Cara Memasang Recovery Console ke Dalam Hard Disk
Pertama sekali masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM. Pastikan korang gunakan CD yang sama dengan Windows yang korang gunakan sekarang.
Contohnya korang gunakan Windows XP Service Pack 3, masukkan CD Windows XP Service Pack 3.
Kemudian klik Start > Run > taipkan d:\i386\winnt32.exe /cmdcons. Pastikan tukar drive letter d: mengikut drive letter CD/DVD-ROM.

Do you want to install the Recovery Console? Klik Yes. Kemudian tunggu sekejap untuk Windows Install.
Jika tiada masalah akan keluar pop-up The Windows Recovery Console has been successfully installed.
Untuk lihat samada berjaya atau tidak, tanggalkan CD Windows XP daripada CD/DVD ROM dan Restart komputer.
Jika tiada masalah akan keluar skrin seperti di bawah:
Cuba pilih Microsoft Windows Recovery Console dan Enter. Masukkan angka 1, Enter. Kemudian masukkan password jika ada.
Taipkan “exit” untuk masuk ke Normal Windows. Anda berjaya!.
Ubah Masa Boot Menu
Selepas install, korang perlu tunggu selama 30 saat pada Boot Menu sebelum dapat masuk ke Windows. Korang boleh ubah masa menunggu dengan cara:
Right click My Computer > Properties ataupun gunakan Windows + Break shortcut key.
Pilih Advanced tab > pada Startup and Recovery klik Settings
Sekarang korang boleh ubah masa Boot Menu mengikut kesesuaian contohnya 5 saat.
Kalau tak mahu Recovery Console muncul pada Boot Menu, buangkan tanda pada Time to display list of operating system.
Selesai..
2 comments:
bagus tuturiol nih...harap banyak lagi di masa akan datang...
kalau win7 genuine cmne plak???
pakai cd pew???
leyh kew pakai cd win7 local nye???
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D