Saturday, January 2, 2010

Home » » Awas Laman Web E-Perbankan Palsu

Awas Laman Web E-Perbankan Palsu

Share

Awas Laman Web E-Perbankan Palsu


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan phishing atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan.

Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti cubaan phishing semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan phishing merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung laman web phishing yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, 'serangan phishing' juga mengamalkan kaedah sosial seperti menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar oleh bank terkemuka tempatan.

E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan menyakinkan untuk menipu orang dengan klik kepada link atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu, katanya.

"Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e-perbankan palsu," katanya.

"Bank tidak akan meminta pelanggan untuk mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan, membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL," katanya.

Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e-mel yang nampak serupa dari bank atau mana-mana institusi kewangan.

Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau menghubungi pusat berkenaan.

Sumber: www.utusan.com.my



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive