
Jenis Ancaman dari Internet
Adware - Program pengiklanan seperti pop-up yang kerapkali dipasang bersama program lain.
Bots - Mengawal komputer mangsa melalui jarak jauh.
Dialer - Melencongkan sambungan Internet ke nombor yang dikenakan caj yang tinggi.
Phishing - Teknik penyamaran menyerupai laman web sebenar selalunya dihantar melalui e-mel untuk mencuri maklumat identiti mangsa terutama sekali maklumat perbankan.
Rootkit – Software yang menyembunyikan fail sistem dan dengan mudah membenarkan orang lain mengawal komputer mangsa tanpa kebenaran.
Spyware – Program yang memasang dirinya sendiri tanpa pengetahuan anda dan biasanya ia akan memantau pergerakan pengguna, malah lebih parah lagi ia akan mengawal penggunaan komputer itu.
Trojan - Program merbahaya yang menyamar sebagai software untuk mencuri password dan merakam apa yang di taip oleh pengguna.
Virus – Program yang bersifat perosak untuk menjangkiti dan memusnahkan fail di dalam komputer.
Worm – Program merbahaya yang digunakan untuk menjangkiti komputer dan menyebarkan dengan sendirinya.
0 comments:
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D