Wednesday, September 30, 2009

Windows Se7en Wallpaper

Share

Windows Se7en Wallpaper

Dah boring dengan wallpaper lama? Hiasalah desktop anda dengan wallpaper terbaru Windows Se7en. Terdapat pelbagai jenis wallpaper saya sediakan untuk anda. Jika berminat anda boleh download di bawah Windows Se7en Wallpaper



Tuesday, September 29, 2009

Cara Buang Virus Yahoo Messenger

Share



Cara Buang Virus Yahoo Messenger


Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkaitan tentang masalah bagi pengguna Yahoo Messenger. Masalahnya ialah YM anda akan menghantar mesej secara automatik tanpa pengetahuan anda kepada friend list yang ada. Anda boleh baca artikel tersebut di sini.

Masalah tersebut boleh di atasi dengan menggunakan cara di bawah:

Cara Buang Virus Yahoo Messenger

1. Close Internet Explorer.

2. Sign Out Yahoo Messenger dan Disable sambungan Internet.

3. Klik Start > Run. Copy perkataan di bawah dan Paste pada kotak Run.

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f
(Ini adalah untuk membolehkan kembali penggunaan regedit)

4. Klik Start > Run. Copy perkataan di bawah dan paste pada kotak Run.

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /vDisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f
(Ini untuk membolehkan kembali penggunaan Task Manager)

5. Pergi ke Start>Run>Regedit

Change Default Homepage Internet Explorer seperti google.com pada senarai registry key di bawah :

"HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Internet Explorer\Main"
"HKEY_ LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Internet Explorer\Main"
"HKEY_USERS\Default\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main"

6. Sekarang kita perlu Kill Process Virus tersebut. Klik CTRL + ALT + DELETE
Kill process berikut "svhost32.exe"

7. Delete svhost32.exe dan svhost.exe files daripada Windows/ & temp/ directories.
Gunakan aplikasi Search untuk cari svhost dan Delete.

8. Klik Start menu > Run > Regedit >

Search pada regedit menggunakan Keyword di bawah:
"svhost"

9. Restart Komputer.

10. Selesai.

Credit to saudara Rezza

Monday, September 28, 2009

Magic Komputer

Share
Magic Komputer

Amat sesuai dicuba kepada pengguna windows samada Windows XP ataupun Windows Vista

Magic 1

1) Buka notepad kosong


2) Taip “ Bush hid the facts ” atapun copy paste je ayat dalam kurungan tu.

3) Save as di desktop anda dengan nama pilihan anda.

4) Tutup notepad tersebut dan buka semula. Ada perubahan atau tak?


Magic 2

1) Buka Microsoft Word dan taip “ =rand (200, 99) “ ataupun copy paste ayat dalam kurungan tu di Microsoft Word kosong.

2) Lepas tu tekan ENTER . Jangan cakap komputer tipu lak k dah nama pun magic.=D

3) Anda juga boleh ubah 99 tu kepada nombor kegemaran anda bermula dari 1 - 99


Magic 3

Di mana-mana bahagian di komputer anda try create folder bernama “con”. Huruf kecik ataupun besar tak kisah. Contohnya Con/CON/CoN/cON/COn. Dah berjaya nanti tunjuk bukti kat saya k..=)


Thursday, September 17, 2009

Membuat Matrix

Share

Membuat Matrix


Jom bermain dengan coding komputer anda..Kali ini kita belajar cara bagaimana untuk membuat Matrix. Matrix tu ape?Ala..cite Matrix tu..Tak kan tak tau kot..Tapi bukan nak ajar buat cite tu..:-P.

Nak ajar cara nak buat tulisan Matrix yang kaler hijau turun banyak-banyak macam kat gambar atas tu..Jangan takut nak mencuba ok..Tak bahaya pun..Just untuk tau nak gunakan kod-kod rahsia komputer je..:-)
.


Cara-caranya:


Anda salin kod di bawah ni kemudian paste di dalam notepad dan save as .bat. Pastu klik la fail bat tu nanti kuar la Matrix tu..Senang je..:-)



@echo off
color 0a
cls
:A
echo 110001 00000zuarxpdc111101011101 0101zuarxpdc010 000111001 00011110010101zuarxpdc0100010 10011
echo 100011 10111zuarxpdc101000010000 0011zuarxpdc000 101000111 11010110010100zuarxpdc1100110 01011
echo 101001 10101zuarxpdc110001000111 0101zuarxpdc110 100011110 01010101010001zuarxpdc0101001 01010
echo 110001 00000zuarxpdc111101011101 0101zuarxpdc010 000111001 00011110010101zuarxpdc0100010 10011
echo 100011 10111zuarxpdc101000010000 0011zuarxpdc000 101000111 11010110010100zuarxpdc1100110 01011
echo 101001 10101zuarxpdc110001000111 0101zuarxpdc110 100011110 01010101010001zuarxpdc0101001 01010
goto A

ataupun download tutorial kat bawah ni


Download Tutorial Membuat Matrix

Melayari Facebook melalui SMS

Share

Melayari Facebook melalui SMS

KUALA LUMPUR - Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) mengorak langkah dengan memperkenalkan perkhidmatan melayari laman sosial, Facebook, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Perkhidmatan yang pertama di negara ini akan membolehkan pengguna telefon bimbit melayari laman sosial itu menerusi SMS pada bila-bila masa dan tempat.

Timbalan Presiden Kanan Pemasaran Celcom (Malaysia) Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, perkhidmatan itu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan golongan remaja yang ketika ini begitu menggilai laman sosial, Facebook.

Katanya, kajian pihaknya mendapati golongan remaja Malaysia menduduki tempat tiga teratas dalam carta penggunaan paling banyak laman sosial di seluruh dunia.

"Remaja Malaysia didapati gemar bersembang dalam talian menerusi laman sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan lain-lain. Fakta ini mendorong pihak kami mencipta peranti khas untuk memudahkan remaja melayari akaun laman sosial masing-masing pada bila-bila waktu dan walau di mana mereka berada," katanya kepada media pada majlis taklimat mengenai produk terbaru Celcom, telefon bimbit pintar, BlackBerry® Curve 8520™ di sini semalam.

Sumber : www.kosmo.com.my


Wednesday, September 16, 2009

Gabungan Microsoft dan Yahoo

Share

Gabungan Microsoft dan Yahoo

Selepas setahun melalui perbincangan yang sulit, Microsoft dan Yahoo sudah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama.

Dengan kerjasama ini search engine terbaru Microsoft iaitu Bing akan menggantikan yahoo search, manakala Yahoo sendiri akan fokus kepada penjualan iklan yang diisi oleh Microsoft. Yahoo akan menerima 80% dari kerjasama ini.

"Dengan kerjasama bersama Yahoo, maka kita akan mencipta inovasi baru dalam enjin pencarian". kata CEO Microsoft Steve Ballmer.

Kombinasi 2 syarikat gergasi ini akan memegang market pasaran 28% masih dibawah Google. Kolaborasi ini akan mulai berlaku secepatnya iaitu awal 2010.

Tuesday, September 15, 2009

Kapasiti Penyimpanan Data Hingga 4TB

Share


Kapasiti Penyimpanan Data Hingga 4TB

PENERAJU dalam penyelesaian penyimpanan luaran, Western Digital (WD) memperkenalkan sistem penyimpanan rangkaian dua pemacu My Book World Edition II dengan kapasiti sehingga 4 Terabaut (TB).

Dengan perlindungan berganda dua pemacu Mirrored (RAID 1) dan perisian sokongan berterusan, sistem penyimpanan rangkaian menyediakan tempat lebih selamat bagi pengguna bagi menyokong dan menyimpan data dan media digital daripada semua komputer pada rangkaian mereka dalam satu tempat atau pusat.
Boleh didapati di peruncit terpilih dan kedai online WD, sistem pemacu berganda bersama-sama dengan My Book World Edition boleh digunakan pada komputer Mac.

Berdasarkan kepada laporan bulan Julai tahun lalu oleh firma penyelidikan Park Associates, bilangan isi rumah dengan rangkaian data akan berkembang daripada sekitar 170 juta pada 2008 kepada 240 juta menjelang akhir 2012.
Firma berkenaan juga melaporkan, purata isi rumah yang menggunakan jalur lebar akan melihat keperluan penyimpanan media digital akan bertambah kepada 900GB pada penghujung 2012.

Ditambah pula pengguna menunjukkan kebanyakan ciri penting bagi peralatan network-attached storage (NAS) adalah amaun penyimpanan yang ada.
Dengan kapasiti yang besar sehingga 4 TB, sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II akan memenuhi keperluan yang semakin besar dalam penyimpanan data di rumah. Sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II menggunakan teknologi RAID 1 (Mirrored) secara automatik dan berterusan mengekalkan salinan kedua bagi data pengguna.

Tambahan pula, rangkaian perkakasan My Book World Edition II termasuk perisian yang meringkaskan tugasan secara automatik dan sokongan data berterusan untuk semua komputer peribadi di rumah.
Sistem penyimpanan My Book World Edition II dalam mod Mirrored dan menggunakan separuh kapasiti fail lebihan. Muzik, foto dan video boleh dialirkan terus daripada My Book World Edition II kepada mana-mana PC, Mac atau pemain media sambungan DLNA seperti TV, Microsoft Xbox 360 dan Sony Playstation atau bingkai gambar digital tanpa wayar menggunakan pelayan media UPnP (Universal Plug and Play) dan pelayan perisian iTunes Music.

Pengguna juga boleh mengakses dengan selamat fail mereka daripada mana-mana di dunia melalui Internet menggunakan perkhidmatan akses mudah alih MioNet termasuk semua sistem simpanan My Book World Edition II.
"Keluarga mempunyai lebih banyak media digital seperti filem, foto dan muzik untuk disimpan, dikongsi dan dilindungi. "Mempunyai dua pemacu di dalam sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II yang secara automatik dan segera menyalin data menawarkan pelanggan perlindungan pada masa sebenar bagi apa-apa kandungan berharga mereka," kata Pengarah Jualan dan Pemasaran, Kumpulan Produk Berjenama Asia Pasifik, Craig Davis.

Sistem penyimpanan rangkaian My Book World Edition II telah berada di pasaran dalam kapasiti 2TB dan 4TB di pengedar Digital Paper Sdn Bhd seluruh negara, Harga runcit bagi sistem penyimpanan dua pemacu MY Book World Edition II adalah RM 2,199 bagi 4TB dan RM1,249 bagi 2TB.


Sumber : www.utusan.com.my

Monday, September 14, 2009

Koleksi Boot Screen

Share


Koleksi Boot Screen


Download Koleksi Boot Screen Mediafire





Sunday, September 13, 2009

Cara Menukar Boot Screen

Share

Cara Menukar Boot Screen


Apa itu boot screen? Kalau anda nak tahu boot screen ialah gambar yang akan keluar semasa anda on komputer anda. Contohnya akan keluar gambar seperti Windows XP Professional Edition. Jika anda inginkan kelainan dan mahu tukarkannya dengan pilihan anda, ikut langkah di bawah. Terdapat pelbagai jenis gambar untuk anda pilih. Anda juga boleh meletakkan gambar anda sendiri.:-)

Langkah-Langkahnya menukar boot screen ialah seperti berikut:

1. Install software TuneUp Utilities terbaru version 2009 jika belum ada.

2. Buka TuneUp Utilities 2009 dan pergi ke bahagian customize windows.


3. Anda akan lihat di sebelah new screen pada bahagian atas terdapat butang add. Klik pada butang add tersebut dan cari di mana anda tempatkan boot screen pilihan anda. Klik open.


4. Anda boleh masukkan sebanyak mana gambar yang anda mahu. Tetapi anda cuma boleh install satu gambar saja. Anda boleh lihat saya masukkan sebanyak 4 gambar. Sekarang anda boleh pilih gambar mana yang anda mahu untuk dijadikan sebagai boot screen anda. Anda cuma perlu tekan pada butang install.


5. Kemudian anda tekan pada butang save boot screen dan masukkan nama anda pada name dan author klik ok.



Selesai. Restart dan lihat boot screen anda dah berubah. :-)

Download koleksi boot screen di sini

Thursday, September 10, 2009

Cara Melajukan Internet

Share











Cara Melajukan Internet


Cara melajukan internet kali ini sesuai bagi pengguna windows XP dan Vista Terdapat banyak cara untuk melajukan internet. Salah satunya seperti di bawah. Setting ini akan menjadi sekiranya PC anda bebas daripada virus mahupun spyware dan peningkatan akan berlaku sebanyak 20%. Teknik ini sesuai untuk dicuba pada semua jenis rangkaian internet.

1. Klik Start > Run.

2.Taip code ni : gpedit.msc dan akan muncul Local Group Policy Editor.

3.Double klik pada Local Computer Policy > Computer Configuration > Administrative Templates > Network > QoS Packet Scheduler.

4. Pergi ke folder QoS Packet Scheduler dan double klik pada Limit Reservable Bandwidth.

5. Default setting sekarang ialah not configured anda ubah menjadi “Enable”.

6.Pada kotak bandwidth limit (%) anda gantikan value “20″ menjadi “0″.Klik Apply dan OK.

7. Kemudian double klik pada Limit Outstanding Packets.

8.Default setting sekarang ialah not configured anda ubah menjadi “Enable”.

9. Pada number of packets gantikan value “65535″ menjadi “70000″. Klik Apply dan OK

10. Restart Komputer.

Selamat Mencuba…:-)


Wednesday, September 9, 2009

Router Tanpa Wayar

Share


Router Tanpa Wayar

RIMAS dengan wayar-wayar router yang berselirat? Linksys baru-baru ini telah tampil dengan tiga buah router tanpa wayar terbaru.

Syarikat pengeluar perkakasan rangkaian dan penyedia sistem Komunikasi Suara Latar IP (VoIP) itu memperkenalkan router generasi baru iaitu WRT54G2, WRT160N dan WRT310N yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan bisnes berskala kecil.

Dengan rekaan baru bergaya, ketiga-tiga model ini mempunyai kemasan yang berkilat dan potongan melengkung yang menawan. Rupanya yang bergaya membuatkan ia sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah.

Model terbaru ini didatangkan dengan ciri kegunaan yang diperbaiki seperti teknologi Penasihat Mudah Hubung Linksys (LELA). Ia membolehkan set up rangkaian menjadi lebih mudah dan memastikan hubungan kesemua peranti stabil dan terjamin.

LELA akan secara automatik memeriksa rangkaian terkini kesemua produk Linksys pada rangkaian dan melakukan konfigurasi terhadap produk-produk yang lain secara selamat.

Mula berada di pasaran pada pertengahan Jun lalu, WRT54G2 dijual pada harga RM175, WRT160N (RM320) dan WRT310N (RM469).

Sumber : www.kosmo.com.my

Tuesday, September 8, 2009

Komenku di Kosmo EPLX

Share

Komenku di Kosmo EPLX


Ruginye tak beli kosmo sabtu lepas..Siap masuk paper lagi komenku dok atas sekali lak tu..huhu. Asyik bz dengan exam tak sempat nak baca paper..Selalu baca paper on9 je..

Ramadhan Wallpaper dan E-Card

Share


Ramadhan Wallpaper dan E-Card

Hiasilah desktop komputer anda dengan wallpaper bertemakan Ramadhan dan juga E-Card Ramadhan khas untuk anda menghantar kepada rakan-rakan dan saudara mara melalui internet. Salam Ramadhan dari saya..:-)

Download Ramadhan Wallpaper & E-Card

Sunday, September 6, 2009

Sedia Perisai Hadapi Penggodam

Share

Sedia Perisai Hadapi Penggodam

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemas kini dan melindungi laman web mereka daripada risiko serangan penggodam.

Nasihat itu diberikan susulan laporan media tentang insiden banyak laman web Malaysia diserang oleh penggodam.

"Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan server laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

SKMM berkata, insiden pencerobohan kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web.

Ada pihak mendakwa perbuatan itu sudah dimulakan beberapa hari lebih awal dengan dilakukan oleh sekumpulan penggodam dari negara jiran.

Sumber : www.kosmo.com.my

Saturday, September 5, 2009

Cara Melajukan Browser Firefox

Share


Cara Melajukan Browser Firefox

Mozilla Firefox (ataupun musang api) :-D merupakan antara browser terbaik diantara terbaik selain daripada google chrome. Seperti mana yang kita tahu browser firefox dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk menghalang
popup dan sebagainya.


Beralihlah kepada browser firefox kerana anda akan melayari internet dengan lebih laju, lancar dan banyak applikasi tambahan pilihan anda jika anda beralih ke firefox.


Kali ini saya akan mengajar anda cara untuk melajukan browser firefox anda. Dijamin 100% berkesan.Tak percaya try dulu. Tapi pastikan anda buat betul-betul.:-P

Pertama sekali di URL bar, anda taip atau copy dan paste “about:config”.Tapi jangan ambik sekali dengan pembuka dan penutup kata tu. Kemudian anda tekan enter. Anda akan dibawa ke bahagian configuration “menu” di mana anda boleh tukar parameter Firefox.

Kemudian anda cari code seperti di bawah. Anda akan lihat value yang berlainan. Tukar menjadi seperti di bawah hanya double klik dan ubah value tersebut.

Code:
browser.tabs.showSingleWindowModePrefs – true
network.http.max-connections – 48
network.http.max-connections-per-server – 16
network.http.max-persistent-connections-per-proxy – 8
network.http.max-persistent-connections-per-server – 4
network.http.pipelining – true
network.http.pipelining.maxrequests – 100
network.http.proxy.pipelining – true
network.http.request.timeout – 300

Selepas itu anda letakkan mouse di mana-mana bahagian di situ, right klik kemudian pilih NEW > Integer. Pada name tukar menjadi“nglayout.initialpaint.delay” dan tukar value kepada “0”.

Sekarang anda boleh melayari internet dengan lebih laju dan lancar..:-)

Friday, September 4, 2009

10 Cara Meningkatkan Prestasi Komputer

Share


10 Cara Meningkatkan Prestasi Komputer

Komputer anda sentiasa perlu dijaga dan dibelai seperti anda menjaga barang-barang anda yang lain.Setiap bulan, minggu mahupun hari anda perlu sentiasa check komputer anda untuk mengenalpasti sebarang masalah yang berlaku bagi mengelakkan ianya menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan terlalu lama.

Untuk itu anda perlulah mengetahui cara untuk meningkatkan prestasi komputer anda. Saya ada sediakan 10 cara untuk meningkatkan prestasi komputer seperti di bawah:

1. Jika RAM anda kurang daripada 512MB, upgrade RAM anda dan kelajuan PC akan bertambah baik.

2. Pastikan Windows XP anda menggunakan NTFS file sysem. Cara untuk kenal pasti samada anda gunakan FAT32 ataupun NTFS ialah dengan double click pada My Computer, klik kanan pada C: drive, pilih Properties. Kemudian lihat pada File System type.

3. Update video driver dan motherboard chipset driver.

4. Kosongkan Windows Prefetch folder setiap minggu.

5. Run disk cleanup sebulan sekali.

6. Buang semua spyware daripada Komputer. Gunakan software percuma seperti AdAware Lavasoft ataupun SpyBoot Search & Destroy.

7. Buang segala program yang tidak diperlukan pada Windows Startup menggunakan MSCONFIG utility.

8. Buang segala program yang tidak diperlukan pada Add/Remove Programs di Control Panel.

9. Selalu melawat website Microsoft Windows updates dan download update terbaru yang diperlukan secara manual. Anda juga boleh setting Automatic Update di PC anda.

10. Sentiasa update Antivirus. Gunakan Antivirus seperti Kaspersky, Avira dan remover yang sesuai.




Spam Masalah Sosial

Share

Spam Masalah Sosial

Emel spam boleh terdiri daripada emel-emel berbaur politik sehinggalah penjualan produk seperti tawaran pembesaran payu dara.

Sebuah laman web di New York (tinyurl.com/ysgyow) mencadangkan terdapat lebih daripada 170 bilion emel yang dihantar setiap hari di dunia.

Daripada berbilion-bilion emel itu, kebanyakannya ialah emel 'spam' iaitu antara 100 bilion dan 150 bilion. Ini bermakna, jika setiap manusia di bumi berada dalam talian, semua orang bakal mendapat emel spam yang mencukupi. Bahkan, bayi yang baru lahir boleh mendapat 20 emel spam.

Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah.

Data ini menunjukkan bahawa spam lebih daripada masalah teknologi. Rawatan dan solusinya sebenarnya terletak pada manusia dan masyarakat. Apakah hukuman yang selayaknya bagi pengirim emel spam? Ia mestilah tegas tetapi tidak mungkin hukuman mati kerana tiada justifikasi untuk yang sedemikian.

Cukupkah dengan melihat spam melibatkan tindakan politik dan ekonomi?
Spam haruslah kelihatan tidak menguntungkan.

Seorang penganalisis daripada agensi berita Guardian menyatakan, yang membuatkan aktiviti mengirim emel spam menarik kepada penjenayah siber ialah tiada kos dan risiko yang rendah. Justeru, mungkinkah solusi yang lebih baik ialah dengan mengenakan bayaran?
Bagi spam sejati, ia juga mungkin membawa maksud caj mikro seperti 'cap' emel.

Menurut penganalisis tersebut, mekanisme ini buat pertama kali telah dicadangkan oleh tokoh perisian Kanada, Tim Bray. Katanya, mekanisme ini memerlukan pengendalian berpusat satu kuasa besar seperti bersaiz kerajaan sebuah negara atau Google atau Microsoft. Ia berfungsi dengan meletakan pada setiap emel yang dihantar satu jenis 'pengecapan digital' yang mengesahkan bahawa emel yang dihantar adalah dikehendaki oleh penerimanya dan kandungannya tidak mendatangkan marah.

Pengesahan ini akan memerlukan kos. Ia perlu kelihatan bernilai seperti mana sijil tersebut menunjukkan bahawa emel itu bukan emel sampah, picisan iaitu spam. Bagaimanapun, meski satu emel yang dihantar dikenakan bayaran satu sen pun, ia tetap membawa masalah yang lain.
Apabila sistem seperti ini digunapakai, internet tidak akan menjadi terbuka kepada sesiapa jua dan mana-mana ISP hanya menerima emel yang berbayar.

Tentu sekali solusi ini tidak sempurna. Yang paling sukar tentunya orang yang miskin. Satu sen semesej tetap satu kos yang membebankan.

Namun, persoalan utamanya bukanlah antara emel percuma dan emel bayar, atau antara internet terbuka dan internet tertutup. Ia adalah antara membayar untuk suatu tindakan tidak efisien atau yang lebih efisien.

Meletakkan keseimbangan antara kos dan risiko mungkin dapat menghapuskan jenis-jenis spam terutama melibatkan penjualan barangan yang hanya segelintir mampu membelinya. Ia tidak akan membawa banyak kebaikan dan jika silap gaya kerana 'hukuman' yang kurang 'menyakitkan', akhirnya serangan scam dan aktiviti phishing pula yang berlaku.

Mengirim dan membuang scam bukan sahaja masalah spam. Sesetengah orang mengeluarkan wang tanpa mengetahui ia scam, tetapi akhirnya mendapati ia merupakan satu pembohongan yang amat besar. Menghentikan mereka memerlukan tindakan daripada pihak-pihak yang terlibat.
Justeru, spam secara asasnya ialah masalah sosial, bukan masalah teknologi.

Tidak ada teknologi pintar yang boleh menghentikannya selagi terdapat bilangan signifikan manusia di luar sana yang dilihat seperti mahukan emel spam.

BBC melaporkan, menurut satu tinjauan yang dikendalikan oleh firma sekuriti Mirapoint dan syarikat kajian pasaran Radicati Group, hampir sepertiga pengguna emel mengklik pada link yang diberikan mesej spam.

Menurut satu sumber di laman IEEE Computer Society, pada tahun 2003, spam membuatkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat hilang produktiviti bernilai AS$10 bilion (RM32 bilion). Satu sumber yang lain pula menyatakan, spam menyebarkan virus dan menjadi penceroboh utama sesebuah rangkaian.

Walaupun kebanyakan melihat spam lebih kepada masalah peribadi, ia tidak syak lagi merupakan masalah sosial yang memerlukan tindakan masyarakat keseluruhannya.

Sumber : www.kosmo.com.my

Thursday, September 3, 2009

Beli-belah Dalam Talian

Share


Beli-belah Dalam Talian

VirtualMalaysia.com portal e-pelancongan rasmi Kementerian Pelancongan, telah menambahkan lagi keseronokan beli-belah melalui peraduan secara dalam talian Shopping Mania: Tag the Bag yang dianjurkan sempena Karnival Jualan Mega Malaysia 2008.

Peraduan yang bermula dari 16 Jun hingga 31 Ogos ini merupakan sebahagian daripada kempen selama 11 minggu VirtualMalaysia.com untuk mempromosikan aktiviti membeli-belah di seluruh negara. Sempena dengan karnival jualan mega selama 59 hari (bermula 5 Julai hingga 1 September 2008), peraduan ini menyediakan peluang kepada para pelancong tempatan dan luar negara untuk memenangi hadiah-hadiah hebat serta baucar yang boleh digunakan semasa pesta jualan.


"Malaysia merupakan syurga beli-belah dan kami sangat teruja untuk menampilkan daya tarikan yang ada di negara kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif, VirtualMalaysia.Com, Rohizam Md Yusoff. "Kami mahu membuat sesuatu yang menyeronokkan untuk para pengunjung VirtualMalaysia.com dan itulah sebabnya kami mencipta permainan Tag the Bag, yang boleh disertai oleh semua lapisan umur, tidak kira tua atau pun muda." Tag the Bag adalah permainan mudah yang memerlukan para peserta mengumpulkan mata dengan menangkap seberapa banyak beg beli-belah yang boleh dalam masa 20 saat. Tiada had dikenakan kepada para peserta untuk bermain permainan ini. Lebih kerap peserta bermain, maka lebih besar peluang mereka untuk menang.

Para penganjur pertandingan ini termasuklah MasterCard, Gap, Suria KLCC, The Mall, Zon Johor, Gurney Plaza, Kiara Holidays, Dragon-I, dan banyak lagi.
Pemenang peraduan akan dipilih setiap minggu dan diumumkan melalui laman web. Untuk menyertai peraduan, layari www.virtualmalaysia.com dan klik pada Mega Sale Mania: Tag the Bag untuk memulakan permainan.


Sumber : www.utusan.com.my

Wednesday, September 2, 2009

Kesinambungan tradisi DiGi

Share

Kesinambungan tradisi DiGi


Keinginan terhadap muzik digital semakin meningkat. Justeru, DiGi Music Unlimited mencetuskan era baru dalam penghayatan muzik masa kini.

Teknologi mudah alih dan Internet telah mengubah hidup kita menjadi lebih baik dan mudah. Membeli-belah secara dalam talian, perbankan Internet dan perkhidmatan lokasi menerusi teknologi GPS bukan lagi sesuatu yang asing pada hari ini.

Ketua Segmen Pemasaran DiGI, Koay Chee Keong berkata, tarikan universal muzik juga telah tersebar ke skrin yang lebih kecil. Generasi muda di seluruh dunia hari ini menjadi peminat Internet dan bergantung kepada kemampuan teknologi mudah alih untuk mengakses senarai lagu kegemaran mereka yang disimpan di dalam laman web, tidak kira di mana mereka berada.

Selain itu katanya, aplikasi muzik mudah alih telah menjadi ikutan yang hebat dalam kalangan generasi muda.

Gajet

Mereka menjadikan gajet sesuatu yang peribadi dengan nada dering lagu-lagu terkini yang menjadi kegemaran masing-masing. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila muzik menjadi sebati dalam kehidupan dan mencerminkan keperibadian mereka, selain untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Beliau juga berkata, trend yang semakin meningkat itu telah dibuktikan oleh kajian serantau Synovate. Menurut laporan tersebut, lebih 68 peratus pengguna muda di negara-negara rantau Asia Tenggara memperuntukkan lebih banyak masa untuk mendengar muzik.

Kajian itu turut menunjukkan 25 peratus daripada mereka lebih kerap mendengar muzik berbanding dalam tempoh 12 bulan lalu. Malah, lebih daripada 61 peratus dan 47 peratus rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit dan komputer mereka untuk mendengar muzik.

"Data-data ini sudah cukup untuk menggambarkan situasi generasi muda sekarang dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila kuasa tarikan muzik telah melonjak kerana kecanggihan teknologi.

"Keadaan ini turut dibantu dengan kehadiran pelbagai peranti mudah alih dengan simpanan memori yang besar tersedia di pasaran pada harga mampu milik sekali gus membolehkan penerimaan pantas generasi muda terhadap muzik," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.

Beliau menjelaskan, daya tarikan untuk mempunyai platform yang efektif dalam mendekatkan generasi muda dengan perubahan cara hidup dan memenuhi keperluan mereka telah mendorong DiGi memperkenalkan perkhidmatan laman web yang dikenali sebagai DiGi Music Unlimited.

"Ia merupakan perkhidmatan muzik terbaru yang bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati muzik. Perubahan itu akan menggalakkan pengguna menjelajah, menjadikannya peribadi, berkongsi dan menikmati muzik dengan cara baru.

"Kami mahu memperluaskan kekuatan tarikan jenama kami dalam kalangan generasi muda dengan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dan menepati cara hidup mereka," ujarnya.

Meyakinkan pelanggan

Tambahnya: "DiGi Music Unlimited merupakan kesinambungan tradisi kami dalam menawarkan produk-produk dan perkhidmatan yang bersesuaian di pasaran. Pada masa yang sama, meyakinkan pelanggan kami bahawa produk dan perkhidmatan itu mudah digunakan serta pada kadar yang berpatutan."

Pada ketika ini, portal muzik tempatan dan perkhidmatan telekomunikasi lain menawarkan harga antara RM3 hingga RM5 bagi muat turun sebuah lagu. Dengan tawaran terbaru muzik DiGi itu, pelanggan boleh memuat turun seberapa banyak lagu yang mereka mahukan pada kadar hanya RM5 sebulan.

Kini, tawaran harga yang terbaik itu juga membolehkan pelanggan berkongsi lagu-lagu kegemaran mereka dengan rakan-rakan menerusi SMS, e-mel dan laman-laman rangkaian sosial.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.DiGiMusic.com.my hari ini atau hubungi DiGi di talian 016-221 1800.

Sumber : www.kosmo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive