Thursday, October 29, 2009

Pelancaran Windows Terbaru

Share


Pelancaran Windows Terbaru


TIDAK lama lagi pengguna komputer boleh menggunakan perisian Microsoft Windows terbaru menggantikan Windows Vista dan XP. Bagi meningkatkan lagi prestasi pemprosesan komputer, Microsoft melancarkan perisian terkini Window 7 minggu lepas.

Buat masa ini Microsoft akan menjalinkan usahasama dengan rakan kongsi di negara ini seperti Intel, Dell, HP, Toshiba, Lenovo dan Asus dalam membangunkan sistem operasi.
Sehingga hari pelancaran, Microsoft akan terus menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi industri bagi memastikan keperluan pengguna seluruh dunia.

Ketua Pegawai Pemasaran Microsoft Asia Pasifik, Andrew Pickup berkata, sehingga kini pihak sedang berbincang mengenai tujuh perkara bagi memenuhi permintaan pengguna.
"Kami membina Windows 7 dengan rakan kongsi dan keyakinan mereka mengenainya. "Kami yakin perisian terbaru ini menggambarkan kerjasama erat antara kami dan pelanggan," katanya semasa majlis pra pelancaran Windows 7 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Laporan IDC meramalkan Windows 7 akan mengambil alih 50 peratus sistem operasi seluruh dunia menjelang 2010 dan dijangka 177 juta unit akan berada di pasaran penghujung 2010.
Apa kata rakan kongsi komputer mengenai Windows 7 Ketibaan Windows 7 memang tepat pada masanya semasa pengkomputeran mudah alih.

Kami telah bekerjasama erat dengan Microsoft mengenai pembangunan produk masa kini dan masa depan dan mengambil kesempatan ketika ledakan pengkomputeran bagi memastikan landasan Intel dapat digunakan oleh pengguna Windows 7 apabila dilancarkan.

Pengurus Negara Intel Malaysia, Ryaz Patel Kerjasama erat dengan Microsoft memastikan produk kami akan sedia dengan Windows 7 apabila dilancarkan. Adalah menjadi matlamat Acer menjadikan teknologi komputer mudah digunakan setiap hari dan mampu dimiliki oleh semua orang, di mana saja. - Ketua Jabatan Komputer Meja dan Pelayan Produk, Acer Sales & Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong.

Ramai pelanggan bimbang migrasi kepada OS yang baru memakan masa lama dan rumit tetapi Dell telah membantu pelanggan menyedari kelebihan menaiktaraf Windows 7 menerusi integrasi rapat dengan Microsoft.
- Pengurus Besar Negara, Dell Malaysia, Yuri Wahab.

Microsoft adalah pelanggan bernilai dan kami bekerjasama rapat dengan mereka semasa pembangunan Windows 7 bagi memastikan pelanggan mendapat kelebihan daripada ciri terkini.
Landasan Windows 7 membenarkan HP membawa inovasi secara berterusan kepada komputer buku dan meja HP bagi memberikan pengalaman pengkomputeran hebat kepada pelanggan. - Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, Hewlett Packard Malaysia, Danny Lee. Kami menjalinkan kerjasama rapat dengan Microsoft semasa pembangunan Windows 7 dan kami mereka penyelesaian baru bagi ciri terkini sebagai usaha menyediakan pelanggan dengan pengalaman terbaik. - Pengurus Pembangunan Pasaran, June Gan, Toshiba Asia Pasific Pte Ltd.

Dengan pelancaran Windows 7 tidak lama lagi, sistem operasi Microsoft terbaru ini akan membuka mata masyarakat mengenai pengkomputeran.
Kami menekankan mengenai menjadikan produk lebih baik dengan meningkatkan paras integrasi Microsoft dan menerusi perbincangan dan penyelidikan dengan pelanggan. - Pengurus Saluran, Pengedar Bisnes Konsumer Lenovo Malaysia, Yap Hui Hui. Produk Asus dan pembangunan falsafah Microsoft di sebalik Windows 7 boleh dikatakan sangat sepadan dan kami amat teruja dengan pelancarannya.

Kami percaya kerjasama erat dengan Microsoft akan terbalas apabila pengguna merasai pengalaman Windows 7 pada produk kami.
- Pengarah, Produk Notebook, Asus Malaysia, Neo Wang.

Sumber : www.utusan.com.my

Wednesday, October 28, 2009

Jangan Tertipu dengan Emel Spam

Share

Jangan Tertipu dengan Emel Spam

Anda semestinya pernah dapat emel spam kan? Kalau nak tau apa itu emel spam anda boleh rujuk artikel yang lepas. Mungkin terdapat pelbagai jenis emel spam yang anda dapat tetapi anda perlu berhati-hati dengan emel seperti gambar di atas yang berkaitan dengan akaun bank anda. Kepada anda yang belum tahu, mungkin anda akan lihat yang emel tersebut datang daripada pihak Maybank.

Jadi, anda mungkin akan klik dan buat apa yang disuruh seperti mengemaskini profil anda ataupun memberitahu yang akaun anda telah digantung untuk seketika. Untuk pengetahuan anda, pihak Maybank tidak akan berurusan dengan pelanggannya melalui emel. Jika anda lihat gambar di atas, anda akan dapat lihat banyak keraguan yang timbul.

Seperti artikel yang lepas saya telah gariskan beberapa langkah keselamatan yang perlu anda lihat contohnya anda lihat domain tersebut http://www.maybank2u.com.my. Domain tersebut seakan sama seperti domain maybank2u yang sebenar. Tetapi apakah perbezaannya? Anda lihat ini domain maybank2u yang sebenar https://www.maybank2u.com.my. Nampak perbezaannya?

Teknik ini dinamakan phishing. Jadi anda perlu berhati-hati dengan jenayah internet seperti ini. Kemungkinan akaun bank anda akan dikawal oleh pihak ketiga jika anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Tuesday, October 27, 2009

Lanjutkan Pakej Netbook Kepada Tiga Tahun

Share


Lanjutkan Pakej Netbook Kepada Tiga Tahun

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kerajaan dicadang mempertimbangkan lanjutan tawaran pakej netbook kepada tiga tahun untuk mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah bagi memudahkan mereka melakukan kajian dan penyelidikan (R&D).

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, langkah itu dapat membantu pelajar tahun tiga mengakses kemudahan Internet dan menyiapkan projek tahun akhir di universiti.

''Kita melihat pengumuman Perdana Menteri dalam Bajet 2010 itu satu langkah permulaan meringankan beban rakyat dan kita berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan itu.

''Tetapi, pelajar tahun tiga atau tahun akhir merupakan kelompok mahasiswa paling memerlukan akses jalur lebar kerana penyelidikan di universiti banyak dilaksanakan pada tahun kedua dan ketiga pengajian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman dalam Bajet 2010 mengenai tawaran pakej netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya Jumaat lalu berkata, pakej tersebut jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan keutamaan diberi kepada pelajar tahun pertama daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai permulaan, pakej tersebut akan ditawarkan oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Sementara itu, Syed Anuar berkata, pemberian Biasiswa Nasional berasaskan merit kepada 30 pelajar terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor dunia, mampu menggalakkan pelajar terus meningkatkan usaha dan berlumba-lumba mencapai kejayaan.

''Walaupun jumlahnya kecil, tetapi ia merupakan satu penghormatan yang cukup besar nilainya," katanya.

Tambahnya, penukaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama kepada biasiswa bermula tahun depan, juga menggalakkan mahasiswa menceburi bidang R&D.

Katanya, ini selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang membangunkan ekonomi berlandaskan inovasi.

Sumber : www.utusan.com.my

Sunday, October 25, 2009

Perisian Windows Menerusi Telefon

Share

Perisian Windows Menerusi Telefon

RANGKAIAN baru perisian Windows menerusi telefon bimbit kini hanya di hujung jari anda sahaja. Orang ramai boleh menggunakan kemudahan yang dicipta itu dengan mendapatkan telefon bimbit yang syarikat pengeluarnya mempunyai kerjasama dengan Microsoft.


Microsoft menjangka akan mempunyai hubungan kerjasama perniagaan dengan lebih 30 syarikat telefon bimbit di 20 buah negara menjelang penghujung tahun ini.

"Kami mahu menjalin hubungan dengan orang ramai dan setiap informasi adalah penting, tidak kira sama ada anda berada di rumah atau di tempat kerja.

"Telefon yang dilengkapkan dengan Windows membolehkan orang ramai menerima informasi, komunikasi dan hiburan secara digital tidak kira di mana mereka berada," jelas Ketua Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Yasir Yousuff.

Sesuai dengan personaliti kehidupan masyarakat pada masa kini, Microsoft turut menawarkan Windows bagi Custom Theme Creator.

Ini bermakna pengguna boleh memilih tema sendiri dengan padanan warna menarik dan hiasan yang lebih menawan.

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu akses ke laman web http://www.windowsphone.com/theme untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Antara yang akan menjadi tarikan apabila memiliki telefon yang mempunyai perisian Windows itu adalah anda boleh berkongsi gambar menerusi rangkaian sosial seperti Twitter, Faceboook, MySpace dan Flickr.

Dengan Microsoft Office Mobile pula, anda boleh menggunakan PowerPoint bagi membuat penyuntingan Word dan Excel. Untuk pautan hiburan pula, pengguna disediakan Windows Live Media yang mempunyai persamaan seperti Windows Media Player.

Selain itu, hiasan paparan Windows Internet Explorer yang menggunakan Adobe Flash Lite memberikan anda pengalaman menarik seolah-olah menggunakan komputer peribadi.

Sempena pelancaran perisian Windows itu, Microsoft mengeluarkan kemudahan terbaru untuk penggunanya.

Kemudahan tersebut akan membolehkan setiap pengguna menyelamatkan setiap data dengan menyalin dan menyimpannya.

Bukan itu sahaja, Windows Marketplace turut diperkenalkan yang mana ia menawarkan kepada orang ramai cara mudah untuk mendapatkan aplikasi berkualiti tinggi bagi tujuan permainan dan pekerjaan.

Sumber : www.kosmo.com.my

Saturday, October 24, 2009

Vista Uprgade Prank

Share


Vista Uprgade Prank
Belum puas kenakan kawan-kawan korang? Kalau belum jom kenakan diorang lagi dengan teknik ni. Teknik ni dipanggil Vista Uprgade Prank. Boleh digunakan kepada sesape yang pakai Windows XP ataupun Windows Vista. Cara nak close ialah gunakan task manager ataupun button escape.

Friday, October 23, 2009

Pakej Broadband Terbaru Maxis Paling Murah

Share

Pakej Broadband Terbaru Maxis Paling Murah

KUALA LUMPUR - Maxis Communications Bhd. (Maxis) melancarkan kempen jalur lebar terbarunya, Something for Everybody, sebagai usaha menyediakan pakej terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang berbeza.

Pengurus Besar Kanannya, Afizulazha Abdullah berkata, tawaran pakej yang bermula serendah RM8 sehari sehingga RM48 sebulan itu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan.

"Pakej jalur lebar ini direka untuk memenuhi corak penggunaan Internet di kalangan pengguna dan dalam masa yang sama akan memberikan penjimatan dengan kos efektif ketika melayari Internet dalam talian.

"Pelanggan hanya perlu bayar untuk apa yang mereka perlukan sahaja,'' katanya pada sidang media sempena pelancaran kempen Something for Everybody di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Strategi dan Ketua Jalur Lebar Maxis, Dr. Nikolai Dobberstein.

Afizulazha menjelaskan, bagi pakej harian jalur lebar prabayar, kadar penggunaan bagi pakej sehari ialah RM8 dan pakej mingguan (tujuh hari) pula ialah sebanyak RM25.

Kelajuan bagi semua pakej tersebut adalah sama iaitu pada kadar kelajuan perpindahan data 7.2 megabit sesaat menerusi rangkaian kepantasan Maxis yang telah diluaskan.

Sumber : www.kosmo.com.my

Thursday, October 22, 2009

Internet Jalur lebar Kelajuan Tinggi Pada 2010

Share


Internet Jalur Lebar Kelajuan Tinggi Pada 2010


KUALA LUMPUR 22 Okt. — Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dijangka dapat dinikmati rakyat mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, ini kerana rangkaian akses kini dalam proses ujian dan sebanyak empat ibu sawat di Lembah Klang iaitu di Bangsar, Shah Alam, Subang Jaya dan Taman Tun Dr. Ismail dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses.

Telekom Malaysia juga telah memulakan kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastuktur rangkaian akses di 22 rangkaian ibu sawat syarikat itu di seluruh negara, katanya menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Salang berkata, rangkaian akses akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui 1.3 juta premis di kawasan Lembah Klang, Wilayah Pembangunan Iskandar dan zon-zon ekonomi dan industri utama di seluruh negara.

"Ujian yang menyeluruh dijangka siap pada akhir 2009 dan perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pengguna pada pertengahan 2010,” katanya. - Bernama (22/10/2009)

Sumber : www.utusan.com.my

Wednesday, October 21, 2009

UiTM - Kaspersky Jalin Kerjasama

Share
UiTM - Kaspersky Jalin Kerjasama

Menyedari jenayah siber kian berleluasa, Kaspersky memilih untuk memberi kesedaran pendidikan terutama kepada para pelajar.

ANCAMAN talian dilihat semakin membimbangkan ekoran jenayah perisian yang bertujuan mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Ketika jenayah talian menjadi satu industri jutaan dolar, pada masa yang sama pengguna berdiam diri tanpa mendedahkan masalah tersebut. Akhirnya, pengguna sendiri yang terpaksa berdepan dengan risiko jenayah siber.

"Salah satu trend terkini adalah dengan menggodam sistem ATM. Mereka menggunakan virus komputer Trojans sehingga penjenayah dapat mengakses akaun simpanan pengguna.

"Meskipun institusi kewangan menyedari kecurian ini, mereka tidak mampu menghalangnya kerana tidak tahu bagaimana cara mengatasinya," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Makmal Kaspersky (Kaspersky Lab), Eugene Kaspersky.

Kelemahan sistem perundangan, keengganan mangsa melaporkan kepada pihak berkuasa, kesukaran menjejaki dalang dan kerumitan mengesan penjenayah yang merentas sempadan, menyaksikan sindiket penjenayah siber antarabangsa itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Isu utama berkaitan jenayah siber sebenarnya disebabkan pengguna Internet mendedahkan identiti sebenar mereka.

"Untuk membangunkan e-Dunia yang lebih selamat, penggunaan Internet yang lebih baik diperlukan seperti Pasport Internet bagi setiap individu.

"Akreditasi khusus untuk syarikat perniagaan dan penyimpanan data sementara terhadap sebarang permohonan adalah penting," tambahnya.

Selain itu, kini tiba masanya Internet-Interpol diwujudkan kerana dengan adanya badan itu, kerjasama polis antarabangsa dalam memerangi jenayah siber mampu ditingkatkan.

Katanya, sebagai vendor penyelesaian informasi keselamatan, Kaspersky Lab kini muncul dalam kelompok lima teratas dunia. Produk dan teknologi syarikat itu kini digunakan oleh lebih 250 juta orang di seluruh dunia.

Kaspersky Lab merupakan langkah permulaan untuk kerjaya yang lebih gemilang dalam industri kandungan sekuriti perisian penyelesaian pengurusan.

Dengan ancaman siber yang terus meningkat, keperluan terhadap lebih ramai juruprogram profesional menjadi semakin tinggi terutama daripada mereka yang mempunyai latar budaya berbeza.

"Latar budaya penjenayah siber sering terserlah menerusi corak dan aliran skim sindiket yang mereka gunakan. Usaha untuk menangani ancaman ini, ada kalanya dapat dikesan menerusi budaya yang berbeza. Kita boleh belajar membanteras ancaman daripada budaya berlainan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut membuka sebuah Akademi Penyelidikan Kaspersky di Malaysia bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bagi menjalankan kajian dan membangunkan program sekuriti siber dalam kalangan siswazah.

Akademi itu menawarkan empat aspek utama pengajian iaitu pendidikan, rakan kongsi akademik, sains serta persaingan bagi memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendedahan dalam dunia sekuriti informasi.

Kebanyakan kerja kursus pelajar dilakukan menerusi kaedah pembelajaran sendiri baik menerusi diskusi atau tunjuk ajar menerusi talian.

Selain itu, persidangan seperti konvensyen Keselamatan IT untuk Generasi Akan Datang, projek diploma, latihan ilmiah dan latihan amali serta bantuan daripada komuniti sekuriti Internet turut menyediakan latihan tambahan dan peluang menimba ilmu yang lebih luas.

Pertandingan di peringkat kebangsaan, serantau dan dunia serta kejohanan kemuncak empat tahun sekali turut diatur bagi mengasah bakat dan kemahiran peserta ke tahap tertinggi.

"Ketika ini, akademi tersebut menerima lebih 220,000 pelajar dari seluruh dunia menerusi 1,200 sekolah serta institusi pengajian tinggi dan dianggarkan lebih 20,000 pensyarah, profesor dan siswazah sedia tampil membantu dan menyokong peserta," katanya.

Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah, berkata, pemilihan UiTM sebagai akademi Kaspersky yang pertama di Malaysia membuktikan pengiktirafan terhadap usaha institusi itu dalam melahirkan siswazah yang mempunyai kemahiran teknologi yang tinggi serta pemikir ulung.

"Pengiktirafan daripada Kaspersky Lab ini begitu bermakna lebih-lebih lagi sewaktu UiTM menyambut konvoskesyennya yang ke-71," katanya.

Sumber : www.kosmo.com.my

Bagusla tu UiTM pakai antivirus ni..Lab Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dah penuh dengan virus..Siap buat pusat ternakan lagi..huhu

Tuesday, October 20, 2009

Mencantikkan Gambar

Share

Mencantikkan Gambar

LAMAN web sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan Twitter membolehkan individu berhubung dengan orang lain menerusi Internet. Mereka boleh bertukar-tukar gambar, bermain permainan, meninggalkan mesej dan mencari ramai kawan di serata dunia.

Untuk menjadikan gambar anda lebih menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan, masuk ke laman web www.picnik.com untuk menyunting gambar anda supaya lebih menarik. Anda tidak perlu untuk register untuk membuat suntingan seperti kebanyakkan laman web yang lain.

Laman web ini menyediakan pelbagai kesan khas seperti Go Pink (menjadikan gambar berwarna anda menjadi merah jambu) dan Focal B&W (memberikan fokus warna pada bahagian yang anda kehendaki, sementara bahagian lainnya pula berwarna hitam dan putih).


Pilih Orton-Ish untuk memberikan sentuhan kecantikan kepada gambar anda dan Posterize untuk menjadikan gambar anda seolah-olah dilukis dengan cat air.


Anda juga boleh membuat suntingan gambar supaya menjadi lebih jelas, memotong bahagian gambar yang tidak dikehendaki atau mengecil dan membesarkan gambar.

Selepas gambar anda diletakkan bermacam-macam kesan khas, anda juga boleh meletakkan kata-kata indah pada gambar tersebut dengan menggunakan teknik yang disediakan iaitu Text.


Klik pada Frame untuk membuat bingkai pada gambar anda. Setelah selesai anda bolehlah save ke PC anda.

Monday, October 19, 2009

Menghindari Serangan Global

Share
Menghindari Serangan Global

Semestinya ada dikalangan anda selalu mendapat e-mail spam daripada seluruh pelusuk dunia walaupun anda tidak mengenali siapa pengirim email tersebut terutama sekali pengirim dari Nigeria. Untuk pengetahuan anda, Nigeria merupakan negara yang mempunyai paling banyak kes jenayah berkaitan internet.

Anda mungkin mendapat email seperti menyuruh anda memasukkan nama, alamat, no telefon untuk mengesahkan yang anda telah berjaya memenangi sesuatu cabutan bertuah walaupun anda tidak pernah sama sekali masuk peraduan tersebut.


Ini merupakan salah satu cara mereka untuk mencuri identiti anda dan memanipulasi maklumat anda untuk agenda tersembunyi seperti memecahkan password akaun bank anda.
Bagaimana cara anda melindungi internet anda daripada serangan global? Pastikan anda ikut cara seperti ini:

  • Install dan sentiasa update antivirus, antispyware dan juga firewall.
  • Update software seperti update Windows XP mahupun Vista anda secara manual ataupun auto untuk melindungi security holes.
  • Jangan buka mesej email ataupun attachment daripada sumber yang tidak diketahui sumbernya.
  • Gunakan password yang efektif dan selamat.
  • Jangan berikan maklumat berkaitan identiti anda kepada orang yang tidak anda kenali.

Friday, October 16, 2009

Cara Mencipta Password Yang Selamat

Share

Cara Mencipta Password Yang Selamat

Kenapa kita sering menggunakan password yang mudah untuk dicuri? Kebanyakkan daripada kita selalu menyimpan maklumat sulit di dalam komputer mahupun internet. Dengan menggunakan password yang lemah dan senang untuk dicuri memudahkan mereka yang pakar di dalam bidang IT seperti “Hackers” akan memanipulasi maklumat-maklumat kita dan menyebarkan di khalayak umum ataupun untuk kegunaan mereka sendiri.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Computer Crime Research Center, 21% menggunakan nickname mereka sendiri ataupun rakan-rakan, 15% menggunakan tarikh lahir ataupun tarikh ulangtahun mereka dan 15% lagi menggunakan nama binatang peliharaan mereka sebagai password.

Kira-kira 14% menggunakan nama keluarga rakan, 7% menggunakan tarikh yang sukar dilupakan bagi mereka, dan 2% lagi menggunakan perkataan “password” sebagai password mereka.
Untuk memastikan password yang kita gunakan selamat, ikut cara seperti di bawah:

  1. Gunakan sekurang-kurangnya 8 character.
  2. Masukkan nombor, simbol dan juga huruf.
  3. Gunakan huruf besar diselang-selikan dengan huruf kecil.
  4. Gunakan password yang berlainan di akaun yang berlainan.
  5. Tukar password anda selalu ataupun buat perubahan kecil pada password anda.
Sememangnya susah untuk dilakukan kerana sebab utama kita tidak menggunakan cara seperti itu ialah keupayaan kita untuk mengingati password tersebut.
Contohnya seperti di bawah:

Mulakan dengan benda yang senang untuk anda ingat seperti band kegemaran anda seperti “Hujan”. Tukarkan menjadi seperti ini HuJAn. Kemudian masukkan simbol diantara huruf seperti H*u*J*A*n. Jika anda gunakan pasword untuk akaun emel masukkan huruf E dibelakang dan jadi seperti ini H*u*J*A*nE. Kalau Facebook letak la F, Blog letak B.

Amaran: Gunakan cara anda sendiri supaya anda mudah untuk mengingati password anda. Ini cuma contoh sahaja.

Wednesday, October 14, 2009

Ramalan 2010??

Share

Ramalan 2010??

Apakah gajet atau teknologi yang dijangka meraih perhatian dunia pada tahun depan?

Telefon generasi keempat (4G) dijangka menemui pengguna bagi menggantikan telefon 3G yang telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu. Telefon 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps.

Perisian Microsoft Office juga dijangka bakal memperkenalkan pengganti Office 2007 pada tahun hadapan, Microsoft Office 2010. Menurut Microsoft, ciri tambahan yang terdapat pada aplikasi pejabat terbaru itu adalah untuk membolehkan tugasan dibuat dengan lebih efisen. Ia menggunakan aplikasi web yang membolehkan tugasan boleh diakses di mana-mana selain untuk membuat gabungan kerja menjadi lebih mudah.

Lebih menarik lagi, Office 2010 juga bakal diperkenalkan seiring dengan versi online untuk aplikasi Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ia juga sesuai digunakan dengan pelayar web Internet Explorer, Firefox dan Safari, menjadikannya boleh digunakan dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian Internet.

Sumber : Diolah dari www.kosmo.com.my

Tuesday, October 13, 2009

Penyakit Migrain

Share

Penyakit Migrain

Selalu sangat post pasal komputer dengan teknologi..Idea dah kering sebab busy..:-D..Sekali sekala nak post pasal kesihatan pulak. Kesihatan kita penting..Jangan selalu sangat main komputer sampai lupa jaga kesihatan..Kali ni jom kita baca artikel berkaitan penyakit migrain.

BUKAN mahu menakut-nakutkan tetapi satu penyakit boleh menjadi gejala penyakit kedua. Penyakit migrain yang sering menyerang di bahagian sebelah kepala memberi gambaran risiko angin ahmar dan serangan jantung.

Satu kajian di Amerika Syarikat dua tahun lalu mendapati jika seseorang itu diserang migrain sekali sebulan bermakna risiko serangan jantung meningkat 50 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mengalami migrain.

Sementara itu, apabila seseorang mengalami migrain sekali dalam seminggu, risiko terhadap angin ahmar dan serangan jantung boleh meningkat tiga kali ganda.

Bagaimanapun, menurut seorang pakar dari Hospital Omni Pulomas, Dr. Imam Nito, hanya sakit kepala teruk yang disebabkan oleh salah satu organ tubuh tidak berfungsi dengan baik, contohnya aliran darah yang tersumbat dengan kolesterol, boleh membawa kepada angin ahmar dan serangan jantung.

Jadi kepada anda yang mempunyai penyakit migrain diharap utamakan kesihatan anda..:-)

Sumber : Diolah dari www.kosmo.com.my

Friday, October 9, 2009

Microsoft Security Essentials

Share

Microsoft Security Essentials

Microsoft baru-baru ini telah melancarkan satu produk sekuriti iaitu antivirus yang dinamakan Security Essentials. Antivirus ini dapat mengesan virus, spyware, malware dan pelbagai lagi malicious software. Microsoft Security Essential ini adalah percuma daripada Microsoft, senang untuk dipasang dan digunakan.

Microsoft telah membuka link muat turun Security Essentials dalam versi Beta untuk cubaan. Sebanyak 75,000 sahaja muat turun dibenarkan. Jadi, jika anda berminat, cepat-cepatlah download sebelum anda terlepas peluang keemasan ini. 


Download Microsoft Security Essentials

Monday, October 5, 2009

Fakta Internet

Share

Fakta Internet

Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:
  • Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
  • 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
  • 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.
  • Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.
  • Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.
  • Remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.
INFO: Kajian NLOR di Malaysia
  • Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009 Responden
  • 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
  • 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.

Kajian NLOR global:

  • Responden: 9,000 dewasa dan remaja
  • 12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
  • 7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.

Hasil kajian global:
  • 92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
  • 42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
  • Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
  • 7 daripada 10 mengakses foto secara online dan guna IM
  • 24 peratus layari laman sosial Twitter.
Sumber : Diolah dari www.bharian.com.my

Sunday, October 4, 2009

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Share

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Windows Logo (Display or hide the Start menu)

Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)

Windows Logo+D (Display the desktop)

Windows Logo+M (Minimize all of the windows)

Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)

Windows Logo+E (Open My Computer)

Windows Logo+F (Search for a file or a folder)

CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)

Windows Logo+F1 (Display Windows Help)

Windows Logo+ L (Lock the keyboard)

Windows Logo+R (Open the Run dialog box)

Windows Logo+U (Open Utility Manager)

Friday, October 2, 2009

Twitter

Share


Twitter

Anda tahu apakah itu twitter? Untuk pengetahuan anda twitter telah mula diperkenalkan pada Mac 2006. Twitter merupakan satu servis untuk anda menghantar mesej ringkas kepada follower – follower anda.

Kenapa saya katakan ianya ringkas kerana anda hanya boleh menaip sebanyak 140 patah perkataan sahaja. Anda boleh meletakkan status anda tentang apa yang anda sedang lakukan. Bagi follower anda yang ingin memberi komen tentang status tersebut boleh menghantar melalui private mesej yang disediakan.


Servis twitter ini sama seperti anda menghantar buletin kepada friend list seperti di friendster ataupun myspace tetapi dengan twitter anda cuma boleh menaip sebanyak 140 patah perkataan sahaja.

Twitter juga menyediakan tema untuk pilihan anda. Anda boleh membuat duit dengan twitter kerana jika ada barangan yang ingin dijual anda boleh sebarkan kepada follower anda mengenai barangan tersebut. Selain itu juga kepada anda yang mempunyai blog boleh memberitahu yang anda telahpun update blog anda.


Ramai selebriti-selebriti tempatan mahupun antarabangsa menggunakan servis twitter ini untuk membuat pengumuman tentang album terbaru mereka ataupun apa yang sedang mereka lakukan pada waktu itu. Tidak ketinggalan juga ahli-ahli politik yang mahu menarik perhatian para pengundi untuk mengundi mereka menggunakan servis twitter ini.

Kepada anda yang belum mempunyai akaun twitter anda boleh ke www.twitter.com dan create akaun twitter anda sendiri dalam masa tak sampai 5 minit. Selepas itu jika anda berminat mendapatkan info-info menarik dan juga link-link download yang menarik boleh add saya di www.twitter.com/zuarxpdc..:-)



Blueberry-i

Share


Blueberry-i

Pada harga RM438 anda mampu memiliki telefon bimbit yang menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kelihatan eksklusif seperti Blackberry Bold.

Blueberry-i juga didatangkan dengan kemudahan kamera Video Graphics Array (VGA) iaitu sistem yang mampu memberikan hasil gambar yang menarik tidak kira sama ada pengguna berada di dalam persekitaran gelap atau cerah.


Aplikasi seterusnya pula ialah GPRS dan Bluetooth yang menggunakan Advanced Audio Distribution Profile (A2DP). Teknologi streaming baru itu menyokong stereo bagi menikmati muzik dengan bunyi yang kuat, bertenaga dan berkualiti.

Satu lagi keistimewaan telefon itu ialah pengguna boleh menggunakan dua kad SIM serentak. Blueberry-i sebenarnya direka bagi pengguna yang kerap membuat panggilan telefon.

Dan yang paling penting ialah telefon ini didatangkan dengan papan kekunci Qwerty.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive