Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Share

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada anda semua. Semoga segala kelemahan yang lepas akan di baiki pada masa akan datang. Di harap dengan hadirnya tahun baru ini akan memberi azam baru kepada kita semua untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan harmoni.

Kepada pengunjung blog saya, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana tanpa anda tiadalah blog ini. Semoga dengan sokongan anda semua akan memberi motivasi tambahan kepada saya untuk menyiapkan artikel dan tutorial untuk kita pelajari di masa akan datang. Sekali lagi terima kasih diucapkan dari zuar. Salam 1Malaysia. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..



Cara Optimize Display Setting

Share
Cara Optimize Display Setting

Windows XP kelihatan menarik jika anda menggunakan themes yang cantik. Tetapi mempamerkan semua visual setting akan membazirkan system resource. Anda cuma perlu disable setting yang tidak perlu untuk pastikan sistem anda “run” lebih lancar.

Saya pasti anda akan berpuas hati sebab komputer anda akan lebih ringan selepas ini.
Tapi untuk Windows XP sahaja.:-)

Cara meng “optimize” kannya ialah:


Pergi ke Start > Control Panel > System ataupun Right klik My Computer > Properties

Kemudian pilih tab Advanced



Di bahagian Performance anda klik Settings
Anda cuma tandakan pada:

Show shadows under menus

Show shadows under mouse pointer

Show translucent selection rectangle

Use drop shadows for icons labels on the desktop

Use visual styles on windows and buttons





Klik Apply dan OK


Wednesday, December 30, 2009

Buat Logo dan Animation Secara Online

Share
Buat Logo dan Animation Secara Online

Saya tahu kebanyakkan daripada anda mesti tertanya-tanya bagaimana cara untuk mencipta logo sendiri ataupun animation untuk diletakkan di dalam blog, website dan sebagainya.

Selain itu anda yang masih tercari-cari cara membuat banner untuk dijadikan sebagai banner exchange di blog anda boleh membuat secara online tanpa perlukan kemahiran menggunakan photoshop.

Caranya amat mudah sekali mengikut kreativiti anda untuk design supaya nampak menarik, kemas dan cantik. Ianya agak simple tetapi jika anda pandai bermain dengan warna, anda mungkin nampak seperti seorang designer yang mahir.

Cara-caranya:

Masuk ke http://cooltext.com

Anda akan diberi pilihan samada untuk mencipta Logos, Cool Text, Button dan Fonts.

Klik pada Logos ataupun Cool Text di bahagian atas > Pilih style yang anda mahukan.

Kemudian mulakan langkah untuk design logo anda sendiri dengan menulis text dan pilih warna mengikut kesesuain logo anda.

Selepas siap design anda klik pada Render Logo dan tunggu sehingga proses tersebut selesai.

Save image tersebut pada PC anda.

Selesai.








Ni contoh kalau orang malas buat..hehe

Tuesday, December 29, 2009

Internet Akan Miliki Domain Baru

Share



Internet Akan Miliki Domain Baru


SEOUL 26 Okt. - Internet akan melalui satu perubahan besar dalam sejarah empat dekadnya, apabila langkah memperkenalkan nama domain antarabangsa atau alamat dijangka diluluskan pada minggu ini, membolehkan ia ditulis dalam bahasa lain, selain bahasa Inggeris.

Perbadanan Internet untuk Penetapan Nama dan Nombor (ICANN), kumpulan bukan berasaskan keuntungan yang memantau nama domain, akan mengadakan mesyuarat di Seoul pada minggu ini.

Nama domain adalah moniker pada setiap laman web, alamat e-mel dan Twitter, seperti .com dan beberapa singkatan lain.

Satu daripada isu utama yang akan dibincangkan oleh lembaga ICANN dalam mesyuarat minggu ini adalah sama ada buat julung kalinya akan membenarkan keseluruhan alamat Internet dibuat dalam skrip, bukan berasaskan huruf latin.

Ia berpotensi membuka peluang Internet kepada lebih ramai orang di dunia kerana karakter alamat boleh ditulis dalam bahasa Arab, Korea, Jepun, Greek, Hindi dan Cyrillic.

"Secara teknikalnya ini adalah perubahan terbesar dalam Internet sejak ia dicipta 40 tahun lalu," kata Pengerusi ICANN, Dengate Thrush kepada pemberita. Dia menjangkakan ia diluluskan oleh lembaga pada Jumaat ini, hari terakhir persidangan.
Asal-usul Internet bermula daripada eksperimen di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) pada 1969, namun penggunaannya mula dikembangkan pada sekitar 1990-an oleh institusi akademik dan penyelidikan serta orang ramai.

Presiden baru dan CEO ICANN, Rod Beckstrom berkata, sekiranya usul itu diluluskan, ICANN akan mula menerima aplikasi untuk nama domain dalam bahasa lain, selain bahasa Inggeris dan kemasukan pertama dalam sistem itu akan bermula pada pertengahan tahun depan.


Sumber: www.utusan.com.my


Monday, December 28, 2009

Twitter Carian Tertinggi Dalam Bing

Share


Twitter Carian Tertinggi Dalam Bing


WASHINGTON 1 Dis. - Tahun ini masih belum berakhir namun Microsoft menyatakan Twitter sebagai carian tertinggi dalam enjin pencarian barunya, Bing dan sebuah syarikat yang memantau bahasa telah memilihnya sebagai perkataan paling popular tahun ini.

Microsoft dalam sebuah blog Ahad lalu menyatakan Michael Jackson, Twitter dan Swine Flu sebagai topik teratas dicari dalam Bing tahun ini.

Antara lain yang tersenarai dalam 10 carian tertinggi Bing adalah Stock Market, Farah Fawcett yang meninggal dunia Jun lalu, Patrick Swayze aktor yang menghembuskan nafas terakhir September lalu, dan Jaycee Dugard, gadis California yang diculik pada usia 11 tahun dan ditemui masih hidup 18 tahun kemudian.

Microsoft menyatakan yang ia telah menganalisis berbilion carian untuk menyiapkan senarai itu.
Global Language Monitor (GLM), syarikat berpangkalan di Texas yang memantau dan mengesan trend bahasa menyatakan Twitter adalah 'Perkataan Paling Popular 2009'.

"Dalam tahun yang didominasi acara politik, wabak, kesan tsunami kewangan dan kematian ikon pop yang mengejutkan dunia, perkataan Twitter mengatasi semua perkataan lain," kata Presiden GLM, Paul Payack.

Perkataan lain yang tersenarai adalah Obama, Stimulus, Vampire dan Deficit. GLM menjelaskan, mereka menggunakan algoritma proprietary untuk menjejaki perkataan dan frasa dalam media serta Internet untuk menyediakan senarai tersebut.

Tambahnya, perkataan yang dikesan dengan melihat hubungannya kepada 'kekerapan, penggunaan konteks dan kemunculannya dalam media, mengikut faktor trend jangka panjang, perubahan jangka pendek, momentum dan kelajuan'.

Sumber: www.utusan.com.my

Update Facebook Menggunakan SMS

Share
Update Facebook Menggunakan SMS

Bagi penggemar-penggemar laman sosial Facebook, anda kini tidak perlu lagi susah hati untuk update status anda walaupun tanpa ada sambungan Internet.


Bagaimana? Anda boleh update status Facebook anda dengan hanya menggunakan SMS pada handphone anda. Selain update status sendiri, anda juga boleh membaca status rakan melalui Wall Post, membaca Inbox Messages, friend requests dan lain-lain lagi hanya melalui SMS.

Hanya RM1 seminggu anda boleh bermain Facebook sampai lebam jari. Hehe.


P/S: Tutorial ini hanya untuk pengguna Celcom sahaja.


Caranya:


Pertama sekali anda dail *118# > Pilih no 5 iaitu Facebook SMS > Pilih no 2 untuk Activate. RM1 akan ditolak daripada kredit anda.

Anda akan mendapat mesej yang mengatakan registration anda dah confirm.


Anda juga akan mendapat Facebook Mobile confirmation code. Anda simpan code tersebut.
Kemudian anda log in akaun Facebook anda.

Masuk ke bahagian Setting > Account Setting > Mobile.





Anda akan jumpa paparan Activate a Phone. Pilih Already received a mobile confirmation code?.




Pada step ke-2 anda klik Next sebab anda dah Activate menggunakan *118# sebelum ni.





Step ke-3 anda masukkan Facebook Mobile confirmation code yang anda dapat tadi > Klik Confirm.




Sekarang anda dah boleh update status Facebook anda.
Caranya anda taipkan apa saja yang anda nak taip kemudian send kepada nombor di bawah:

32665


Tunggu saja rakan-rakan anda reply selepas ini.


Selesai.

Sunday, December 27, 2009

Twitter bernilai RM3.5 Bilion di Pasaran

Share


Twitter bernilai RM3.5 Bilion di Pasaran


WASHINGTON 25 Sept. - Rangkaian sosial, Twitter hampir berjaya menjana dana sebanyak AS$100 juta (RM347 juta) dalam satu perjanjian baru yang menilaikan perkhidmatan blog-mikro popular itu pada AS$1 bilion (RM3.5 bilion), lapor Wall Street Journal semalam.

Akhbar itu yang memetik 'orang yang menguruskan perjanjian itu' berkata, pembiayaan baru akan tiba daripada sekurang-kurangnya tujuh pelabur termasuk gergasi dana bersama, T. Rowe Price dan firma ekuiti swasta, Insight Venture Partners.

Menurutnya, pelabur lain turut merangkumi firma modal teroka, Spark Capital dan Institutional Venture Partners sebelum ini sudah pun melabur di dalam Twitter. Katanya, para pelabur meletakkan nilai Twitter kira-kira AS$1 bilion walaupun masih belum menjana sebarang pendapatan.

Twitter telah dinilaikan kira-kira AS$255 juta (RM885 juta) semasa pusingan terakhir pelaburan syarikat itu awal tahun ini penambahan sebanyak AS$35 juta (RM121 juta), kata Journal. Pelaburan sebanyak AS$100 juta itu adalah dua kali ganda daripada jangkaan pendapatan Twitter di pusingan ketiga itu yang juga merupakan yang terbesar setakat ini, kata akhbar itu.

Populariti Twitter yang membolehkan penggunanya berhubung dengan mesej menggunakan 140 huruf atau kurang telah meningkat secara mendadak sejak dilancarkan pada Ogos 2006 bagaimanapun masih belum menjana sebarang keuntungan setakat ini.

Pengasas bersama Twitter, Biz Stone telah menggariskan beberapa cara yang berpotensi bagi menjana hasil dan menegaskan bahawa syarikat itu tidak "Kita ada pelabur yang sabar dan masa untuk bereksperimen dengan idea penjanaan pendapatan dan produk," katanya kepada AFP awal tahun ini.

Sumber: www.utusan.com.my

Teknik Meningkatkan Kelajuan IDM

Share

Teknik Meningkatkan Kelajuan IDM

Korang guna software Internet Download Manager(IDM) tak? Kalau korang guna memang terbaik. :-D. Sebab IDM ni akan mempercepatkan lagi proses memuat turun(download). Tapi ada satu teknik yang boleh korang gunakan untuk menambahkan sedikit lagi kelajuan download tu.

Caranya:

Buka aplikasi Internet Download Manager

Pergi ke Options



Options dan cari tab Connection




Klik Connection dan pada bahagian Connection Type/Speed setkan Others. Masukkan angka 10000000 pada bps.

Kemudian pada Max.connections number, tukar kepada 16





Selesai. 

Kelajuan download menggunakan IDM akan meningkat sikit daripada biasa kalau korang gunakan  teknik ni.

Kelajuan download jugak bergantung kepada kelajuan Internet yang korang guna. Tapi bila gunakan IDM ni korang akan berpuas hati sebab kelajuan dia memang di tahap terbaik!




Kepada yang belum download lagi Internet Download Manager ni, download di bawah



Internet Download Manager 5.18 Plus Crack(Latest)

http://www.mediafire.com/?mwqkozznjjt



Saturday, December 26, 2009

Malware Dalang Kerosakan Sistem Komputer di Malaysia

Share



Malware Dalang Kerosakan Sistem Komputer di Malaysia



KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kira-kira 70.8 peratus daripada semua komputer yang mengalami kerosakan sistem di Malaysia pada separuh pertama 2009 adalah disebabkan oleh Malware, demikian menurut kajian firma perisian, Microsoft Corp.

Jumlah komputer yang dijangkiti meningkat begitu ketara berbanding 57.4 peratus pada separuh kedua 2008, kata Ketua Keselamatan dan Persendirian Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis pada taklimat media di sini.

Malware ialah perisian yang boleh diguna oleh penjenayah siber untuk mencuri akaun dan maklumat bank, mengesan segala apa yang ditaip oleh pengguna komputer, menghantar perisian berniat jahat atau spam dan merosakkan komputer.

Laporan Perisik Keselamatan Microsoft mendapati kategori Malware yang paling banyak terdapat di Malaysia ialah cecacing yang menyumbang 39.5 peratus daripada kesemua komputer yang dijangkiti.

Sejumlah 32,387 komputer dijangkiti cecacing semasa separuh pertama 2009, 2,379 komputer oleh Spyware dan 1,272 komputer oleh Virus. Laporan itu mendapati jangkitan cecacing dalam ruang perniagaan meningkat hampir 100 peratus semasa separuh pertama 2009 berbanding enam bulan sebelumnya di seluruh dunia.

Conficker merupakan cecacing paling banyak dikesan bagi perniagaan kerana cara ia membiak lebih efektif di persekitaran jaringan dalam lingkungan firewall.

Peterson-Jarvis berkata, bagi separuh pertama tahun ini, produk dan perkhidmatan Microsoft telah menyingkir Malware daripada lebih 13 juta komputer di seluruh dunia.
"Internet Explorer 8 meningkatkan keyakinan pelanggan dalam talian dengan menyediakan peningkatan keupayaan mengawal dan melindungi data mereka.

"Ia satu pendekatan keselamatan dan persendirian dari awal hingga akhir yang memberi fokus pada kejuruteraan sosial, pertahanan baharu serangan terhadap pelayan laman, dan kemajuan tambahan mempertahankan eksploitasi terhadap pangkalan penyemak pengimbas," katanya.

Dilancarkan pada Mac tahun ini, Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik dan memberi amaran apabila pengguna cuba melihat laman web atau turun muat fail yang berkemungkinan tidak selamat.

"Ia berupaya menyekat dua hingga empat kali laman berniat jahat seperti penyemak lain di pasaran hari ini," kata Peterson-Jarvis. - BERNAMA

Sumber : www.utusan.com.my


Thursday, December 24, 2009

Hadiah Dah Di Hantar (Check E-mail anda)

Share






Kaspersky Antivirus 7 Plus License Key sehingga 29/4/2011(Tanpa Blacklist)

Password untuk buka Tutorial PDF semua dalam huruf besar

dan





AVG Internet Security 9 Plus License Key


Terima kasih kerana bersama www.zuarxpdc.blogspot.com (Sumber Informasi Terkini).

Trik Shut Down Windows XP dengan Cepat

Share

Trik Shut Down Windows XP dengan Cepat


Kepada pengguna Windows XP yang tak suka menunggu lama semasa PC sedang Shut Down, anda boleh cuba cara seperti di bawah:


Pergi ke Start > Run > taip Regedit > klik OK

Cari key seperti di bawah:

HKEY_CURRENT_USER \ Control Panel \ Desktop

Di sebelah kanan cari :

HungAppTimeout

Double klik dan default value data ialah 5000. Tukar kepada 1000 > klik OK.

Kemudian scroll ke bawah cari :

WaitToKillAppTimeout

Double klik dan default value data ialah 20000. Tukar kepada 1000> klik OK



Selepas itu anda cari key ni :

HKEY_LOCAL_MACHINE \ System \ CurrentControlSet \ Control

Di sebelah kanan cari :

WaitToKillServiceTimeout

Default value data ialah 20000. Tukar kepada 1000 > klik OK



Akhir sekali anda cari :

HKEY_USERS \ DEFAULT \ Control Panel \ Desktop

Di sebelah kanan cari :

HungAppTimeout

Default value data ialah 5000. Tukar kepada 1000 > klik OK

Kemudian scroll ke bawah cari :

WaitToKillAppTimeout

Double klik dan default value data ialah 20000. Tukar kepada 1000 > klik OK

Restart PC anda.

Selesai.

Tuesday, December 22, 2009

Cara Memasang Icon Twitter Pada Blog

Share

Cara Memasang Icon Twitter Pada Blog

Sejak kebelakangan ni selalu di paper mahupun blog ramai orang bercakap mengenai Twitter. Korang tau apa tu Twitter? Kalau nak tau lebih lanjut boleh lihat sini. Boleh dikatakan Twitter dah jadi fenomena yang begitu dasyat sekali semenjak kali pertama ia diperkanalkan pada tahun 2006. Di Amerika Syarikat (AS) saja, daripada seramai 500,000 pengunjung pada Februari 2008, ia melonjak sehingga 23 juta pada Julai tahun ini. Banyak kan?

Di Malaysia sekarang ramai yang dah mula menggunakan aplikasi Twitter ini. Korang boleh dapatkan maklumat yang korang nak melalui Twitter dengan begitu cepat jika kena pada keyword yang korang search dan follow.

Kali ni saya akan tunjukkan cara untuk memasang icon Twitter pada blog bila rakan nak follow mereka akan klik pada icon tersebut.

Cara-caranya: Anda copy coding di bawah dan paste dulu dalam Notepad ataupun Word.

http://i395.photobucket.com/albums/pp33/zuarxpdc87/4.png"/>

http://twitter.com/zuarxpdc" target="_blank" rel="nofollow">zuarxpdc" style="width: 169px; height: 169px;" src="http://i395.photobucket.com/albums/pp33/zuarxpdc87/4.png"rel="nofollow" title="Follow zuarxpdc"/>

http://twitter.com/zuarxpdc" target="_blank" >Follow Me on Twitter

Korang cuma perlu tukar perkataan yang di“bold”kan dengan username Twitter, URL icon Twitter dan URL Twitter sendiri.

Kemudian copy coding yang dah ubah tadi dan masukkan di dalam widget HTML/Javascript.

Caranya: Pergi ke Dashboard > Layout > Add a Gadget (Pilih lokasi mana nak letak icon) > HTML/Javascript

Selesai.


Ataupun download icon Twitter di bawah:

http://www.productivedreams.com/free-twitter-bird-icon-set

http://www.smashingmagazine.com/2009/01/23/friday-freebies-flavours-icon-set-and-cute-tweeters-icon-set

http://www.productivedreams.com/its-twitter-time-free-vector-icon-set


Jangan lupa follow saya k.:-)  www.twitter.com/zuarxpdc

Monday, December 21, 2009

Langkah Sebelum Beralih ke Windows 7

Share

Langkah Sebelum Beralih ke Windows 7

Kepada anda yang ternanti-nanti untuk menggunakan Windows 7, anda tahu apa langkah pertama anda sebelum memasang Windows 7? Anda perlu pastikan yang PC anda support Windows 7. Bagaimana cara untuk tahu yang PC anda sesuai ataupun tidak?

Jadi, Microsoft telah menyediakan Software Windows 7 Upgrade Advisor untuk memberi informasi kepada anda samada sesuai ataupun tidak anda menggunakan Windows 7 samada untuk 32 bit ataupun 64 bit.

Sambungan Internet diperlukan untuk mengumpul data-data mengenai PC anda seterusnya memberi nasihat berkaitan System, Devices, Program samada compatible ataupun tidak bila anda beralih kepada Windows 7. Anda boleh lihat gambar di bawah contoh untuk laptop saya yang sesuai menggunakan Windows 7.

Download Windows 7 Upgrade Advisor


Saturday, December 19, 2009

Nak Hadiah???

Share

Nak Hadiah???

Kepada anda yang nak hadiah sebagai tanda terima kasih daripada saya kerana menjadi pengunjung setia blog saya, anda boleh menjadi subscriber blog Sumber Informasi Terkini saya. Selepas itu anda boleh e-mel saya di zuar_xpdc87 dengan tajuk NAK HADIAH dan sertakan bersama bukti yang anda dah pun menjadi subscriber. Hadiah itu nanti saya akan send melalui e-mel anda.

Anda tunggu e-mel daripada saya nanti untuk dapatkan hadiah yang tak seberapa itu sebagai penghargaan kepada anda yang telah sudi membaca informasi dan sama-sama belajar daripada blog saya dan saya juga dari masa ke semasa dalam proses pembelajaran untuk menambah ilmu berkaitan komputer, Internet dan sebagainya. Terima Kasih. Jangan lupa pesanan saya.:-)

Windows 7 vs Windows Vista vs Windows XP

Share

Windows 7 vs Windows Vista vs Windows XP

Windows 7 baru saja secara rasmi dilancarkan baru-baru ini. Untuk pengetahuan anda Windows 7 merupakan produk Microsoft yang dikatakan hampir sempurna berbanding Windows Vista sebelum ini. Banyak aduan yang diterima oleh Microsoft tentang masalah penggunaan Windows Vista.

Untuk nak galakkan pengguna menggunakan Windows Vista, Microsoft telah hentikan sementara jualan Windows XP. Ini merupakan langkah kebelakang yang digunakan oleh Microsoft kerana boleh dikatakan yang Windows Vista adalah produk yang gagal oleh mereka.

Boleh dikatakan tak ramai yang berminat untuk berubah kepada Windows Vista. Baru beberapa tahun jualan Windows Vista, Microsoft telah merancang untuk mengeluarkan Operating Sistem yang baru. Tak seperti sebelum ini, Windows XP telah digunakan semenjak sekian lama sebelum keluarnya Windows Vista.

Jadi, untuk mengembalikan semula reputasi Microsoft sebagai pengeluar Operating Sistem terbaik, maka lahirlah Windows 7. Windows 7 boleh dikatakan amat bagus untuk mereka yang inginkan penggunaan yang ringan dan lancar. Memang diakui kelancaran penggunaannya kerana saya juga telah cuba memasang Windows 7 Ultimate x64 pada laptop saya.

Di bawah ialah spesifikasi minimum yang diperlukan untuk menggunakan Windows 7 dengan lancar:

1 GHz processor (32- or 64-bit)
1 GB of RAM (32-bit); 2 GB of RAM (64-bit)
16 GB available disk space untuk (32-bit) dan 20 GB available disk space untuk (64-bit)
DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0 ataupun keatas.

Anda juga boleh gunakan Windows Seven Upgrade Advisor untuk mengenalpasti samada PC anda sesuai ataupun tidak menggunakan Windows 7. Anda memerlukan sambungan Internet untuk menggunakan Windows Seven Upgrade Advisor ini.

Sebelum itu pastikan anda cucuk semua USB drive, broadband dan lain-lain untuk pastikan samada ia boleh digunakan ataupun tidak bila anda menggunakan Windows 7.

Selepas saya mencuba dalam masa 1 hari Windows 7 ini, saya berubah kembali kepada Windows XP kerana saya belum lagi betul-betul suka kepada Windows 7. Mungkin 2 ataupun 3 tahun lagi baru saya akan berubah kepada Windows 7. :-D

Kepada anda semua yang belum lagi mencuba, anda digalakkan mencuba terutamanya kepada pengguna Windows Vista. I hate Windows Vista. Hehe.

Thursday, December 17, 2009

Cara Menggunakan System Restore

Share
Cara Menggunakan System Restore


Create Restore Point


1. Pergi ke Start \ All Programs\ Accessories \ System Tools \ System Restore


2. Ada 2 pilihan iaitu Restore my computer to an earlier time dan Create a restore point.

3. Pilih Create a restore point > klik Next

4. Anda akan dibawa ke bahagian Restore Point description.

5. Masukkan perkataan yang mudah anda ingat untuk anda kenalpasti bila anda nak Restore komputer kembali kepada asal nanti.

Pastikan anda taipkan dengan perkataan yang betul kerana Restore point tak boleh di ubah selepas ini.

Contohnya saya masukkan: 13 Disember 2009

6. Selepas anda pasti dan ingat perkataan yang anda masukkan, tekan butang Create dan tunggu sehingga muncul Confirmation Screen.

Anda telah berjaya Create Restore point.



Restore kembali Komputer daripada Restore Point

7. Pergi ke Start \ programs\ Accessories \ System Tools \ System Restore


Ada 2 pilihan iaitu Restore my computer to an earlier time dan Create a restore point.


8. Pilih Restore my computer to an earlier time dan akan muncul kalendar.

9. Anda cari tarikh bila anda Create Restore point sebelum ni. Tarikh yang di bold adalah Restore point anda.

10. Double klik dan di sebelah kanan akan muncul Restore point yang mana perkataan yang anda tulis sebelum ni.



11. Klik Restore point tersebut dan akan muncul confirmation screen yang akan bertanya samada anda nak teruskan Restore komputer menjadi seperti tarikh Restore point anda.

12. Sistem akan Restart dan akan kembali sepertimana yang anda anda setkan Restore point sebelum ni.

13. Selesai.



Wednesday, December 16, 2009

HJ-Split (Join dan Split Fail)

Share


Justify Full
HJ-Split (Join dan Split Fail)

Kepada anda yang nak share fail fail tapi saiz fail yang terlalu besar menyusahkan anda untuk upload disebabkan oleh filehosting yang tidak membenarkan untuk upload lebih dari yang anda mahu ataupun anda malas untuk tunggu bila saiz yang terlalu besar akan mengambil masa yang lama.

Jadi apa yang perlu anda buat ialah anda perlu split(asingkan) dan join(sambungkan) semula. Contohnya fail anda bersaiz 100MB dan anda nak upload ke dalam filehosting tapi filehosting cuma benarkan anda upload sebanyak 50MB sahaja dalam satu masa. Jadi anda split fail tersebut kepada 2 bahagian dan upload fail bersaiz 50MB dua kali.


Anda juga mungkin pernah download Movie yang ada banyak bahagian dan perlu sambungkan semula menjadi satu supaya anda boleh dapatkan Movie yang asal. Jadi, gunakan software HJ-Split ini yang mempunyai fungsi seperti Split, Join, Compare dan Checksum.


Cara guna:



  • Untuk nak Join anda klik pada Join > Input File > cari lokasi fail > klik Start


  • Untuk nak Split anda klik pada Split > Input File > cari lokasi file > tentukan saiz fail pada Split file size samada dalam KB ataupun MB > klik Start. Selesai.


Download HJ-Split Software

Tuesday, December 15, 2009

Tukar Background Folder Menggunakan Software

Share

Tukar Background Folder Menggunakan Software Folder Background


Sebelum ini saya ada buat tutorial mengenai cara nak tukar background folder tanpa menggunakan software. Kali ini saya akan tunjukkan anda cara bagaimana untuk tukar background folder dengan menggunakan software. Lagi senang dan mudah untuk anda gunakan.

Software yang dimaksudkan ialah Folder Background. Software ni hanya bersaiz 60kb sahaja. Anda boleh copy ke dalam semua folder yang nak masukkan background.

Cara-caranya:

Download software Folder Background di bawah

Copy dan letakkan ke dalam folder yang anda nak masukkan background

Kemudian buka aplikasi Folder Background > Klik Next

Muncul paparan Customize This Folder > Tandakan hanya pada Modify background picture and filename appearance > Klik Next


Pada Modify background picture and filename appearance, anda browse dan cari imej yang anda nak masukkan.

Selepas anda dah pilih imej untuk jadikan sebagai background folder, anda boleh ubah warna tulisan bersesuaian dengan warna background. Pada Filename Appearance:Text anda pilih warna untuk tulisan > Klik Next > Finish.


Anda boleh hiddenkan software Folder Background untuk nampak lebih cantik.

Kalau anda nak edit semula, klik pada software Folder Background dalam folder tersebut dan ubah ikut pilihan anda.

Selesai.



Software Folder Background

http://www.mediafire.com/?jdimd5izmw2

Monday, December 14, 2009

Cara Update Twitter dan Facebook Serentak

Share


Cara Update Twitter dan Facebook Serentak

Kepada anda pengguna Facebook dan Twitter, anda sebenarnya bertuah kerana tak perlu update kedua-dua laman sosial tersebut secara berasingan. Anda boleh update serentak contohnya bila anda update Twitter secara automatik status anda pada Twitter akan update pada Facebook di bahagian profile. Nak try jom ikut cara-caranya.

Caranya:

  • Login ke akaun Twitter dan Facebook.

  • Kemudian buka Facebook dan di bahagian search, taipkan Twitter.

  • Klik pada View All Applications untuk melihat semua aplikasi Twitter yang boleh digunakan di Facebook.

  • Kemudian pilih aplikasi yang mana anda mahu. Contohnya saya pilih aplikasi yang paling atas sekali.

  • Klik Allow > Masukkan username Twitter dan password Twitter.

  • Anda cari Allow Twitter to Update Your Facebook Status dan klik > klik Allow Status Update.

  • Sekarang, pergi ke Twitter dan taipkan Status anda pada Twitter dan klik Update.

  • Kemudian pergi ke Profile Facebook anda dan lihat pada Status. Kini Status Twitter anda telahpun muncul pada Status Facebook.

Mudah dan Senang kan? Tak payah lagi Update Twitter kemudian Update Facebook dalam masa yang sama. Kalau anda rasa senang, anda boleh cuba dan jangan lupa add saya.^_^ ..www.twitter.com/zuarxpdc dan www.facebook.com/zuar.xpdc



Kepada anda yang baru saja menjumpai blog ni jangan lupa jadi subsciber untuk tak terlepas informasi penting. Masukkan e-mel anda di dalam kotak di bahagian atas blog ini. Selamat bertweet^_^.

Sunday, December 13, 2009

Kod Etika Blogger

Share


Kod Etika Blogger


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet.

Kata Perdana Menteri, beliau mendapati kod etika yang dikeluarkan oleh Persatuan Wartawan Profesional berpangkalan di Amerika Syarikat amat penting dalam membina dialog melalui dunia blog.

“Saya selalu menekankan bahawa media baru memainkan peranan penting kepada aspek politik dan masa depan sosial kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya melalui blog www.1Malaysia.com.my.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Sumber: www.utusan.com.my

Thursday, December 10, 2009

Cara Tukar Product Key pada Windows XP

Share

Cara Tukar Product Key pada Windows XP

Start > Run > Regedit


Cari registry seperti di bawah: HKey_Local_Machine\Software\Microsoft \WindowsNT\Current Version\WPAEvents

Di sebelah kanan, cari OOBetimer dan ubah value sekurang-kurangnya satu digit untuk deactivated Windows.


Start > Run > taip ataupun copy command di bawah ke dalam kotak Run:
%systemroot%\system32\oobe\msoobe.exe /a

untuk ke Windows Product Activation skrin.

Pergi ke pilihan ke-2 untuk activate menggunakan phone.


Pada new screen pilih untuk ubah product key dan taip product key yang baru.

Tutup Windows Product Activation, reboot computer anda dan sekali lagi masuk ke:


Start > Run > taip ataupun copy command di bawah ke dalam kotak Run:
%systemroot%\system32\oobe\msoobe.exe /a

untuk ke Windows Product Activation skrin dan verify key tersebut.


Anda akan lihat muncul skrin "Windows is already activated. Click OK to exit.


Selesai.


Windows XP Professional keys:

RHKG3-8YW4W-4RHJG-83M4Y-7X9GW

QW4HD-DQCRG-HM64M-6GJRK-8K83T

PQTHM-RWBHR-3BPVW-TFB22-V8HXQ

JFQYM-YJQFQ-VBRCY-4VV7W-QRXBY

KMTTB-68H32-8MKRK-GBHKT-RKCP6

CX7DD-4GX4Y-BTTR4-H88Y7-GQPWQ

Wednesday, December 9, 2009

Kotak Simpanan Gajet

Share

Kotak Simpanan Gajet

Meskipun tanpa fon kepala, anda masih boleh mendengar alunan lagu bersama teman-teman anda tidak kira di mana sahaja anda berada.

Diaplikasi dengan NXT Flat Panel Speaker Technology, produk Cables Unlimited Audio PartyPOD MP3 Speaker itu merupakan kotak simpanan gajet yang direka khas untuk memudahkan kehidupan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyambungkan wayar fon kepala pada alat pemain MP3, kemudian masukkan gajet itu ke dalam kotak simpanan tersebut.

Pada masa yang sama, ia bukan sekadar menjadi alat utama untuk mendengar lagu kegemaran secara beramai-ramai tanpa memakai fon kepala, malah kegunaannya juga dapat menghalang gajet daripada rosak.

Diperbuat daripada serat tepu (polyfiber) dan dialas dengan nilon, ia sesuai digunakan untuk aktiviti luar seperti berkelah di tepi pantai atau berkhemah di dalam hutan.

Selain itu, penggunaannya juga tidak memerlukan ruang yang besar kerana anda boleh menyangkutnya pada tali pinggang seluar atau beg. Dari segi kualiti stereo pula, anda tidak perlu risau kerana kualitinya jelas tanpa sebarang gangguan.

Sumber: www.kosmo.com.my

Tuesday, December 8, 2009

ImageChef

Share


ImageChef

Jika anda mahukan gambar anda di masukkan ke dalam bingkai, membuat ukiran nama di papan tanda jalan, memasukkan nama pada jersey dan sebagainya, kini anda boleh membuat semua perkara seperti tadi tanpa perlu ada sedikit pun kemahiran untuk membuat suntingan.

Apa yang anda perlukan ialah cuma gambar yang anda mahukan untuk membuat suntingan dan save ke dalam computer anda kerana imagechef akan melakukan semuanya untuk anda. Selain itu anda juga boleh menaip tulisan mengikut kreativiti anda untuk di serasikan dengan gambar sedia ada.



Caranya ialah: Masuk ke www.imagechef.com > Buat pilihan ikut kesukaan anda > Save gambar

Antara template yang disediakan:


Animation


Photo

Frame


Friendship


Fun

Holidays


Banner


Muzik


Monday, December 7, 2009

Kingston DT300 256GB

Share

Kingston DT300 256GB

Kingston mengumumkan USB 256GB pertama di dunia iaitu Data Traveler 300 yang membenarkan pengguna menyimpan pelbagai bentuk kandungan digital termasuk dokumen serta imej menerusi ruang simpanan yang lebih besar. Pengguna juga akan menikmati kadar pemindahan data yang pantas dan selain itu anda juga boleh menetapkan kata laluan(password) di dalamnya untuk meningkatkan tahap keselamatan data.

USB ini amat sesuai bagi pengguna Netbook yang ingin menambah ruang simpanan terbina dalam(build-in) yang terhad. Jadi anda tidak perlu risau lagi jika ingin membeli Netbook yang menyediakan ruangan Hard Disk yang kecil. Kingston memberikan jaminan kepada anda selama 5 tahun.

Sunday, December 6, 2009

Cara Remove Windows Genuine Advantages (WGA)

Share


Cara Remove Windows Genuine Advantages (WGA)

You may be victim of software counterfeiting. This copy of Windows is not genuine. Click this balloon to resolve now.

Anda mungkin pernah mengalami masalah seperti di atas kan? Kalau anda pernah berdepan dengan masalah tersebut apa yang anda lakukan? Ada yang hantar kedai untuk format kan? Kalau anda biarkan lama-kelamaan Windows anda mungkin akan menjadi lembab, desktop menjadi gelap ataupun anda memang tak boleh masuk ke bahagian desktop dan Windows akan menyuruh anda Activekan Windows.

Kenapa muncul mesej seperti tu? Ini disebabkan oleh Windows yang anda gunakan telah dikesan oleh Microsoft sebagai tidak genuine ataupun bukan original. Anda boleh mengelak dengan tidak install update Genuine Advantaged dari Microsoft (KB905474). Kalau anda telah install update tersebut maka anda akan menghadapi masalah seperti ini.

Cara untuk remove Windows Genuine Advantage(WGA) ni ialah anda perlukan software Anti Genuine Adv for XP's WGA & Office's OGA.

Cara install:


Anda install macam biasa.

Masa install akan muncul popup Error opening file for writing seperti di bawah. Anda klik ignore 2 kali.

Bila dah siap, buka start > All program > Cari AntiGA 2.0 Addon Tools > klik WGA Notification Remover v1.1

Akan muncul WGANotify Monitor > Klik Remove.

Selesai.

Download Anti Genuine Adv for XP's WGA & Office's OGA di bawah



Shila OIAM - Through My Window [MTV]

Share


Shila OIAM - Through My Window [MTV]

I don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real


Saturday, December 5, 2009

Buat Keratan Akhbar Online Sendiri

Share

Buat Keratan Akhbar Online Sendiri

Memang seronok kepada anda yang ingin kenakan kawan-kawan dengan menghantar keratan akhbar yang ada nama mereka dan cerita menarik tentang mereka. Apa yang penting keratan akhbar yang di hantar hampir menyerupai akhbar sebenar. Kreatifkan diri anda dengan mencipta idea sendiri dan buatkan kawan-kawan anda tertipu dengan kemahiran anda.


Cara-caranya:

Masuk ke website www.fodey.com

Tuliskan Nama Akhbar > Tarikh > Tajuk Berita > Ulasan Berita yang ingin disampaikan

Klik Generate > Tukar ke Image > Upload pada Blog, Facebook dan sebagainya.

Selesai.

Thursday, December 3, 2009

Play Station 3 120GB

Share

Play Station 3 120GB

KETIBAAN produk Play Station 3 (PS3) di pasaran Malaysia pada penghujung September tahun lalu menawarkan dimensi baru dalam teknologi permainan video konsol.

Tidak mahu ketinggalan merasai sendiri pengalaman canggih permainan tersebut, penggemar permainan video di negara ini sanggup berbelanja besar untuk memilikinya.

Namun, belum pun reda bahang kehangatan itu, syarikat pengeluar produk berkenaan, Sony Computer Entertainment (Sony) telah memperkenalkan pula model terbaru iaitu PS3 120GB dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Berbanding saiz storan 60 gigabit (GB) pada model terdahulu, tawaran kapasiti model ini telah dipertingkatkan kepada 120GB.

Kelebihan tersebut memberi peluang kepada pengguna menyimpan lebih banyak kandungan permainan video, muzik, foto, video dan juga perkhidmatan menerusi rangkaian Play Station.

Apa yang menarik, ia mempunyai keupayaan mengurangkan sebanyak dua per tiga daripada penggunaan kuasa keseluruhan bagi fungsi penyusutan bunyi bising kipasnya.

Bagi yang menggemari aplikasi permainan video mobiliti pula, Sony turut memperkenalkan peranti Play Station Portable go (PSPgo) dengan tawaran memori 16 GB.

Kehadirannya kali ini disempurnakan bersama rekaan sofistikated yang lebih ringan dan hanya bersaiz poket untuk kemudahan di bawa ke mana-mana.

Berbeza dengan model PSP sebelum ini, PSPgo menampilkan kelainan menerusi panel paparan gelongsor mudah yang bersaiz 3.8 inci.

Kelebihan lain yang ditampilkan adalah seperti aplikasi sambungan Wi-Fi binaan dalam untuk sokongan aktiviti mengakses dan memuat turun pelbagai kandungan menggunakan perisian Media Go.

Untuk fungsi muzik secara lebih spesifik pula, PSPgo dilengkapi dengan aplikasi baru yang dibangunkan sendiri oleh Sony dikenali sebagai SensMe Channels.

PSPgo mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Kedua-dua produk tersebut kini telah mula dijual di pasaran dengan tawaran harga RM1,299 bagi PS3 120GB dan RM1,099 untuk PSPgo.

Sumber : www.utusan.com.my

10 Website Edit Image Online

Share


10 Website Edit Image Online

Adobe Photoshop Express www.photoshop.com
Improve Your Images www.improveyourimages.com
Online Image Editor www.onlineimageeditor.info

Wednesday, December 2, 2009

Ubah Background Folder Tanpa Software

Share
Ubah Background Folder Tanpa Software

Kali ni saya akan tunjukkan anda tutorial bagaimana cara nak ubah background pada folder tanpa menggunakan software.

Buka satu folder > Buka notepad kosong dan paste code di bawah ke dalam notepad:

.ShellClassInfo]
IconIndex=0
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image=40f.jpg
IconArea_Text=0x00FFFFFF
[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}

Pilih satu gambar yang anda nak jadikan sebagai background. Copy gambar tersebut ke dalam folder.Justify Full
Klik pada gambar > klik kanan dan pilih properties > Copy nama file tersebut contohnya zuarxpdc.jpg.

Kemudian paste pada :

IconArea_Image= IconArea_Image=zuarxpdc.jpg

Dan akan jadi seperti ni:

.ShellClassInfo]
IconIndex=0
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image=zuarxpdc.jpg
IconArea_Text=0x00FFFFFF
[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}

Kemudian save notepad sebagai Desktop.ini.

Pastikan pada save as type tukar daripada Text Documents kepada All Files.


Klik F5 dan background dah bertukar mengikut gambar pilihan anda.

Lepas anda save anda boleh copy Desktop.ini tu ke dalam folder lain yang anda nak ubah background. Cuma gantikan nama gambar sahaja seperti langkah di atas.

Selamat Mencuba.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive