersama rekaan nipis, ringan serta dilengkapi dengan teknologi terkini, produk tersebut pastinya akan memberi keseimbangan dari segi prestasi dan mudah alih.

Menurut Pengurus Negara, Pengguna dan Perniagaan Lenovo Malaysia, Eric Zhao, IdeaPad U350 mengetengahkan pembangunan aplikasi dan rekaan sangat menarik serta mampu dimiliki oleh pengguna.

''Adalah diharapkan dengan kelebihan ini, ia dapat memberi pengalaman pengkomputeran terbaik kepada para pengguna,'' katanya.

Bagi kepuasan operasi pengkomputeran dan multimedia, model berkenaan menampilkan panel paparan LED 13.3 inci, pilihan peranti pemain cakera Blu-Ray, lampu sensor ambient untuk kawalan kecerahan serta kemantapan kualiti audio menerusi teknologi 'Dolby Sound Room'.

Memberi sokongan kepada kuasanya pula, komputer tersebut digerakkan oleh pemproses Intel Centrino2 selain mempunyai memori DDR3 berkelajuan tinggi sehingga lapan gigabait (GB) dan storan cakera keras 500GB.

Kuasa baterinya juga mempunyai keupayaan yang lebih panjang iaitu selama 10 jam untuk menawarkan fungsi yang lebih produktif kepada pengguna.

Dari segi sekuriti pula, komputer riba itu mengetengahkan teknologi pengecaman wajah sebagai kata laluan itu log masuk.

Bukan setakat itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Sistem Perlindungan Aktif bagi jaminan keselamatan kandungan cakera keras sekiranya berlaku hentakan serta Sistem Keselamatan OneKey untuk mendapatkan semula data yang telah rosak hanya dengan beberapa langkah mudah.

Menerusi segala kelebihan yang ditampilkan, IdeaPad U350 kini ditampilkan dengan tawaran harga pasaran RM2,699 bersama pemacu DVD-RW binaan luar secara percuma.

Spesifikasi IdeaPad U350

Pemacu Intel Core2 Duo Solo SU3500
Sistem operasi Windows Vista asli edisi Home Premium
DDR3 SATA HDD 2GB
SATA HDD 320GB (5400rpm)
Pemacu Grafik Media Intel X4500
4 sel bateri Li-ion
Sistem Perlindungan Aktif
Teknologi lampu sensor ambient

Sumber : www.kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive