Sunday, January 10, 2010

Home » , » Nasihat untuk Anak-Anak Yang Ingin Menggunakan Internet

Nasihat untuk Anak-Anak Yang Ingin Menggunakan Internet

Share

Nasihat untuk Anak-Anak Yang Ingin Menggunakan Internet

Di dalam Internet terdapat pelbagai jenis website yang menarik dan berguna untuk anda selain dapat menambahkan informasi kita juga boleh berkongsi maklumat dengan ramai kawan di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan lagi. Tapi, tak semua orang yang anda jumpa di internet adalah berniat baik. Jika anda tak mengambil berat, anak anda mungkin akan menerima akibatnya nanti.


Untuk pastikan anak anda selamat semasa melayari internet, pastikan mereka ikut tips seperti di bawah:


Elakkan daripada memberikan alamat e-mel kepada orang yang tak dikenali.

Jangan berikan nama penuh, nombor telefon, alamat rumah ataupun nama sekolah kepada orang yang tak dikenali.

Jangan buka e-mel ataupun attachment daripada sumber yang tak dapat dikenalpasti.

Jika anda melayari laman web ataupun menerima e-mel yang membuatkan anda tidak selesa, beritahu ibu-bapa dengan segera.

Jangan sesekali berikan password anda kepada orang lain.

Jangan sesekali setuju untuk berjumpa dengan orang yang anda baru kenali di Internet.

Elakkan dari berada di depan skrin komputer terlalu lama. Ambil sedikit masa untuk berehat sebelum sambung kembali melayari Internet.

Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun jangan sesekali terpengaruh dengan laman web berunsur lucah.

Kepada ibu-bapa, anda memainkan peranan penting demi memastikan anak anda selamat dari ancaman datang dari Internet. Selalu membuat pemeriksaan laman web yang mereka lawati dan seeloknya blok website yang berunsur lucah untuk elakkan mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

2 comments:

alif said...

kalau menghack boleh kan.

boleh kalau orang tak tau kita yg hack.

zuar said...

kalau nak jadi org yg beretika, elakkan la..:-)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive